Skip to main content

BUGSLOCK GELANG PENGHALAU NYAMUK

Assalamualaikum...

Ini bukan iklan yer. Review ikhlas dari hati.

Nyamuk is everywhere bila masuk musim hujan panas hujan. Geram norr asyik dok follow Thaqif, pastu mula la memerah seketul dua dekat dahi, kaki dan tangan Thaqif tu. Sudah kulit Thaqif tu sensitif amat. Bekas nyamuk gigit ni makan seminggu jugak baru nak hilang, walaupun rajin sapu minyak ke apa. Zaman  takde anak dulu, kalau keadaan ini timbul laju je tala ridsect seluruh rumah terus. Now ada Thaqif, selalu beringat le, kesian dia bau ridsect tu racun. Lagi tensi atoknya komen selalu bila cucu dia kena gigit nyamuk. Atee... Bukan kite panggil nyamuk tu gigit anak kite. Komen tu kadang menyebabkan terasa macam ibu ni loser sangat tak boleh halang nyamuk gigit anak.T__T.

Dengan itu, ibu telah mengambil inisiatif mencari cara untuk menghalang nyamuk-nyamuk kecik dan gatal itu dari menggigit anakda. Tengok jer review-review pasal Bugslock, macam best jer...Jeling harga nanti dulu la ea. Kirai duit. Bhahaha... Sorry ibu is always kedekuts.
Hinggalah satu hari, kite tewas juga saat mencuci mata thru groupon.com.my. Jumpa promosi bugslock 3pcs RM28.80.  Lelaju klik button BUY, isi segala maklumat dan sabar menanti encik pos datang setiap hari. Bhahaha... (menipu sangat walhal selalu lupa jer pebenda dibeli)

Meh cerita dulu apa benda bugslock ini. Sumber dari BUGSLOCK MALAYSIA.

"Bugslock" adalah gelang penghalau nyamuk yang menghalau nyamuk dengan aroma semula jadi 100%.  citronella oil (serai wangi). Ia adalah produk yang kreatif dan band berbentuk, yang menghalang nyamuk dari menghampiri dengan memakai di atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, bugslock akan memancarkan aroma yang serangga tidak boleh tahan. Ia adalah kecil dalam reka bentuk dan mudah dibawa, ia boleh digunakan pada bila-bila masa. Selain itu, ia adalah produk yang selamat, yang boleh digunakan walaupun oleh bayi, semua peringkat umur boleh menggunakannya kerana ia diperbuat daripada bahan-bahan bukan toksik. ( 100% selamat untuk tulen bugslock )

Bahan-bahan 
1. 100% semula jadi penting termasuk minyak lavender, dan lain-lain (30%) 
2. lengai (70%) 
3. Berat Bersih (3g) 

Jangka penggunaan: - 
Bugslock boleh digunakan untuk terkumpul sehingga 240 jam, bukan 10 hari. Contoh jika anda menggunakannya selama 10 jam, selepas 1 bulan, ia masih mempunyai baki 230 jam. Meletakkannya kembali kepada beg asal dan memeterai selepas anda mengguna. 

Bugslock boleh digunakan semasa: 
-Aktiviti luar untuk ibu bapa dengan anak-anak 
Sukan -Outdoor seperti memancing, mendaki, dan lain-lain 
Aktiviti luar -Yang tidak melibatkan air. 

Di mana untuk memakai 
-pergelangan kaki(mencadangkan untuk bayi) 
-pergelangan tangan
-babychair 

Bagaimana untuk menggunakan 
1.Koyak bungkus Bugslock bersama-sama dengan garis putus-putus atas. 
2.Buka zip dan mengambil produk. 
3.Pakai pada buku lali atau pergelangan tangan atau mana-mana tempat. 
4.Letak kembali ke dalam pakej asal apabila anda tidak menggunakannya. (Ingat untuk memeterai zip) 
5.Letak di tempat yang kering. 

Taraa...its mine... Blue, Pink and Yellow.
 Dok tengok gambar gelang bugslock tu selalu imagine macam jam aka pembaris budak-budak boleh gulung sendiri. Bhaha... Silap rupanya.

Kebetulan hari gelang itu sampai  Thaqif meragam-ragam nak susu, nak tidur. Nyamuk dok wengwengweng je. Geram sangat tau dengan nyamuk ni tau. So laju je bukak gelang bugslocks itu. Test drive katanya. Bukak dan sangkut je pada kerusi malas nak menanggu konstrasi anak yang sedang menyusu kalau nak pasang pada kaki or tangan dia. Kang tak jadik tidur pulak budak kecik tu.
Guess what memang nyamuk seakan tak wujud lagi. Dah takde wengwengweng bunyi nyamuk.
Hihihi... terus wow wow owesome-nya benda ni... Nyesal beli 3,kenapa tak beli 30. Over. Ibu is over seperti biasa.

Bugslock ni sekarang jadi bestfriends Thaqif tau. Tapi kite tak pakaikan pada dia pun, takut dia main gigit-gigit plak. Euww. Mihmihmih. Kite just gantung pada walker dia je atau sangkut le kat memana tempat dia dok bermain. Tidur pun guna bugslock.

Tapi sekarang dah tak bestfriend sangat. Nyamuk lepas banjir ni ganas benorr. Lagipun lepas banjir ni macam-macam penyakit pun ada, untuk keselamatan, dan kesihatan lebih baiklah berjaga-jaga. Maka terpaksalah ibu dan Thaqif 'tidur dalam ''gua'' aka kelambu. Papa Thaqif panggil kelambu tu gua.

Mungkin lepas ni plak la baru valid guna bugslock. 
For me, best juga bugslock ni, well kalau nak ke mana-mana, bercuti ke apa kang senang nak angkut bugslock, masuk dalam poket beg je.





Comments

  1. nani tak pernah pulak guna ubat nyamuk ni. heheh

    ReplyDelete
  2. Bugslick ni dr anak sulong smp anak no 3 blom terbuka hati nk mencuba..

    ReplyDelete
  3. kaknoor singgah follow ambik petua halau nyamuk haha

    ReplyDelete
  4. mmg kena guna segala jenis alat utk halau nyamuk ni kan..terutama nyamuk denggi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d