Skip to main content

Bergilir-gilir Cuti

Assalamualaikum..

Always cerita Thaqif, family, resepi, shopping je kan? Kerja tak citer pun? Yang tahu sibuk jelah hari-hari tapi entri ada hari-hari.
Muahaha... Magic?
Maaflah itu semua auto-publish je ye kawan-kawan. Ada masa free, pulun bikin entri. Pastu schedule je siap-siap. Blogwalking pun scroll laju-laju je tak sempat komen bos dah lalu belakang terus tutup web browser. Cover u'alls!
Eh! bukan tu nak cerita.

 Ceritanya cuti.
Seksyen kite ada 3 orang je tapi selalu rasa berdua je, pasal abang senior tu selalu sakit-sakit, masuk wad, ada appoiment doktor semua. Tapi takpe, part tu kami memahami je sakit bukan kita boleh jangka.
Yang berdua ni la selalu jadi penganti satu sama lain jika salah seorang nak cuti...
Pendek kata, kami berdua tak boleh cuti sekaligus.
Kena bergilir-gilir cuti.
Pergi kursus ke apa pun tak boleh pergi sama-sama kecuali bengkel/mesyuarat yang melibatkan seksyen kami la.

Nak jadi cerita,kami berdua ni isteri orang yang suami masing-masing di perantauan.
Bila suami balik sesekali, kami mestilah ada jugak nak cuti untuk spend masa bersama-sama suami dan anak.
Yang pening kepala, kadang cuti suami masing-masing macam nak dekat-dekat jo. Kalau dah plan awal-awal pun nak kasi jarak-jarak mesti tetiba macam ada hal tak dapat elak menyebabkan cuti tu dekat-dekat atau sama tarikh. 
Adeiii...deiii...

Itu cerita cuti bulan Mac lepas la.

Bulan ni alhamdulillah cuti dah tak sama.
Minggu ni kawan kite cuti, pergi honeymoon kat tempat suami dia kerja.
Minggu depan turn kite plak makan angin ke kenduri kawan kite.

Beginilah cerita bila suami jauh, dok seksyen kecik, kena selalu bincang tarikh cuti bergilir-gilir cuti.
Tahun ni turn kite tak boleh cuti raya panjang sebab kawan kite nak balik beraya kat kampung dia nun di Perak.

Eloklah memang tahun ni turn kite raya kat umah abah je, suami pun tak balik. Tapi poning mikir nanti mak mertua i'olls ingat  tak nak balik sana plak. Kena atur jadual sebaiknya ni...

Tu lagi 3 bulan la.

Sekarang, mood tidak kesabaran untuk bercuti dengan keluarga tersayang.
Uishhh tak saborr norrr..norr nak spend time sama-sama dengan keluarga.
Celebrating 1st birthday Thaqif juga!
Mei yang banyak celebrations!
Hari Ibu, Hari Jururawat, hari jadi kakak, hari jadi anak sedara, hari jadi anak sendiri, hari Guru, hari ulang tahun abah nikah lagi. 
Makan-makan time! 
Okeylah nak cari baker untuk book birthday cake Thaqif.
maaflah ibu excited norr...



Comments

  1. sib baik la kwn yg ni dh pindah kan..klau x mmg kita bertiga bergilir gilir la cuti kan..3 3 husband dok jauh..hihihihi

    ReplyDelete
  2. wahhh banyak tu nak celebrate boleh combine kan sekali

    ReplyDelete
  3. Seronoknya byk benda nak celebrate bln mei nnt. ^^ sue tumpang happy sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite pun teruja je..nak pilih kek anak pun pening.

      Delete
  4. sama la kita wlau suami ada dkt ni.cuti kena gilir2.ngandung pon kena gilir2 tkut bsalin dkt2...kang sapa nk cover ms cuti pantang tu kan...hihihi

    ReplyDelete
  5. Wah..bestnyer...selamat ber planning...thaqif nk setahun dah...kejap je.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

will be back with new spirit

Assalamualaikum . tenggelam timbul didunia blog. suka menulis tapi selalunya kekangan masa dan kehidupan sebagai isteri, ibu yang bekerja menjadikan bukan keutamaan untuk teruskan berblog. . i feel lost as wife and mother. i feel tired in everything i through. im feeling running from everything. sometimes. i think it better die than keep alive. . stress.depression.is real. . saya alaminya. . dan bukan mudah untuk menanganinya. . tanpa sokongan orang sekeliling. . yang hati sentiasa menjerit 'you are not in my shoes' . tapi terpaksa senyum, berlakon berkata 'im ok' . alhamdulillah. . i learn. to love myself. . i will not give up with myself. . im enjoying every second of time that i have now. . truly.to archieve this feeling. . its not take a day or two. . not only depends to the support that we had. . but ourself. . are we want to stuck in this feeling forever? . i ask myself about it everyday....