Skip to main content

Bila suami balik, makan-makan-makan

Assalamualaikum...

Sebenarnya plan baik punya nak bikin special surprise tu tak berapa menjadi pasal suami tukar tarikh pulang etc.
Maka, marilah pikat hatinya melalui perutnya sudah. Muahahaha...

Dok sama-sama jelah perut boroi jap, dok berjauhan gini masing-masing perut slim je. Makanan kedai kat sana tak kena selera katanya. Hom la ore selero pata timor dok hadap menu ore selatan mana kena.

Normal suami balik kadang tak sempat manjakan perutnya nak makan apa sebab sibuk ke sana ke mari dan sibuk kerja, balik kerja terus singgah kedai makan, sampai rumah kadang flat sama-sama dengan anak. This time, alhamdulillah tak dan hari-hari masak pun, semua menu yang kite cadangkan tu memenuhi citarasa perut suami.

Konon pagi Rabu tu nak masak nasi lemak sempena sambut suami balik. Nanhadoo. Tapi selasa malam tu awal-awal dah buat cheesekut sebekas.


Maka suami minum pagi sambil meratah cheesekut jela sementara nak keluar lunch dengan isteri. Sat je suami hadap cheesekut ni, nak-nak cheese, memang gemar sangat kat dia.

 Since amek off, marilah pergi membeli belah dulu sebelum makan. Malas nak berebut meja makan.
Selesai membeli barang dapur, terus cari port makan. Dan si dia berhenti dekat nasi ulam cikgu. Isteri layankan jelah suami yang lama tak pekena masakan kampung ni.

Makan berdua, ambik singgang ikan tongkol seketul + ulam sepinggan+budu+ikan rebus seekor+ nasi 2pinggan + milo ais+ nescafe ais. Total RM10. 
**saja nak bagitau makan murah.hihi.

Malamnya, takat goreng-goreng nugget camgitu saja sebab masih kenyang.

Khamis, masing-masing makan sendiri je. Kuar jalan-jalan cari kambing kat tesco, kite je makan sebab suami kata kenyang.

Jumaat, balik Kemahang. Layan air tangan emak mertuaku sahajalah.
Sebelum lunch, makan kambing panggang, ini pun suami punya tekak nak layan. Isteri perap semalaman, sampai rumah mak terus bakar dalam pemanggang ajaib. Sedap sangat.
Minum petang, dengan ketupat sotong air tangan mak. Pun sodapppp...TQ mak!
 Malamnya, keluar menghantar adik ipar menaiki bas di Tanah Merah. Alang-alang marilah belanja mak makan Roti Canai Cikgu dulu. Sedap!

 Roti kosong+ roti boom+ roti tisu + air laici+ limau ais+ nescafe ais. Total RM10.

Sabtu pagi rush balik rumah abah, ambil abah sama-sama pergi majlis terima wang ehsan bantuan banjir. Lapar sebab belum breakfast, so layan jela makan dekat gerai sebelah tu. Selesai majlis tu, abah belanja makan nasi sup+ daging bakar area depan Kem Tentera Kok Lanas tu. Sedap supnya, terasa black paper. Kalau demam ni best layan sup ni. Terus bertolak ke Limau Kasturi menghadiri majlis perkahwinan sepupu abah. On the way sempat singgah ziarah tapak rumah tok che di Kampung Karangan, Laloh. Sedih, rumah tok che semua dah hancur di landa banjir besar hari tu. Masih ada keluarga yang tinggal dalam khemah. Sedih sangat tengok.
Makan kenduri terus patah balik. Almost 10pm sampai rumah. Kesian Thaqif badan suam je malam tu nak demam. Mujur ibu cepat-cepat sapu PEVOO baru lena tidur.

Ahad pagi, setel basuh baju semua, terus gerak balik Kemahang lagi. Melalui Pasir Mas, singgah beli percik Mak Jah di tepi jambatan Pasir Mas tu. Ayam seketul, ikan seekor. RM13.00.
Terus ke Rantau Panjang dulu. Beli baju kite sepasang. Hikhik.
Pastu menikmati pulut ayam sebungkus dan cendol kow. RM6.50+RM4.00.

Isnin petang, balik rumah abah. Malamnya baru memasak untuk suami. Hik.
Masak Spageti Carbonara (homemade gravy). Tak sampai 5 minit, pinggan suami dah licin.
Muahahaha...Rindu sangat air tangan isteri tu.



Pagi selasa, semangat berkobar-kobar, masak nasi lemak. Tengah hari pulak masak meatball ala ikea.


Rabu, malam tu baru makan nasi kerabu ayam bakar. Tengah hari pakat puasa dek kalut menantu mak muda kite bersalin. Sampai ke Thaqif mai tunggu kat labour room. Suami layan nasi kerabu sekali 2 bungkus penangan tak makan tengah hari.

Khamis, EL lagi. Thaqif cam demam je bangun pagi tu. Tengah hari pergi melawat menantu mak muda kat wad, terus pergi makan nasi sup asam suliza sebab perut dah lapar.Kemudian baru menuju ke rumah tok che.


Comments

  1. Tudia aktiviti pack bila suami balik. Yg penting dpt jg masak utk suami kan ^^

    ReplyDelete
  2. lapar tengok gambar ni. Hihihi..smgt kn bila suami balik

    ReplyDelete
  3. tudia...atur makan makan dan makan saja

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d