Skip to main content

KB STREET FEST @ KTC

Assalamualaikum...

Sabtu,  11Apr 2015, membuat OT demi mengumpul cuti. -Suami nak balik pulok ni bulan depan.
Tup-tup dok OT, abah kata dia datang amek, terus nak g kenduri kawen.
What?
Dengan i'olls bedal jeans dan t-shirt je datang OT terus nak pergi kenduri?
Oh! Nonono... cannot.
Ting!
Nasib baik teringat KTC ada KB Street Fest minggu ni. Kikiki.
Maka burn aa sejam OT demi menjelajah KB Street Fest mencari pakaian sesuai. Huhu...
Ok fun jugak sesekali ke fest camni, cuci-cuci mata, untung-untung dapat harga murah-murah, cantik-cantik straight from vendor.
Most vendor ni niaga secara online thru ig, fb, ni aktif pulak join fest camni memang bagus sangatlah.
Berpusing-pusing, jubah lawa, tapi tak nursing friendly.So plan b, cari skirt sajo match dengan t-shirt kite.

RM30. Bolehlah. Malas nak tawar-tawar sangat, desprate dah ni.
Then, dah lama teringin nak makan kek sejak sebelum suami balik tapi tak dapat pun. Maka, marilah kite mencari sesuap dua kek.
Tara... Jumpa chocolate lasagna yang tengah top ni. Amek chocolate lasagna RM10, dan the volcano RM8. Nak bayar, vendor tu kata kalau ambil 3, RM20.
Okeyh! Pengsan. Memang grab 3 la terus.



KTC (Kelantan Trade Center) ni aktif betul la. Hampir setiap minggu pun ada aktiviti, ada festival.
Stress i'olls jarang-jarang je dapat pegi. Kikiki... Ala...orang pempuan camni la, kalau tak dapat shopping, dapat tengok-tengok pun dah cukup.
Kite taklah menyoping beria. Budget low pasal bulan ni banyak perabes restock pevoo, acv, barang anak etc yang lebih penting.

Hujung minggu ni pun ada 'Vendur Bazaar' pulok...

Sedang elok gaji tu!
Ore-ore kelate sekalian, moh le serang!

Comments

  1. pehhh grab tiga terus. kenyang lah makan coklat. hehehe ;D

    ReplyDelete
  2. Wah...bestnyer...terliur terus..hahaha

    ReplyDelete
  3. Kelantan mmg ada mcm2..tu yg syok tu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

2nd Giveaway Cik Puan Jelita

Assalamualaikum... Pagi yang indah dibulan Mac. Marilah melancarkan 2nd Giveaway Cik Puan Jelita. Harap sudi join! SYARAT-SYARAT 1.  FOLLOW  Blog  Cik Puan Jelita  aka  cikjelita.blogspot.com dan instagram Aimi_Muhamad899    (keputusan pemenang bertuah akan di umum dalam blog!)  **wajib follow blog, instagram tak wajib untuk yang takde. 2. Copy  PICTURE  di atas ni dan link kan ke  (Link kan ke entri  " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita "  ) 3. Sila letak  TITLE  entri dengan " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita " ye. 4. Sila  TAG  kan seberapa ramai kawan2 anda untuk join giveaway ni ye! (minimum 3 orang!) 5. Sila  TINGGALKAN LINK  penyertaan  di ruangan komen entri   " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita "  (Kalau takde tinggalkan link entri, penyertaan tidak di kira) Giveaway ni bermula pada hari ini!  (01 -20 Mac 2015) Hadiah-h...