Skip to main content

#muhamadthaqifaiman 1st training toothbrush

Assalamuaikum.

Sebenarnya, part berus gigi ni macam blur-blur je.
Hari tu dok membelek cari online shop jual disposible breastpad kegemaran secara murah, terbelek sekali bahagian babies dan ternampaklah berus gigi. Barulah macam tersedar dari mimpi bahawa anak dah ada gigi, kena training berus gigi.

15/4/2015, balik kerja tengok ada parcel. Thaqif merengek-rengek nak dukung etc kala ibu sibuk nak simpan susu etc. Maka, marilah ajak dia sama-sama bukak parcel kasi jangan ekkekk sangat. Dan dialah orang yang paling bersungguh-sungguh nak ranapkan kotak parcel tu.^__^'

Sudah bukak parcel, bagi dia berus gigi dia. Memula dia pelik-pelik je. Then explain kat dia, tunjuk cemana nak berus gigi, test kat mulut dia. Suka je dia buat sendiri pulak. Dah ibu nak amek gambar dia, pusing-pusing je, ingat ibu nak amek berus gigi dia la tu.
^__^'  

Finally dapat la amek gambar sekeping hantar ke papa. Mihmihmih.

Dah tu tak lepas berus giginya, ikut atok solat pun berus gigi tetap kat mulut, main kereta ke apa, pun berus gigi di tangan. Suka sangatlah tu.

Taraa...inilah rupanya 1 set training toothbrush Thaqif.


1 set terus ada yang sesuai dari gigi 2-3batang hingga gigi penuh. Brand pigeon. Bagus lagi ada gelung kat tengah berus gigi tu, so anak takkan mengalami masalah chocking. Gitew!
Okey, nak study pasal memberus gigi anak.
For now, marilah berus hari-hari sebelum tidur.

Comments

  1. Cantik berus gigi tu, sue beli berus gigi biasa je. Tp excited dia berus gigi stp kali mandi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang biasa pun xpe asalkan anak enjoy berus gigi.

      Delete
  2. Paling benci bab berus gigi anak..

    ReplyDelete
  3. saya pun dah beli kat ainul, hihi. tapi dia gigit ja, tak pandai berus lagi...gigi baru 2 batang kat bawah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-...

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1

Assalamualaikum... [ENTRI SEKIAN LAMA TERPERAM DALAM DRAFT -AUTO PUBLISH] Kite share pengalaman kite jer, not to misunderstanding yang kite nak beriak-riak ke hape. Kot-kot dari pengalaman kite kawan-kawan yang 1st time macam kite bolehlah jadikan panduan kala membeli property sendiri later. Alhamdulillah... Syukur tak terkira, kini memiliki tanah sendiri.  At first tak terfikir pun untuk membeli. Risau tak mampu.  Sebelum balik kampung dahulu, memang kami berangan-angan untuk membeli tanah, atau rumah sendiri tapi dalam masa 5 tahun ke depanlah. Tinggal dikampung halaman pun, tapi bila both bekerja, ada expenses 2 pihak juga. Expecting baby lagi buat menutup cerita tentang membeli RUMAH/TANAH/KERETA BARU. Dalam part 1. Kite bercerita tentang lokasi/deposit. How we solve it. Rezeki Allah tak terjangka. Kala trimester ketiga kandungan, husband ada berkenalan dengan suami rakan sepejabatnya, yang bekerja sebagai kontraktor dan buat sambilan jual beli tanah. ...