Assalamualaikum...
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Syukur pada Allah berikan kesihatan buat anakda #muhamadthaqifaiman serta kami sekeluarga. Juga memberikanku kekuatan dan memudahkan perjalanan sebagai seorang ibu yang menguruskan anak sendirian.
11bulan dah anak hari ini. Sekejap je masa berlalu. Bulan depan boleh tiup lilin happy birthday dah. Yeay! Semoga membesar menjadi anak yang sihat aktif dan soleh ye sayang.
Hebat sangat dah panjat meja makan. Main mainan kereta. Main bola.
More suka berdiri, suka jalan-jalan sendiri dengan syarat pegang kedua tangan dia. Memang senyum jelah dapat berjalan sendiri kan.
Pandai mengajuk semua orang buat bunyi.(Eh, sebenarnya memang dah pandai dari 6-7m tapi sekarang lebih advance tiru). Bunyi burung paling win! Tuwoo'!
Thaqif dah pandai pilih makan juga. Oh! Ini sebenarnya dah bermula sejak dia 8m tu. Masa 8m dia diperkenal dengan pasta, menu lain tak mo. Then Masuk 9m+ dah reject pasta kembali pada menu bubur. Menu bubur pun kena tengok campur dengan apa. Mencabar la kena try and error hari-hari, pasal dia bukan jawab pun kalau tanya hari ni nak makan apa. Untuk usia 10m+, menu kegemaran dia adalah bubur campur puree kurma/kismis sahaja. Campur lain, reject. Thaqif lebih rela makan bubur kosong je kalau puree kurma takde. T__T.
few day ni bubur dengan kurma pun macam slow dah. Adeh. Nak menu apa pulak anak sayang?
Pertama kali Thaqif mandi pantai, pertama kali juga Thaqif mandi air bukit. Enjoy je Thaqif main air okey...
28/3/2015, 1st gigi bawah dah mula dirasa bergaram-garam. Yippie! Suka je ibu. Teruja dan scary juga kalau Thaqif gigit. Akhirnya dapatlah menutup soalan dari papa yang hari-hari tanya kat ibu Thaqif dah ada gigi tak?
Okey lepas ni ibu kena rajin gosok gigi anak pulak.
*sedang mengalami kena gigit dek anak. waa...Allah...tolong bagi saya kesabaran, ketahanan yang tinggi.
28/3/2015, 1st gigi bawah dah mula dirasa bergaram-garam. Yippie! Suka je ibu. Teruja dan scary juga kalau Thaqif gigit. Akhirnya dapatlah menutup soalan dari papa yang hari-hari tanya kat ibu Thaqif dah ada gigi tak?
Okey lepas ni ibu kena rajin gosok gigi anak pulak.
*sedang mengalami kena gigit dek anak. waa...Allah...tolong bagi saya kesabaran, ketahanan yang tinggi.
wa..thaqif dah ada gigi! jaga2 la ibu lepas ni. hihi..
ReplyDeleteomeinyaa thaqif ^^
ReplyDeleteAqil dl pon gigi tumbuh lambat.10 bulan br naik.stress gak la org asik tnya ''gigi x tumbuh lg ke?''
ReplyDeleteAinul sebaya dengan thaqif, beza hari je, ainul 31.5. sama juga perkembangan, sekang ni mkn bubur dengan karot, sawi putih, bayam, ubi kentang, gilir2, suma mkn. hihi
ReplyDelete