Skip to main content

KL/ Selangor Vocation

Assalamualaikum.

1.5.2015, gerak ke KL. Whole way to KL Thaqif takde la meragam sangat. In control je. Mungkin lapar, tengah hari tu dia macam cranky kejap. Berhenti di R&R, order nasi putih dan sup ayam untuk Thaqif. Puas hati, suku pinggan dia makan. Adeiii... Kuat makan!

Malam bermalam di rumah anak mak muda di Seri Kembangan.Abah dok nak makan nasi arab pergi Cyberjaya tu, tapi  full house, beratur panjang benorr, dengan Thaqif yang cepat bosan, tukar plan. Lastly hadap menu kedai mamak jelah. Tak de rezeki.
Thaqif selamat tidur dah. Kat kedai mamak dok tungtangtung ketuk kuali, bising macam hape dia tidur tak berkutik pun. 

2.5.2015, pagi-pagi dah keluar dari rumah anak mak muda tu. Jalan-jalan ke Putrajaya. Sampai Putrajaya, Thaqif mentidur tak sedar apa. Dah naik sampai puncak menara yang ada sejarah bagai tu pun, turun balik pun tak sedar-sedar. Fuh! 




Last, kejut jugak la dia, bukan hari-hari kita sampai Putrajaya ni anak oitt...Hikhokhik...









Next, pergi kenduri mommy Ella... Kol 12 dah sampai, pengantin baru siap mekap.
  Mommy Ella comel sangat!
Jumpa dengan bonda Murni juga. Umi Jaja.
Lepak kejap jelah kat kenduri, sebab bawak abah semua nanti diorang bosan plak lama-lama kan. Huhu...



Next, lepas kenduri cari masjid solat dan terus ke IKEA. Fun melayan dak Thaqif main kat IKEA tu, semua sofa, katil dia nak panjat dan golek-golek. Nak berjalan sendiri. Haish! Pendek kata puas hati la melayan Thaqif kat IKEA tu.

Pastu terus dinner kat umah kak Zu, barulah balik rumah cik tye untuk mandi, rehat, tidur.

3.5.2015, pagi-pagi breakfast kat rumah kak zu, pastu pergi pasar tani Shah Alam, melayan pak uda Thaqif, jumpa uncle Adam.
Yang paling best husband layan je tekak kite yang mengada-ngada nak Float Rootbeer A&W, nak putu bamboo World.
 Thank you yunk...
Dah gambar malas tepek banyak-banyak sebab malas nak select.



Comments

  1. hri tu g putrajaya skyride tu xsiap lg.. laaa ni dh siap, tp xberkesempatan lg nk pegi..

    ReplyDelete
  2. Wahhhh...bestnyer thaqif jln2 ek...letih agaknyer tu tdo aja...

    ReplyDelete
  3. dh lama x p putrajaya.ms p dulu time putrajaya br buka...jmbtn dia pon xleh guna lg...hahaha...lama x lamanya...

    Aqil pon dh lama x jln jauh.ms 5 bulan penah smpai Melaka pstu dh x ke mana dh

    ReplyDelete
  4. Alahai mudah betul bawa thaqif jalan2...bantai tido je dia...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-...

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1

Assalamualaikum... [ENTRI SEKIAN LAMA TERPERAM DALAM DRAFT -AUTO PUBLISH] Kite share pengalaman kite jer, not to misunderstanding yang kite nak beriak-riak ke hape. Kot-kot dari pengalaman kite kawan-kawan yang 1st time macam kite bolehlah jadikan panduan kala membeli property sendiri later. Alhamdulillah... Syukur tak terkira, kini memiliki tanah sendiri.  At first tak terfikir pun untuk membeli. Risau tak mampu.  Sebelum balik kampung dahulu, memang kami berangan-angan untuk membeli tanah, atau rumah sendiri tapi dalam masa 5 tahun ke depanlah. Tinggal dikampung halaman pun, tapi bila both bekerja, ada expenses 2 pihak juga. Expecting baby lagi buat menutup cerita tentang membeli RUMAH/TANAH/KERETA BARU. Dalam part 1. Kite bercerita tentang lokasi/deposit. How we solve it. Rezeki Allah tak terjangka. Kala trimester ketiga kandungan, husband ada berkenalan dengan suami rakan sepejabatnya, yang bekerja sebagai kontraktor dan buat sambilan jual beli tanah. ...