Skip to main content

#muhamadthaqifaiman 1st birthday gifts

Assalamualaikum...

Walaupun takde parti hari jadi gempak-gempak. 
Thaqif masih bertuah dapat hadiah dari kesayangan dia.


Berus gigi dan ubat gigi dari cik ngoh...
Cik ngoh misi gigi, haruslah hadiah dia camgini.
Thank you cik ngoh!

Baju dari atok. OMG Pink! Hihi.
 Atok dah lama dok zikir kat telinga ibu belikan baju singlet je tapi tak beli-beli pun sebab papa tak suka anak seksi-seksi nampak lengan.
Terima kasih atok, opah. Tahun depan Thaqif dok taska jangan nangis rindu okey...(ayat psiko sangat)

Motor tayar 4 hadiah dari cik na.
Kelu lidah ibu tengok cik na bawak keluar ni untuk awak.
TQ cik na...moga murah rezeki cik na sekeluarga...

Bangun pagi je terus naik motor. Suka sangat...

Pastu sepupu Thaqif, Arash pun ada kasi hadiah mainan Boboiboy yang tebus stiker kat 7e tu. So sweet. Tapi gambar boboiboy nanhadoo sebab boboiboy tido rumah opah.Hahaha...

Ibu, papa nanhadoo belikan hadiah beria-ia pun. Ibu order kek birthday tu jelah. Buntu nak beli apa sebab kadang dah hari-hari belikan macam-macam.
Dan freak kot nanti manja sangat bila belikan macam-macam. Okey, over disitu.

 Few month before his birthday, plan nak belikan Thaqif shoes.
 Pastu pening la readymade or custom made.
Custom made harga pun telan air liur la bagi ibu yang cermat sangat ni sebab fikir pakai sebentar je. Anak-anak tengah membesar. So hold dahulu.
Kasut readymade plak, cun... tapi kalau beli online kalau terbesar, terkecik susah nak tukar lagipun kaki Thaqif tu demok la, beli kasut selalu ambil masa nak pakai  sebab tak pas nak masuk elok.
Hari tu beria tanya pasal stroller nak beli pun nanhado beli, pegi KL berdukung jela Thaqif gilir-gilir dengan papa dia.
So tak beli apa-apa...Ibu simpan jelah duit kat awak eh. aci tak?

Comments

  1. wahhhh besnye haqif dpt hadiah mcm2. siap dpt motor lagi haaa. jeles acik ana ni hehehe

    ReplyDelete
  2. wahhh..seronoknyer ada moto...cik mah tiap2 bulan belikan sesuatu utk azwa...ala..mcm buku ke..sticker...konon2 bg bnda baru utk die blaja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la cik mah tetiap bln, tetiap kali keluar pun beli jgk kdg2...hihi

      Delete
  3. Eh happy birthday handsome :D:D sebaya ngan Cik Tipah la ni yer.. wahhh hadiah2 dia kerlasssss. May Allah bless u sayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah sebaya je ngn tipah beza hari je rasanya.tQ mommy tipah n jelita

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-...

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1

Assalamualaikum... [ENTRI SEKIAN LAMA TERPERAM DALAM DRAFT -AUTO PUBLISH] Kite share pengalaman kite jer, not to misunderstanding yang kite nak beriak-riak ke hape. Kot-kot dari pengalaman kite kawan-kawan yang 1st time macam kite bolehlah jadikan panduan kala membeli property sendiri later. Alhamdulillah... Syukur tak terkira, kini memiliki tanah sendiri.  At first tak terfikir pun untuk membeli. Risau tak mampu.  Sebelum balik kampung dahulu, memang kami berangan-angan untuk membeli tanah, atau rumah sendiri tapi dalam masa 5 tahun ke depanlah. Tinggal dikampung halaman pun, tapi bila both bekerja, ada expenses 2 pihak juga. Expecting baby lagi buat menutup cerita tentang membeli RUMAH/TANAH/KERETA BARU. Dalam part 1. Kite bercerita tentang lokasi/deposit. How we solve it. Rezeki Allah tak terjangka. Kala trimester ketiga kandungan, husband ada berkenalan dengan suami rakan sepejabatnya, yang bekerja sebagai kontraktor dan buat sambilan jual beli tanah. ...