Skip to main content

#muhamadthaqifaiman 1st Birthday

Assalamualaikum

Thaqif 1st birthday- memang teruja untuk celebrate, do everything. Nak order sebiji kek pun dah pening jugak. The deco, the flavour. Hahaha... Over sangat...

Then husband kata, ala baru 1st year, Thaqif pun tak tahu apa. Tak payah la celebrating macam-macam sangat. Siap buat label bagai nak buat goodies semua since mak tok Thaqif kebetulan turn buat bacaan yassin kat rumah dia sehari sebelum birthday Thaqif. Kira nak kasi goodies la kat orang baca yassin tu.Tapi tak jadi goodies bagai pun sebab masa suntuk nak cari barang untuk masukkan goodies tu. Suami jauh nak merengek-rengek pergi situ sini. Suami balik pun dah terus nak pergi KL, balik dari KL dah majlis bacaan yassin.

Since mei banyak sangat nak celebrate, kakak pun nak belanja makan, maka kira kita tukang sponsor kek. Tapi last minit tak jadi jugak. Cik Nuar ada kursus, anak-anak pun naik bertih pulak, maka mereka sekeluarga tak balik KB.

Kek dah order, marilah kita proceed je celebrate. Sabtu, 8.5.2015, moh le bawa Thaqif dan sepupu-sepupu dia ke Telaga Bijih berendam.

Lets go, lets go... Thaqif driving!


 Seronok berendam dengan papa dan abang-abang.
Makan nasi lemak dan pisang pun dalam air jo Thaqif tu.

Dah tengok bibir tukar biru, tok ayah pun dah sampai. Marilah kita belah kek ye.


 sungguh blurr muka Thaqif... apa ni? nak buat apa?






Dah belah kek, jamu abang-abang makan kek, turun berendam balik.
Tak puas sungguh main air. Seronok katanya.


Naik, siap-siap nak balik dah ni bagi Thaqif relaks, makan biskut dulu sebelum bilas badan dia.


Nak jadi cerita on the way nak pegi toilet lalu jambatan air dok mengalir, Thaqif terus tak senang dah nak turun dari dukung. Nak main air lagi. Bagi jelah dia main air situ plak, kira bilas badan Thaqif kat situ jelah. Bila nak bawak naik terus nangis. Adeh! Tak puas main air lagi ke anak? Dari 9.30am-12.45pm pun tak puas lagi...




Comments

  1. Bestnye main air sambil celebrate birthday...Happy birthday Thaqif!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq...tulah..seronok je tgk bdk2 main air...

      Delete
  2. hepi besday Thaqif...

    mcm besday Aqil....spatutnya sminggu slps ry haji thn lps tp mndgkn ms ry haji tu wt aqiqah Aqil terus order kek last minit buat besday....xda goodies bag bagai sbb kalut2 tukar plan.suami ckp dh alang2 wt knduri skali arung la...tu pon x ckp kt jmptn kata wt besday sbb besday smbut mlm dgn adik bradik yg rmai ja

    ReplyDelete
  3. Hahaha...mmg dah junpa air xnk kuar dah...azwa pun..sampai die nk naik sendiri br boleh..selamat hr lahir thaqif..be a good boy ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...suka norr main air...sekarang balik kerja nak mandikan thaqif kena bagi dia berendam main air puas3 dlm besen dlu baru ley bawak keluar.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-...

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1

Assalamualaikum... [ENTRI SEKIAN LAMA TERPERAM DALAM DRAFT -AUTO PUBLISH] Kite share pengalaman kite jer, not to misunderstanding yang kite nak beriak-riak ke hape. Kot-kot dari pengalaman kite kawan-kawan yang 1st time macam kite bolehlah jadikan panduan kala membeli property sendiri later. Alhamdulillah... Syukur tak terkira, kini memiliki tanah sendiri.  At first tak terfikir pun untuk membeli. Risau tak mampu.  Sebelum balik kampung dahulu, memang kami berangan-angan untuk membeli tanah, atau rumah sendiri tapi dalam masa 5 tahun ke depanlah. Tinggal dikampung halaman pun, tapi bila both bekerja, ada expenses 2 pihak juga. Expecting baby lagi buat menutup cerita tentang membeli RUMAH/TANAH/KERETA BARU. Dalam part 1. Kite bercerita tentang lokasi/deposit. How we solve it. Rezeki Allah tak terjangka. Kala trimester ketiga kandungan, husband ada berkenalan dengan suami rakan sepejabatnya, yang bekerja sebagai kontraktor dan buat sambilan jual beli tanah. ...