Skip to main content

Renjer Taman Sakit Perut dan demam...

Assalamualaikum...

Cerita semalam. Balik kerja tu dah pelik-pelik bila Thaqif asyik nak menepek je. Sampai rumah ceria balik dok main dengan abang-abang sepupu dia yang datang tu. Jam 8 dah ajak Thaqif masuk tidurlah. Maka tidurlah dia dengan ibu sekali lena.

Sedar-sedar 12am, Thaqif merengek-rengek, bagi susu tak mo. Jamah kepala, tangan, kaki semua panas. Pujuk-pujuk pun tak mo. Maka keluarlah kelambu. ibu pergi mencari seketul botol spray pevoo, sapu kat kepala, kat badan Thaqif. Dia baring kejap, pastu ekkekk lagi. Pujuk-pujuk boo layan. Then perasan dia kentut.
Dalam hati, nak berak la kot ni. 
Maka, urut-urut perut dia sikit, pujuk-pujuk, peluk bawak keluar bilik. Senyap sekejap. Ibu nak masuk toilet pun terpaksa la dukung dia jugak. Manja sangat nak menepek.
Bagi makan madu sesudu.
Dok lima minit, muka merah dok teran berak. ^__^'.
Parah la mood berak malam-malam. Patut tak lena tidur.

Renjer taman dok aim handphone ibu letew.

Elok lepas siap basuh bontot semua. Happy je muka siap main ciku cak dengan ibu dari dalam kelambu.
Panas badan pun tak setinggi sebelumnya dah. tQ pevoo.
Tapi nanhadoo ibu biarkan macam tu je, bancuh jugak air + cuka epal, rendam stokin dalam tu pakaikan kat Thaqif.
Thaqif pun dah terbiasa dengan term bila demam pakai stokin tu, awal-awal dia hulur kaki bila nampak ibu pegang stokin. Comel je dok hulur kaki...Sabor jelah.
Dah selesai pakaikan stokin, susukan Thaqif terus tidur lena sampai pagi...
Pagi ni jamah kepala pun dah tak panas cuma bersin-bersin je lagi. Pesan siap-siap kat abah suruh bagi madu sesudu kat Thaqif.
Musim sekarang dah tak tentu, siang panas terik malam hujan lebat. Berubah cuaca kot tu cik renjer pun demam.
Hope Thaqif cepat kebah demamnya.
Sabar ye sayang, meet you soon. Ibu balik 3.30pm hari ni.

Hari terakhir tenang-tenang balik kerja.
Minggu depan balik kerja hadap jem la sebab cuti sekolah dah bermula.
Bertabahlah...

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

will be back with new spirit

Assalamualaikum . tenggelam timbul didunia blog. suka menulis tapi selalunya kekangan masa dan kehidupan sebagai isteri, ibu yang bekerja menjadikan bukan keutamaan untuk teruskan berblog. . i feel lost as wife and mother. i feel tired in everything i through. im feeling running from everything. sometimes. i think it better die than keep alive. . stress.depression.is real. . saya alaminya. . dan bukan mudah untuk menanganinya. . tanpa sokongan orang sekeliling. . yang hati sentiasa menjerit 'you are not in my shoes' . tapi terpaksa senyum, berlakon berkata 'im ok' . alhamdulillah. . i learn. to love myself. . i will not give up with myself. . im enjoying every second of time that i have now. . truly.to archieve this feeling. . its not take a day or two. . not only depends to the support that we had. . but ourself. . are we want to stuck in this feeling forever? . i ask myself about it everyday....