Skip to main content

#muhamadthaqifaiman bermandi-manda di Hotel Perdana, Kota Bharu

Assalamualaikum...

Kakak ada beli baucer bilik murah kat Hotel Perdana, Kota Bharu tu masa minggu amanah saham last year.
So dia bawa anak-anak check-in disitu pada hari Rabu (10 Jun 2015). Since ada kolam, so kakak pun excited la ajak Thaqif sama pergi main air, 3.00pm call tanya pelampung Thaqif semua. Ibu tengah kerja terus mood kelaut bayangkan anak main air.
Ibu singgah tengok dia lepas balik kerja jelah.

Main air dengan cik ngah dan abang arif, abang yang lain berenang kat kolam atas tempat lagi dalam.


Tak mo pakai pelampung ada kaki tu dah. Huhu. Tunggu la ibu belikan neckfloat or swim trainer tu plak ea.


See all the happy face jumpa air. Bila mulut dah nak biru, bawak dia naik atas, mata tak kelain pun, pandang kolam saja. Adeidei...

Khamis pagi, lepas hantar ibu kerja pun singgah lagi kat hotel tu main air lagi. Atok kata seronok sangat dia.

Pertama kali masuk Hotel Perdana ni, selalu lalu je masa pergi balik kerja. 
Best juga hotel ni, macam masuk dunia lain plak. If you ever be at kota bharu, area Stadium semua ni sila fahami jem dia, even depan hotel ini, tapi masuk je hotel ni damai je, tak dengar pun hon-hon bising kenderaan.

For my dear Thaqif, tunggu ibu ada rezeki lebih kang kita pergi waterpark la pulok. Tunggu kak Ainul ada sama mesti seronok.

Comments

  1. Thaqif syok berendam. Budakw dgn air berpisah tiada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.dlu selalu cekak pinggang bulatkan mata bila tengok anak sedara lencunkan bilik air mcm hape, now ada anak sendiri baru paham keceriaan mereka dgn air.

      Delete
  2. Seronokkan tgok ank excited main2 air...azwa pun suka juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thu xpe.azwa dah banyak tempat dah jelajah main air lg seronok

      Delete
  3. Bestnyer dapat mandi manda time panas gini kan ^-^

    ReplyDelete
  4. amboi....sukanya dia berendam

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka sgt, xdpt real kolam dlm besen pun boleh

      Delete
  5. amboi seronoknya berendam...

    harga khemah tu cuma rm38 je di mr diy

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok!
      wah murah nnti boleh cari.tQ info.

      Delete
  6. Seronok dpt berenang.. Bgus ajar anak berenang dr kecik jgn mcm sy dh tua baru nk bljr.. Haha..
    Blogwalking sini

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

Pengendalian Solid Food Aisyah ke taska

Assalamualaikum... Cara pengendalian solid food anak ke taska adalah sama je dengan cara mengendalikan susu ibu ke taska. Dahulu zaman Thaqif memasak bubur nasi tu hazabb sikit- lama nak menunggu nasi hancur, pernah la terhangus. Masa tu memang bubur pun masak banyak-banyak frozen. Pastu kadang-kadang tang bubur jadi ala span, tak lalu nak bagi anak buang gitu jelah. Itu zaman anak satu yang serba ntah pape. Itu takut, ini salah. Serba tak kena katanya, biasalah baru cari pengalaman jadi ibu. Alhamdulillah untuk Aisyah ni lebih confident. Lepas tu tahu pulak cemana cara mudah dan cepat nak masak bubur. Terus hari-hari makan bubur pun takpe nakk. Bubur Aisyah dimasak setiap hari atau selang sehari kalau abangnya tak mengaruk nak makan/ bekal bubur jugak. Balik kerja memang selalu setel simpan susu, keluarkan susu untuk esoknya, masak bubur, keluarkan baju kotor dan kemas beg taska sebelum duduk melayan anak-anak nak menyusu etc. Selepas anak-anak tidur baru

Jadual Pemakanan Bayi 6 Bulan.

Assalamualaikum... Aww...excited norr anak makan kali ni. Ibu siap-siap buat entri satu per satu untuk anak tersayang. Gediks sangat. Untuk pemilihan makanan pertama Nur Aisyah Tasnim ni pun dilema jugak. Walaupun ada pengalaman dah bagi Thaqif makan. Berdebar tu tetap ada untuk memulakan sesuatu yang baru pada anak yang baru - Aisyah.  Dilema nak mula dengan puree atau bubur seperti Thaqif.  Terpengaruh dengan notes kebanyakan mommies sekarang dan risau jugak apa-apa kan. (tapi mostly kerana terpengaruh dengan warna warni menu puree mommies tu buat untuk anak mereka) Tapi akhirnya kite memilih untuk memulakan dengan bubur nasi kosong jugak pada Aisyah. Apa yang kite faham ialah ini adalah langkah memperkenalkan makanan pejal kepada bayi. Bentuk makanan pejal yang akan diperkenalkan juga adalah masih versi cair yang boleh mengalir mengikut sudu lagi dan kuantiti yang diberikan untuk awal proses ini adalah 1-2 sudu makan sahaja. Even nurse yang kite selalu j