Skip to main content

tabung

Assalamualaikum

Hari ni nak berkongsi, koleksi tabung i'olls...

Banyak tabung je, tak penuh duit pun lagi. 

Tabung 1Malaysia BSN, ini dapat dari seorang dari adik comel semasa join event charity kat Cheras tak silap (lupa dah nama tempat tu-rumah anak-anak yang menghidap HIV/Aids). Rindu mereka... Everytime tengok tabung ni masih terbayang senyuman si comel itu.Selalu nak di peluk. 
Since husband dan saya selalu berlumba-lumba simpan syiling, husband claim dia takde tabung-so dia la guna tabung ni.

Tabung TH itu tabung Thaqif. Boh jugak gambar sebab most syiling lately masuk tabung dia je sokmo. Papa dia balik pun dok isi tabung dia juga. Untunglahhh...

Tabung Bank Anna(Anamuslim) dapat semasa jadi fasilitator join event bersama anak-anak FELDA di KL. 
Tabung ni jadi macam tabung sedekah. Bila rasa ada lebihan duit, niat nak buat jariah, masuk tabung nilah bila dah banyak, bagi la ke masjid/ upah orang buat tahlil. Tapi tabung ni kurang aktif kot sebab sekarang dah ada alternatif lain untuk sentiasa bersedekah. Later kite share macam mana k, semoga semua orang dapat manfaatkan sama-sama.
**ini bukan riak, just a sharing ok. read in calm.

Tabung rumah- hadiah dari mama beli semasa kami jalan-jalan di Wang Kelian, Perlis. Tabung ni guna bila tabung rumah kecil tu dah penuh.

Tabung rumah kecil tu hadiah dari kakak, buah tangan untuk adiknya masa dia ikut lawatan sekolah. Nilah tabung kite yang rajin diisi. Berlumba-lumba menabung sama-sama dengan husband. Balik rumah je kosongkan syiling dari purse. 
  
Later, nak asinglah, tabung rumah besar untuk simpan duit syiling baru, tabung rumah kecil tu simpan duit syiling lama. Senang sikit. Bank sekarang takmo campur-campur duit syiling lama dan baru.

Lastly, bukan tabung tapi bekas tu diguna untuk simpan duit 5sen. Dah penuh pun bekas tu. Nak kena  cari bekas lain plak.

Comments

  1. Menariknya koleksi2 tabung. Sue ada yg tabung TH tu juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tabung TH tu lagend la...dari dulu hingga kini xberubah

      Delete
  2. Ammar nyer tabung satu jer..Tabung SSPN-i. Dapat masa buka akaun SSPN-I. Mamanya tabung kotak jer..Sebab macam dah tak banyak tabung kat pasaran. Orang dah jarang menabung kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite xbukak pun sspn-i.xtau bila nak bukak.

      Delete
  3. Duit syiling skrg un bernilai boleh guna byr tax.. :D
    Jom singgah blog sy:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu xpe.dok simpan 5sen, sedar2 bila kira2 ada rm10 dah pun

      Delete
  4. tabung kita bekas kaca mcm pasu tu.x boh bunga tp boh duit...hahaha...bl penuh skali tukar 3 4 ratus gak la

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik tu.meh share sikit nak tengok rupa pasu tu boleh jadikan inspirasi utk pakat menabung

      Delete
  5. tabung haji xdpt la dh hbs stock msa buka akaun utk rania.tiap kali pergi bank utk saving msti tnya tp ttp xda. nak jugak !

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

OH MY GROLIER!

Assalamualaikum... Korang pernah dengar Grolier tak? Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak. Nice program with a price. Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung. Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak.  Masa tu berjaya melepaskan diri. Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join. Khamis, 17 September 2015. Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah. Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam. (Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang) Sekali ntah macam mana ...