Skip to main content

TIPS UNTUK MEMPERCEPATKAN TINDAKBALAS SUPPLEMENT YANG DIAMBIL

Assalamualaikum.

Hari ni mari berkongsi tips la pula.
Dok ambil supplement tapi tak tahu cara untuk mempercepatkan tindakbalas supplement yang diambil itu?
Meh baca sini okey.



1. Elakkan makan supplement secara banyak sekaligus pada satu masa.

  •  Apabila kita makan semua supplement secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan supplement mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.
2. Elakkan pengambilan supplement bersama ubat.
  • Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan supplement kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap supplement dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan supplement pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan supplement selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.
3. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian.
  • Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan supplement yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan supplement yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan supplement rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.
4. Pantang larang makan supplement
  • Tahukah anda pengambilan supplement tidak blh diambil bersama air susu @ kalsium..Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Sepanjang mengamalkan supplement perkara yang perlu di elakkan adalah
-Susu (minum bersama supplement)
- air kelapa (kerana air kelapa
penuetral ubatan dan supplement.
- kafien, minuman bergas & alkohol

Comments

  1. thanks sharing..tulah,kekadang kita tak tau kan punca kenapa supplement tu tak memberi kesan pada kita..rupanya ada tips yang perlu kita buat mempercepatkan tindak balas sesuatu supplement tersebut,

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah.dulu kite pun selalu memilih malam untuk makan supplement ni semua sebab mudah ingat tapi rupanya salah

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

Pengendalian Solid Food Aisyah ke taska

Assalamualaikum... Cara pengendalian solid food anak ke taska adalah sama je dengan cara mengendalikan susu ibu ke taska. Dahulu zaman Thaqif memasak bubur nasi tu hazabb sikit- lama nak menunggu nasi hancur, pernah la terhangus. Masa tu memang bubur pun masak banyak-banyak frozen. Pastu kadang-kadang tang bubur jadi ala span, tak lalu nak bagi anak buang gitu jelah. Itu zaman anak satu yang serba ntah pape. Itu takut, ini salah. Serba tak kena katanya, biasalah baru cari pengalaman jadi ibu. Alhamdulillah untuk Aisyah ni lebih confident. Lepas tu tahu pulak cemana cara mudah dan cepat nak masak bubur. Terus hari-hari makan bubur pun takpe nakk. Bubur Aisyah dimasak setiap hari atau selang sehari kalau abangnya tak mengaruk nak makan/ bekal bubur jugak. Balik kerja memang selalu setel simpan susu, keluarkan susu untuk esoknya, masak bubur, keluarkan baju kotor dan kemas beg taska sebelum duduk melayan anak-anak nak menyusu etc. Selepas anak-anak tidur baru

Jadual Pemakanan Bayi 6 Bulan.

Assalamualaikum... Aww...excited norr anak makan kali ni. Ibu siap-siap buat entri satu per satu untuk anak tersayang. Gediks sangat. Untuk pemilihan makanan pertama Nur Aisyah Tasnim ni pun dilema jugak. Walaupun ada pengalaman dah bagi Thaqif makan. Berdebar tu tetap ada untuk memulakan sesuatu yang baru pada anak yang baru - Aisyah.  Dilema nak mula dengan puree atau bubur seperti Thaqif.  Terpengaruh dengan notes kebanyakan mommies sekarang dan risau jugak apa-apa kan. (tapi mostly kerana terpengaruh dengan warna warni menu puree mommies tu buat untuk anak mereka) Tapi akhirnya kite memilih untuk memulakan dengan bubur nasi kosong jugak pada Aisyah. Apa yang kite faham ialah ini adalah langkah memperkenalkan makanan pejal kepada bayi. Bentuk makanan pejal yang akan diperkenalkan juga adalah masih versi cair yang boleh mengalir mengikut sudu lagi dan kuantiti yang diberikan untuk awal proses ini adalah 1-2 sudu makan sahaja. Even nurse yang kite selalu j