Skip to main content

Bila papa shopping baju anak

Assalamualaikum...

Sebelum husband balik kampung, kite suruh husband pergi shopping baju anak dulu barang sehelai dua kat uniqlo sana untuk  raya. Saja membuli husband kasi belajar juga uruskan beli barang anak juga, kang esok kite takde ke apa tahu la nak urus anak. Sini banyak je kedai tapi masa limited dengan Thaqif yang sangat aktif tu, takde nak fokus pilih baju ke apa.

Baju-baju pilihan papa.
Dapat bayang betapa bangga papa masa snap gambar ni. ^__^

Okey la puas hati, sebijik je macam kite dah usha kat website uniqlo tu.

Dah balik KB. Duduk-duduk sembang, keluarkan baju-baju Thaqif yang husband bawak balik.

Me: Eh...Macam besar je...Takpelah nanti besar sikit boleh pakai.
Husband : Yeke besar? B tengok estimed ukuran ikut umur dah la.
Me : Ye sayang, memanglah estimated ukuran ni, tapi tengok kg jugak. Sini 13kg. Anak kita walaupun dah 14bulan baru 8kg.
Husband : ooo... B tak boleh bajet la.
Me: Takpe. Later tahun depan boleh pakai juga. (sambil bukak plastik baju putih tu, keluarkan baju dari plastik)
Oh. Ni baju singlet ea? 
Husband : Eh? ni baju budak perempuan ke?
Me : Eh? Haah la. Adoi papa...papa... (baru perasan curve bahu baju tu gaya perempuan dan gambar kat baju tu minnie mouse etc)
Husband : Sori la. Tak perasan. Semua baju dok rak sama je, papa ingatkan boy, takpun unisex je.
Me : (geleng-geleng kepala jelah) Takpelah nanti kasi kat baby Jaja jelah.
Husband : Betul ke baju ni kena pakai tahun depan?
Me : Taklah. Few month ke depan bila anak besar sikitlah. Sekarang labuh lagi.
Husband : Papa memang tak pandai la nak agak.
^__^

Its okay la. Mistakes makes perfect. Nanti cuba lagi shopping baju anak ye papa. Jangan mengelat sudah.



Comments

  1. kelaka la, tp biasanya isteri la dok memilih baju untu anak2 ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...comel je bila laki plak telek baju anak

      Delete
  2. hehe...kalau akak plak
    husband yang lagi hebat bab estimated baju anak
    akak tak berapa pandai, entah apa-apa mama sorang ni =)

    ReplyDelete
  3. dl abah Aqil pon cmtu.beli bj ala2 pmpuan tp lama2 dh pndai dh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...bukan suami kite sorang jela eh jakun camtu...

      Delete
  4. tak apa boleh cuba lagi nanti..hehe...

    ReplyDelete
  5. hee~ comel !! kalau suami akak bukan pilih baju.. tapi pilih mainan jek keje nye..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

will be back with new spirit

Assalamualaikum . tenggelam timbul didunia blog. suka menulis tapi selalunya kekangan masa dan kehidupan sebagai isteri, ibu yang bekerja menjadikan bukan keutamaan untuk teruskan berblog. . i feel lost as wife and mother. i feel tired in everything i through. im feeling running from everything. sometimes. i think it better die than keep alive. . stress.depression.is real. . saya alaminya. . dan bukan mudah untuk menanganinya. . tanpa sokongan orang sekeliling. . yang hati sentiasa menjerit 'you are not in my shoes' . tapi terpaksa senyum, berlakon berkata 'im ok' . alhamdulillah. . i learn. to love myself. . i will not give up with myself. . im enjoying every second of time that i have now. . truly.to archieve this feeling. . its not take a day or two. . not only depends to the support that we had. . but ourself. . are we want to stuck in this feeling forever? . i ask myself about it everyday....