Assalamualaikum...
husband ada di kampung mestilah macam asyik nak bertepek je wife ni.Pergi kerja asyik menghitung masa nak balik je Nak spend time dengan husband dan anak.
^__^
Rabu aritu pun camtu la, siap stress-stress malas nak pergi kerja sebab malam sebelum tu pergi menyelam tudung kat wakaf che yeh. Balik dah pukul berapa ntah. Nak EL sayang jugak cuti. Pergi jugak kerja dengan lemau. Kena plak turun bawah mencari bht untuk orang audit. Perasaan tambah lemau...dengan pening kepala lagi.erm.
mengadu kat husband, rasa nak amek off petang la, macam tak sihat, nak balik tidur je.
husband memang on sentiasa kalau bab-bab camni sebab dia bosan jugak dok rumah sorang.
macam kite pernah cakap, kami kalau dok dekat, berpisah kejap pun laju mesej/whatsapp, boleh plak dia umpan kite tanya nak pergi dating kat mana. Pfff...
kite jawab xtau tapi dalam kepala macam-macam tempat dah muncul. Mood pening demam sume dah terbang dah.
Bila husband ajak dating berdua aka follow je wife nak ke mana, siapa tak suka kan?
Bila husband ajak dating berdua aka follow je wife nak ke mana, siapa tak suka kan?
masuk kereta teruslah suruh husband hala ke kedai bahan kek nak beli tepung muffin segera. Pastu, eh, jom pergi mr.DIY. Konon nak cuci mata, aim nak beli khemah mainan untuk Thaqif-sebab ada baca kat blog aritu cakap beli kat mr.DIY murah sangat.
Dah masuk situ, rambang mata la. Barang best, harga murah. Macam benda berkenan, berangan nak deko-deko kat rumah tu, aksesori kereta bagai.
macam-macam shopping. Best sebab murah-murah je. Husband terkagum-kagum pencukur tu ada yang serendah RM12.90 tapi husband amek yang RM33.00, lagi best kata dia. Charger phone rosak katanya, pun rembat RM7.50, gunting dan pen pun husband punya jugak-maklumlah bangsa cepat hilang pen 1pack RM3.30. Bantal merah comel tu husband suruh amek nak lapik duduk dalam kereta sebab kite tak cukup inci, ambil dua terus bagi adil, RM11.90/pcs. Since nak raya semua kakak nak balik baru teringat bilik air belakang tu lampu rosak, belilah, RM2.90, penyidai towel dalam bilik kite pun dah lama tercabut, beli jugak RM19.90. Penutup lubang kat toilet pun dah rongak digigit tikus, beli jugak yang steinless steal RM8.90. Teringat pulak hari jadi anak saudara bulan Julai, terus beli pen warna warni 24pcs RM8.90 je. Dekat-dekat nak raya ni, rembat la sampul duit raya 10pack x RM0.60.
Untuk Thaqif pun shopping jugak tapi bukan khemah idaman ibu pastu semua stok yang ada warna pink, lagilah ibu tak beli.
beli buku je untuk Thaqif since dia memang suka buku. Pun murah je, yang kecik tu rm1.90, yang besar tu rm2.80.
Selesa la shopping di Mr. DIY Kota Bharu ni sebab ada tiga tingkat, siap-siap dibahagikan department pada setiap tingkat. Biasa masa dok PJ sana pergi mr.DIY tu di satu floor je, sikit-sikit skip lorong la penat nak jalan. Kat sini seronok tawaf setiap tingkat tanpa skip 1 lorong pun, makin excited je nak panjat tangga.
Marilah pakat shopping kat Mr. DIY, pasti rambang mata dengan harga murah. Untuk lokasi Mr.DIY di seluruh Malaysia rujuk SINI .
Husband siap cakap nanti dia balik lagi nanti nak pergi lagi. Nak shopping aksesori kereta katanya. Hihihi...mudah betul terpengaruh.
Kite on je, dah aim nak beli storage box letak kat dapur lagi.
dekat mana MR DIY kat Kelantan
ReplyDeleteJalan Sultan Yahya, Taman Maju, Kota Bharu
DeleteLot 240, No. 4702-L, Taman Maju, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan
DIY smp 3 tingkat no wonder shopping macam2, yg dekat dgn umah setingkat je, buku2 untuk knk2 tak de pun.
ReplyDeleteTulah.mcm2 beli.kat sini ada buku kanak2, coloring book hingga pre-school pun ada.best.memang nanti beli kat sini jelah buku utk thaqif.jimat.
DeleteBest kan masuk Mr DIY? Imah kalau masuk mesti ada jer benda nak beli. Sebab barang dia murah2 tapi worth it
ReplyDeletetahu xpe...tu yg gelap mata je
Deletememang boleh meroyan kalau masuk sini kan..hehehe akak pun macam tu la,mcm2 barang nak dibeli kalau masuk mr diy ni... oh khemah kaler biru dah takde ye
ReplyDeletehaah xder dah.pink2 je semua.sedih je.harap next time pergi ada la stok warna biru plak
Deleteamboi...smpai3 tingkat.kt sbrg jaya baru 1 floor tu pon sempit
ReplyDeletekite pun memula ingat setingkat je. dah sampai kaunter bayaran baru tahu ada 3tingkat rupanya tangga tersorok.terus panjat tangga sambung shopping la.
DeleteKat kelantan selain kb kat mana lg ??
ReplyDeleteboleh cek sini lokasi2 mr diy http://mrdiy2u.com/en/locate-us/
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete