Skip to main content

salam 4 syawal

Assalamualaikum...

 Salam 4 syawal.
Kite dah mula bekerja dah arinie selepas 3 hari raya yang hectic.

Kemain konon tak semangat raya sebab suami tak balik.
Last day puasa, kat ofis dah tak de mood buat kerja.Officemates pakat menggentel onde-onde dan kuih puteri mandi je. Boleh la buat juadah berbuka hari terakhir.


Dapat pulak half day je kerja. Syukur. Mood buat kerja memang dah melayang pun.
Balik tu nak amek anak, dia tengah tidur. So harapan tipis la balik rumah nak tidur. Maka, marilah membuat muffin.

Thaqif pulak menyepah dapur ibu. Suka hati kamu lee janji dok dendiam tak kacau ibu baking sampai siap.
Siap mengunyah cili api tanpa menangis. LOL. Ibu tak perasan le pulak cili api dok dalam periuk itu. Tapi boleh tahan la anak ibu ni tak nangis pulak makan cili.

Siap menyepahkan dapur ibu seperti kapal pecah, barulah ekkekk nak menyusu dan ajak tidur... Just right on ibu siap baking dan kemas baking stuff and the kitchen.
Good boy!

1 syawal.
Raya kali ni sama je macam tahun-tahun terdahulu. Tradisi keluarga dah. Lepas sembahyang raya terus bergerak ke rumah tok che. Tapi tahun ni delay masa sikit la, pukul 12 baru gerak ke rumah tok che sebab rushing nak solat Jumaat lagi. Bertolak kol 12 kira ngam-ngam la sampai sana, abah terus pergi solat jumaat tinggal kami yang perempuan kat rumah tok che. Abah balik dari masjid dah boleh bergerak ke rumah seterusnya. Situ sekejap, sini sekejap. 6.15pm selamat sampai rumah.


Selfie ngan kak fifa geng oren.

Balik dari beraya. Si bujang tidur terbongkang camgini.

Anak tidur, ibu amek masa membelek koleksi sampul duit raya yang banyak... My obsesion, kumpul sampul duit raya ye kawan-kawan. Desprate nak dapatkan sampul duit raya banyak-banyak sanggup la upah anak sedara kite suruh simpan segala sampul duit raya dia (buat janji dengan sorang jelah, buat janji dengan semua pengsanlah nak bayar upah). Raya means collection. My money pocket collection growing.

2 syawal.
Bangun pagi-pagi. Pergi rumah pak cik, mak cik. Then tumpang kak Iza yang nak ke Kuala Kangsar untuk balik rumah mertua kite. Beraya sana pulak. Nak sampai ke sana jem tak hinggat. Itulah Tanah Merah. Okey mengimbas kembali zaman majlis bertandang dahulu.


Dok rumah mertua ni sikit stress la. Sepupu Thaqif suka la makan jajan, kerepek berperisa, gula-gula depan Thaqif. Memang sengaja je buka tong makanan tu depan Thaqif. Walaupun Thaqif makan macam-macam dah but still control salt, sugar especially junk food from Thaqif. Rasa macam berbuih mulut pun ada i'olls nak 40x cakap Thaqif tak boleh makan tu, belum lagi, jangan bagi etc dan follow every Thaqif's step demi menggelakkan Thaqif disuap pelbagai makanan tak sepatutnya. Kiddos what can I say. Jenuh juga la memujuk Thaqif bila angin dia di sekat tu, nanti berguling siap. Yela, mestilah dalam kepala Thaqif fikir kenapa kakak boleh makan, Thaqif tak boleh makan. Hard to explain to a 14m baby boy. Lagi-lagi didepan mertua kesayangan kite. Adoidoi... Mertua plak, ala kesian dia, bagi la rasa sikit.
 T__T
Dulu mereka memahami, sekarang mind mertua ku - Thaqif boleh makan semua so takpe, bagi je.

Another stress. Takde air. Nak mandi pun catu-catu jer. Dahlah ramai-ramai. So, istihar awal-awal, makan minum guna cawan polisterin jelah, tak payah masak-masak. Makan je kuih raya sampai kembung. Orang lain makan je nasi etc, kite je melayan kuih raya, sebab sedap-sedap je kuih raya kat rumah mak ni. Adoiii... Syok makan.

3 syawal.
Masih dirumah mertua. Hectic melayan anak-anak saudara dan anakda. Anakda taklah cengeng benor dengan ibu. Sikit-sikit tok ayah dukung. Tok ayah je rajin melayan dia. Tapi still ibu memerhatikan la supaya makanan tak sepatutnya masuk ke mulut anak. Lepas zohor, sap-sap soi abah sampai. So balik la kami anak beranak tapi sempat lagi singgah rumah mak cik beraya. Tolak campur dengan jem, 6pm++ jugak sampai rumah.

This time takde gambar tidur terbongkang dah, sebab kecik tu demam, pastu nak menepek sokmo, dengan ibu sekali terbabas tidur. Sedar balik dekat 12am. Laju-laju la buat stokin cuka epal, sapu badan anak dengan minyak zaitun. Alhamdulillah sekali kering stokin tu terus tak panas dah badan.


Comments

  1. Alahai thaqif kesiannya awak, smg cepat baik demam ye..biasanya dekat rumah mertua ni jenuhla nk explain, kat parents sendiri diaorang dah faham kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu xpe...nak jadi protective sangat nnti di fikir kite kekwat.tapi masalahnya benda tu kalau sekali ajar makan anak akan nak je selalu

      Delete
  2. Selamat hari raya cik jelita..maaf zahir dan batin..

    ReplyDelete
  3. Betul tu aimi..klu dgn mak sendiri senang nk diterangkn klu dgn family mentua kena terangkn dgn berhemah takut mereka terasa...

    Klu xde air mmg susah lah kan..nk masak membasuh semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terseksa benor xde air.mak pun terpaksa dobi je semua baju bajan.normal malam2 ada jugak air, kali ni xder terus.

      Delete
  4. Comel ye thaqif...heheh rajin dia mengemas dapur ibu ye...TQ dik doakan sis...saje kongsi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome k.julia, nnti doakan kite pulak.hehehe...bab kemas tak payah suruh pun selalu dah dia buat.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-...

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1

Assalamualaikum... [ENTRI SEKIAN LAMA TERPERAM DALAM DRAFT -AUTO PUBLISH] Kite share pengalaman kite jer, not to misunderstanding yang kite nak beriak-riak ke hape. Kot-kot dari pengalaman kite kawan-kawan yang 1st time macam kite bolehlah jadikan panduan kala membeli property sendiri later. Alhamdulillah... Syukur tak terkira, kini memiliki tanah sendiri.  At first tak terfikir pun untuk membeli. Risau tak mampu.  Sebelum balik kampung dahulu, memang kami berangan-angan untuk membeli tanah, atau rumah sendiri tapi dalam masa 5 tahun ke depanlah. Tinggal dikampung halaman pun, tapi bila both bekerja, ada expenses 2 pihak juga. Expecting baby lagi buat menutup cerita tentang membeli RUMAH/TANAH/KERETA BARU. Dalam part 1. Kite bercerita tentang lokasi/deposit. How we solve it. Rezeki Allah tak terjangka. Kala trimester ketiga kandungan, husband ada berkenalan dengan suami rakan sepejabatnya, yang bekerja sebagai kontraktor dan buat sambilan jual beli tanah. ...