Assalamualaikum...
Pejam celik. Esok dah masuk Jumaat terakhir bulan ramadan.
semua orang ceria menanti syawal, menghitung hari nak balik kampung berjumpa sanak saudara, berbuka puasa seterusnya beraya bersama-sama.
Meriahnya raya.
Tapi hati ni sikit pun tak rasa excited untuk sambut raya pun.
Baju raya langsung malas pergi tanya kat tailor.
Kuih raya tak de rasa nak uli mahupun beli.
Juadah raya pun tak terfikir.
Duit raya untuk parents dan anak-anak kecil dah tersedia dari awal cuma belum isi sampul.
Malas gilerrr...
Takde mood sebab kite sedang menghitung detik waktu husband berangkat pergi bertugas. Sabtu ni husband berangkat pergi...
Wuuu...
Cekal la hati untuk beraya berdua dengan anak je tahun ni.
Husband kena berkhidmat untuk negara.
Tahun ni alhamdulillah turn semua kakak-kakak diperantauan balik kampung.
Tahun ni juga turn beraya dirumah sendiri.
Semoga kepulangan kekanda-kekanda sekalian dapat menceriakan hatiku yang lara.
Dah tu siap-siap pesan kat mereka sila la bawak balik kuih raya sendiri. Hahaha...
Ready doh nak hadap kerenah 17 orang anak-anak (16 anak saudara+ 1 anak sendiri) dalam 1 rumah.
Selama ni sunyi je rumah dok dengan anak, kali ini kita kasi riuh rumah.
Anak angkat pun tak boleh angkat-angkat lagi. Eh! Frust la. Lepas raya la kut.
Takpelah Allah tahu yang terbaik.
Insyallah smg tahun hadapan dapat beraya dengan suami tercinta :)
ReplyDeleteAla...cian...xpe...atleast suami bbakti pd negara.yg keja kilang ni lg naya...company xmo shutdown suruh keja hr ry...
ReplyDeletehai
ReplyDeleteMoga raya tahun depan dapat beelumpul semuanya...
ReplyDelete