Skip to main content

Kids & Baby Section @ Mr.DIY

Assalamualaikum...

Rabu.12 Ogos 2015.
Husband baru sampai dari Johor pagi tu.
Petangnya dah abes exam undang-undang terus mengajak husband singgah Mr.DIY.
Saja target survey aksesori kereta.
Pastu dah sampai mr.DIY husband blurr-blurr je nak beli aksesori apa. Maka cuci mata jelah mencari ilham untuk projek kite yang akan bermula soon.
Hahaha.
Projek suka-suka, minat. -Kang dah menjadik baru boleh cherita naa...

Cuci mata mestilah terjah je semua seksyen. Bila masuk seksyen mainan, anak-anak semua mestilah terfikirkan anak teruna kat rumah. Plan nak beli itu ini. Perangai mak-mak sangat.
Dah terfikir je tak jadi jugak.
Mestilah grab jugak sesuatu untuk anak bertuah #muhamadthaqifaiman itu.

 Buku, pre-walker shoes dan float baru.

Actually pre-walker dah tak valid untuk Thaqif yang dah boleh berjalan tu. Tapi pre-walker shoes tu memang idaman sejak dahulu. Sebijik sebijan camni custom made punya mencecah RM60-99.  Ibu telan air liur je nak beli. Tup-tup jumpa kat Mr.DIY RM11.50 terus sepakat dengan husband beli jelah buat melawa. Ampunkan  mak pak yang teruja.
Thaqif lebih-lebih teruja. Balik tu pujuk dia mandi kemain tak mo. Lepas mandi, tunjuk la semua ni kat dia tak mo kasi nangis. Memang terus berhenti nangis dan tak menyabor suruh ibu pakaikan dia kasut.
Pakailah kasut sambil bogel-bogel tu jalan ke hulu hilir.
Melting to see his smile walking in new shoes.
Jenuh plak nak tangkap nak suruh pakai baju dan diapers.
Excited sangat, tertido dengan kasut baru je.
Esoknya pun opah kata tidur tengah hari tu dengan kasut jugak.
Ekspresi gembira yang melampau-lampau benor anak ibu neh.

Kalau la Mr.DIY wujud sejak setahun dahulu, dah lama Thaqif ni melaram dengan kasut baru tetiap bulan. Kasi pakai ikut tema baju pun boleh sebab kat mr.DIY murah giler!
Mak-mak yang ada babies sila la terjah Mr.DIY ye. Kalau nak belikan hadiah untuk babies pun boleh cari kat sini. Cute item with the cheap price.

Buku tu kite memang teruja. Very good quality. Guess the price?
See. Cool! Bukan buku biasa belek-belek tu. Boleh tarik panjang-panjang camgini.
 Harga : RM4.30 je.
Kalau terjah kedai buku biasa, camni mahu belas ringgit.

Ada a few title for the books : Transport, Flower etc.
Serius rasa nak grab semua je tapi jimatlah. Choose 1 only.
Kite amek color since Thaqif takde lagi buku mengenai color.

Float tu lama dah nak beli yang takde kaki macam float Thaqif yang sebelum ni tapi kadang harga menjadi kekangan etc. Jumpa kat mr.DIY ni harga RM3.90 je, teruslah beli.

Conclusion : banyak sangat best-best kat Mr.DIY ni! Kalau nak birthday party anak pun macam-macam ado! Silalah terjah sama kat mr.DIY ni.

#Papa Thaqif dah kasi green light untuk menyoping barang birthday party Thaqif next year kat mr.DIY. Ahaks...


Comments

  1. Saya tak boleh masuk Mr. DIY tu..Mesti ada jer nak beli..

    ReplyDelete
  2. seronok kan shopping kt DIY....

    ReplyDelete
  3. masuk diy akan banyak beli barang yang bukan dalam list, berbanding barang dalam listtt..hahaha

    ReplyDelete
  4. Aaa...mmg murah2 kan mr diy...cik.mah pun beli juga..

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. zumal pun kena terjah jugak mr.diy baru tahu cemana menggila kat mr.diy nnti

      Delete
  6. Mmg best kat situ...rambang bijik mata...nak beli semua

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

will be back with new spirit

Assalamualaikum . tenggelam timbul didunia blog. suka menulis tapi selalunya kekangan masa dan kehidupan sebagai isteri, ibu yang bekerja menjadikan bukan keutamaan untuk teruskan berblog. . i feel lost as wife and mother. i feel tired in everything i through. im feeling running from everything. sometimes. i think it better die than keep alive. . stress.depression.is real. . saya alaminya. . dan bukan mudah untuk menanganinya. . tanpa sokongan orang sekeliling. . yang hati sentiasa menjerit 'you are not in my shoes' . tapi terpaksa senyum, berlakon berkata 'im ok' . alhamdulillah. . i learn. to love myself. . i will not give up with myself. . im enjoying every second of time that i have now. . truly.to archieve this feeling. . its not take a day or two. . not only depends to the support that we had. . but ourself. . are we want to stuck in this feeling forever? . i ask myself about it everyday....