Skip to main content

3hari 2malam @ Tanjong Demong Beach Resort

Assalamualaikum...

25-27 Ogos 2015 menggantikan bos berkursus ICD-10 di Tanjung Demong Beach Resort, Besut, Terengganu.
Negeri sebelah tapi perjalanan dari rumah sejam je sampai.
Bawak sekali abah, mak muda dan paling penting my little man, #muhamadthaqifaiman itu sesambil feeling bercuti since tengok jadual taklah terlalu padat.

Hari pertama, petang tu dah habis sesi jam 5pm, terus la bersama-sama terjun kolam dengan Thaqif.
Seronok. Kolam dia besar, pastu siap ada gelonsor bagai.
Betapa teruja anakda tu main air.


Dapat main air tak mo naik seronok ramai kakak abang join. Pastu sebab semua orang tak pakai float, dia pun bajet tak nak pakai float jugak siap takmo kasi ibu pegang lagi. Perasaan hebat sangat, tak sedar kolam tu dalam tu pun ada hati nak masuk kolam orang dewasa. Adeidei...



Hari memula tak la kasi Thaqif main gelongsor ni sebab ramai sangat orang. Last day sebelum check-out sempat la main air lagi. Kasi la Thaqif test gelongsor masuk air. Seronok amat kecik tu. Especially gelongsor yang tertutup tu sebab licin, jatuh dalam air memang bedebushh efek... Kekeke. Semua Thaqif panjat tangga dibantu opah, gelongsor sendiri, ibu tunggu dalam air jo.

 Hari kedua, atok cakap nak bawak Thaqif main air pantai Bukit Kluang tapi tup-tup atok tak sihat plak petang tu. Mabuk dek minum air bergas terus muntah, pening-pening bagai nak demam. Since Thaqif macam bosan je, ibu bawak la jalan-jalan area resort jela. Nak mandi kolam, Thaqif dah siap mandi dan pakai baju tidur dah. Malas la nak tukar baju dia lagi tambahan atok tak sihat, risau juga emergency nak kena segera bergerak ke apa kan. Maka main biasa-biasa je.

 Main gelonsor. Panjat tangga sendiri, pastu gelonsor terus jakun sebab tak pernah naik hat pusing-pusing ni
Berjongkang-jongkit plak la.

 Bosan main semua mainan, jalan dan bersila kira pasir la. Hiks.

 Nampak kolam ikan pulak, terus teruja tengok dan geram nak turun berenang dengan ikan.

 Jalan-jalan tepi pantai. Muka teruja tengok ombak. Rasa nak terjun masuk air terus.

Kat pantai. Pergh. Berperang u'alls dengan Thaqif . Thaqif cakap 'lepas, lepas' sebab kite pegang tangan dia tak bagi pergi kat air. Bila dukung nak balik bilik ntah bape kali ibu kena lempang kat Thaqif. Protes dengan ibu sebab tak kasi main air.

Aktiviti Thaqif dengan atok dan opah hari-hari tak dok bilik saja-saja ye. Ibu kursus, Thaqif atok opah berjalan sokmo. Pergi jeti Kuala Besut tengok kapal, pergi pasar tani, kedai RM2. Macam-macam la aktiviti mereka. Jeles betul ibu.

 Thaqif ikot atok opah jalan siap dapat habuan lagi dari atok opah.

Balik dari Besut ni terus la Thaqif selsema dan batuk.
But not very critical la, just lite-lite je batuk tu.
Berubah cuaca, main air banyak tambahan tidur dalam air-cond 2 malam kot. Lucky la malam-malam boleh tidur seperti biasa jugak. Ibu always has protection method.

Tunggu husband balik pasti nak kembali ke Besut lagi pekena ikan bakar dan jalan-jalan disana lagi.













Comments

  1. pergi berkhusus dkt blh bawa anak yg best kan taknla terasa sangat bil berjauhan.
    unyung atok dan nenek pon ikut sekali walaupon suami berjauhan, kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

will be back with new spirit

Assalamualaikum . tenggelam timbul didunia blog. suka menulis tapi selalunya kekangan masa dan kehidupan sebagai isteri, ibu yang bekerja menjadikan bukan keutamaan untuk teruskan berblog. . i feel lost as wife and mother. i feel tired in everything i through. im feeling running from everything. sometimes. i think it better die than keep alive. . stress.depression.is real. . saya alaminya. . dan bukan mudah untuk menanganinya. . tanpa sokongan orang sekeliling. . yang hati sentiasa menjerit 'you are not in my shoes' . tapi terpaksa senyum, berlakon berkata 'im ok' . alhamdulillah. . i learn. to love myself. . i will not give up with myself. . im enjoying every second of time that i have now. . truly.to archieve this feeling. . its not take a day or two. . not only depends to the support that we had. . but ourself. . are we want to stuck in this feeling forever? . i ask myself about it everyday....