Skip to main content

LactoKID- FM pilihan Thaqif

Assalamualaikum.

Hari tu kan cerita pasal Thaqif dah campur FM.
Tester macam-macam susu. Ada yang dia ok, ada yang so-so je penerimaan dia.
Last free sample cuba hari tu lactoKID terus Thaqif okey. Suka.

Biasa kalau buat FM pagi-pagi nak pergi kerja tu, nanhado dia nak, di campak je botol itu. Selagi ibu didepan mata, DF lagi syok.
Tapi since bukak sampel LactoKID tu teruslah pagi-pagi nampak bancuh susu dia laju je mintak botol. 
Kagum sekejap. Eh, lactoKID sedap ke?
Kalau dah anak suka, mestilah ibu gembira jugak.

Maka, nak pergi kursus hari tu, pergi la Pantai Timur jap mencari stok susu untuk Thaqif.
Survey harga. Bandingkan dengan beberapa susu. Aim LactoKID 550g RM14.50, 900g dalam RM25 kot (lupa).


Balik dari kursus, pergi econjaya nampak pek promosi raya LactoKID 900gx2 RM41.50. SMeleleh air liur sebab murah tapi cek dulu harga beli satu pek, tengok harga RM25.90, maka terus grab pek promosi la. Stok terus sampai 2bulan. Kikiki.

Walaupun Thaqif campur FM, tapi Thaqif taklah jenis kuat menyusu. Sehari ditinggalkan waktu bekerja, maksimum Thaqif minum 3botol sehari x3oz je. DF tetap paling win. So 1bulan just spare 1/2 kg susu pun cukup le.

Comments

  1. Thaqif sama dengan Fayyadhla. Kalau dekat pengasuh tak banyakpun minum susu. Memang DF paling win! haha...sebab fresh kan. Tak pernah try lactokid lagi.bagi lactogen je dekat Fayyadh.

    ReplyDelete
  2. hr tu beli 4 pek ni skali buat stok...murah sesangat..klau beli pek 1 1 tu mahai

    ReplyDelete
  3. Anak saya ada alah susu. Kena susu d pipi pun naik ruam. Kwn bg tester pack Lactokid. Try bg rupa2nya ok. Smp skrg bg yg tu sj, ok dan jimat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum,, penceduk susu lactokid gunaYG mna ye?

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

will be back with new spirit

Assalamualaikum . tenggelam timbul didunia blog. suka menulis tapi selalunya kekangan masa dan kehidupan sebagai isteri, ibu yang bekerja menjadikan bukan keutamaan untuk teruskan berblog. . i feel lost as wife and mother. i feel tired in everything i through. im feeling running from everything. sometimes. i think it better die than keep alive. . stress.depression.is real. . saya alaminya. . dan bukan mudah untuk menanganinya. . tanpa sokongan orang sekeliling. . yang hati sentiasa menjerit 'you are not in my shoes' . tapi terpaksa senyum, berlakon berkata 'im ok' . alhamdulillah. . i learn. to love myself. . i will not give up with myself. . im enjoying every second of time that i have now. . truly.to archieve this feeling. . its not take a day or two. . not only depends to the support that we had. . but ourself. . are we want to stuck in this feeling forever? . i ask myself about it everyday....