Skip to main content

#muhamadthaqifaiman 16 bulan

Assalamualaikum...

Tik.tok.tik.tok. Kejap je dah enam belas bulan. Lagi 2 bulan cukup 18 bulan. Then another 6month he going 2y.

Untuk bulan yang ke-enam belas ini, setiap hari ada je akal baru Thaqif. Makin aktif itu biasa.

Semenjak dua menjak ni Thaqif perasan dia baby. Kalau lepas mandi ke balut dia dengan tuala ala bedung tu mesti dia sendiri sebut 'baby'.
Cakap kat dia 'Awak dah jadi abam la. Dah besar tak boleh panggil baby dah. Abam Thaqif.' 
Dia senggih-senggih jelah dengar ibu cakap gitu.
Mulalah tanya sape abam, dia tak mo angkat tangan. Tapi kalau tanya siapa baby, sengih sengsorang tangan dok kutil-kutil peha. 
Akal panjang.

Selera makan pun dah okey dah. Makan dan minum susu seimbang dah.
Tok ayah pun tegur dah nampak nak berisi balik walaupun belum bam-bam oo macam dahulu.

MY PRETTY BOY FOREVER

Cepat sangat pikap apa-apa orang cakap, atau dengar bunyi-bunyi. Dengar bunyi enjin terus tau enjin excabator ke enjin kereta, nampak ambulans dah tau bunyi nenoneno.

Fruit lover. Thaqif truly fruit lover. Asal buah semua nak. Rambutan, durian, manggis, duku, dokong, limau nipis pun nak jugak. Maka layankan aje ye selera anak.

Oh. Ada orang tanya Thaqif makan apa sekarang, lama ibu tak share resepi menu anak etc.
Jawapan dia Thaqif makan semua. Thaqif dah makan nasi berbiji dengan lauk. Ibu tak la masak dah sekarang untuk Thaqif. Thaqif makan masakan opah jelah. Pagi-pagi breakfast makan roti gardenia jagung/coklat atau gardenia delicia butterscotch  atau biskut cicah air atau nasi lemak. Yes. Nasi lemak ialah menu kegemaran Thaqif. Hujung minggu sokmo atok belikan nasi lemak untuk Thaqif dan ibu la. Kudap-kudapan Thaqif keropok ikan segera tu atau goreng, dan kismis. Kismis memang takleh tinggal. Segengam kismis tu sekejap je dia layan. 
Bagus je suka kismis, makanan sunnah.

 Jajan, coklat, gula-gula, makanan berperisa tambahan tu memang big NO untuk Thaqif. Takde istilah bagi cuba-cuba rasa, kesian etc. Stress bila balik umah mok tok sebab merata-rata jajan/gula-gula kakak sepupunya. Huhuhu...

Comments

  1. Pndai die...azwa pun fruit lover juga.xkisah pape mkn je die...aaa...thaqif nmpk berisi...ensem die..

    ReplyDelete
  2. anak akak yang no 2 masa baya ni dah jadik abang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah.seronoklah anak dekat2 anak pun ada kawan.kite xde rezeki lg

      Delete
  3. wahh dh besar anak mamai nih., hihi2

    ReplyDelete
  4. jom join GA ni...rm200 menanti anda!

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2015/09/giveaway-rm200-by-mkhaicom-2015.html

    ReplyDelete
  5. http://madey09.blogspot.my/
    done follow sini ya...mohon follow me blog

    ReplyDelete
  6. perangai dok sebut baby rasa semua budak kot
    anak2 saya, yang mak saya jaga...semua pragai gitu
    kadang buat nangis cam baby =)

    hopefully membesar dengan sihat dan jadi anak yg soleh ye

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-...

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1

Assalamualaikum... [ENTRI SEKIAN LAMA TERPERAM DALAM DRAFT -AUTO PUBLISH] Kite share pengalaman kite jer, not to misunderstanding yang kite nak beriak-riak ke hape. Kot-kot dari pengalaman kite kawan-kawan yang 1st time macam kite bolehlah jadikan panduan kala membeli property sendiri later. Alhamdulillah... Syukur tak terkira, kini memiliki tanah sendiri.  At first tak terfikir pun untuk membeli. Risau tak mampu.  Sebelum balik kampung dahulu, memang kami berangan-angan untuk membeli tanah, atau rumah sendiri tapi dalam masa 5 tahun ke depanlah. Tinggal dikampung halaman pun, tapi bila both bekerja, ada expenses 2 pihak juga. Expecting baby lagi buat menutup cerita tentang membeli RUMAH/TANAH/KERETA BARU. Dalam part 1. Kite bercerita tentang lokasi/deposit. How we solve it. Rezeki Allah tak terjangka. Kala trimester ketiga kandungan, husband ada berkenalan dengan suami rakan sepejabatnya, yang bekerja sebagai kontraktor dan buat sambilan jual beli tanah. ...