Skip to main content

2nd Pregnancy : The First Trimester

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. 
1st trimester untuk 2nd pregnancy ini dilalui dengan jayanya.
Takde tragedi mengeluarkan isi perut setiap pagi macam 1st pregnancy dahulu.
(Adakah takkan berlaku atau belum bermula sahaja lagi pun tak pasti)

Tapi tak boleh makan banyak. Makan kerap tapi dalam kuantiti sikit. Kalau makan terlebih kuantiti makan siaplah rasa perut tak selesa, macam minum air pastu pergi berlari pun ada rasanya.

Prefer makanan ringan-ringan berbanding makanan berat. Bukan junk food ye, tapi seperti biskut, kurma, buah-buahan camtu jelah. Epal hijau itu wajib sebab masam-masam yang menenangkan tekak disamping membantu HB kite. Nak mengunyah sokmo. Ini kite rasa tersiksa sikit sebab yelah ada anak kecik nak dijaga lagi, bukan masa untuk lepak-lepak mengunyah 24 jam la. Dah terbiasa lapar->makan kenyang-kenyang->layan anak main/buat kerja rumah.

 Malam-malam selalu lapar. Tapi sama je, tak mahu makanan berat. So my dinner almost everyday only fruits.
Ini untungnya ada abah yang sangat prihatin. Tahu je kite mengandung, macam-macam buah abah bawak balik hari-hari. Ciku dan delima tu abah la yang bawak balik. Harap kite p econjaya beli epal hijau dan kurma je.

Kurang minum air. Kalau dulu, 3-4botol air 750ml tu biasa je untuk 1 hari. Sekarang nak perabes 1 botol pun tersiksa. Minum je air perut terasa mengeras gitu. Protes sangat pasal minum air seteguk dua pun. Dan-dan kena warning kat cik misi sebab air kencing tak berapa jernih.

2nd baby ni terlebih aktif (the baby not me), selalu la dia membuat perut rasa huru-hara menyebabkan ibu kurang selesa. Kalau terjaga ditengah malam, memang ambil masa nak tidur balik, pusing kiri kanan pun tak selesa je. Hmm... apalah awak buat kat dalam ye anak? Abang awak dulu cool je, time tido, ibu bangun pergi toilet 10x pun dia tidur cool camtu je kat dalam.

 Ibu jadi malas. Malas nak jalan. Kalau 1st pregnancy, asal kawan ofis sebut je nak ke bandar KB, terus nak ikot, rela jalan kaki walaupun dah boyot-boyot sampai kena marah kat husband. Penyakit malas ni sangat teruk hingga nak window shopping kat website online shop kegemaran pun langsung malas. Biasa hari-hari tengok sale, rebut kupon untuk beli etc. Kali ni takde. Sampai point burn je sebab malas sangat. Memang tahap tengok skrin komputer pun nak muntah tapi dah memang kerja masuk data menggunakan 100% komputer terpaksa kuatkan hati untuk mengadap jugalah.

Rajin menyapu. Kalau biasa menyapu tu weekend camtu jelah takpun memalam lepas Thaqif selamat tidur. Sekarang lebih kerap, tak boleh jalan rasa habuk sikit pun terus nak sapu. Tak de tunggu anak tidur dulu pun untuk menyapu.  Pastu menyapu dengan Thaqif Aiman.
.T__T.
Ibu sapu keluar, dia sapu masuk.
Tak tahu berapa kali ulang sapu tempat sama.

Badan berangin dan lengguh pinggang mula terasa. Huhu. Memalam memang berteman minyak herbanika nonoroguy la baru syok nak tidur rasa panas sikit. Sapu kat betis, bahu, pinggang. Time penat sangat, redha jelah tidur takde minyak tapi wajib selimut sampai kepala la. Pastu anak cari ibu pun tak jumpa. 😅

Alahan bau itu rasanya common untuk semua perempuan mengandung kot. Memang tak boleh bau orang masak, tak boleh nak masak pun, bau minyak wangi, semualah benda-benda yang menyebabkan bau menyucuk-nyucuk hidung. Pening kepala serta merta.
Maka precious by rcw itu hanyalah perhiasan di atas meja solek itu.






Comments

  1. alahan tu normal waktu hamil, terpaksa redha je lah.
    kena bertabah la ye pregnant dgn ada anak kecik.

    Tapi x pe sbb esok adik dgn abg boleh main dan belajar sekali. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah...tak sabar tunggu baby lahir. biar abang ada kawan nak main. skrg sian tgk si abang mati kutu main sengsorang

      Delete
  2. Kan2..klau pregnant ni..mmg lain mcm laparnywr..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum awak. Taniah. Jaga diri baik2 tau. Yeayyyy thaqif nak jadi along dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam sheila. Tq sheila. lama hilang. rindu nak baca blog sheila mcm dlu.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

Pengendalian Solid Food Aisyah ke taska

Assalamualaikum... Cara pengendalian solid food anak ke taska adalah sama je dengan cara mengendalikan susu ibu ke taska. Dahulu zaman Thaqif memasak bubur nasi tu hazabb sikit- lama nak menunggu nasi hancur, pernah la terhangus. Masa tu memang bubur pun masak banyak-banyak frozen. Pastu kadang-kadang tang bubur jadi ala span, tak lalu nak bagi anak buang gitu jelah. Itu zaman anak satu yang serba ntah pape. Itu takut, ini salah. Serba tak kena katanya, biasalah baru cari pengalaman jadi ibu. Alhamdulillah untuk Aisyah ni lebih confident. Lepas tu tahu pulak cemana cara mudah dan cepat nak masak bubur. Terus hari-hari makan bubur pun takpe nakk. Bubur Aisyah dimasak setiap hari atau selang sehari kalau abangnya tak mengaruk nak makan/ bekal bubur jugak. Balik kerja memang selalu setel simpan susu, keluarkan susu untuk esoknya, masak bubur, keluarkan baju kotor dan kemas beg taska sebelum duduk melayan anak-anak nak menyusu etc. Selepas anak-anak tidur baru

Jadual Pemakanan Bayi 6 Bulan.

Assalamualaikum... Aww...excited norr anak makan kali ni. Ibu siap-siap buat entri satu per satu untuk anak tersayang. Gediks sangat. Untuk pemilihan makanan pertama Nur Aisyah Tasnim ni pun dilema jugak. Walaupun ada pengalaman dah bagi Thaqif makan. Berdebar tu tetap ada untuk memulakan sesuatu yang baru pada anak yang baru - Aisyah.  Dilema nak mula dengan puree atau bubur seperti Thaqif.  Terpengaruh dengan notes kebanyakan mommies sekarang dan risau jugak apa-apa kan. (tapi mostly kerana terpengaruh dengan warna warni menu puree mommies tu buat untuk anak mereka) Tapi akhirnya kite memilih untuk memulakan dengan bubur nasi kosong jugak pada Aisyah. Apa yang kite faham ialah ini adalah langkah memperkenalkan makanan pejal kepada bayi. Bentuk makanan pejal yang akan diperkenalkan juga adalah masih versi cair yang boleh mengalir mengikut sudu lagi dan kuantiti yang diberikan untuk awal proses ini adalah 1-2 sudu makan sahaja. Even nurse yang kite selalu j