Skip to main content

Poli

Assalamualaikum...

Since Thaqif berminat sangat dengan kereta etc. Maka kasi la dia tonton cerita Robocar Poli dan Thomas. Oh. Upin Ipin pun Thaqif suka. 
Kartun lain tak dibenarkan sangat la sebab tak suka la bahasa yang digunakan, plot cerita etc, especially cerita kartun Jepun. 

So, dah dibenarkan tonton robocar poli. Pastu minat sangat dengan poli. Balik rumah mesti sibuk nak suruh ibu buka tv cerita poli. Pukul 6 mana nak ada poli. Pukul 7 baru Poli mula.
Walaupun teruja dengan minat baru anakda tapi kite taklah nak layan setiap hari permintaan dia tu. 
Jarang-jarang boleh la. Weekend, memang wajib la layan poli pagi-pagi.

Dek minat sangat poli. Hari tu pergi pasar tani ternampak baju POLI.  Since  baju pun dah ada yang ketat-ketat, maka beli la sepasang baju POLI tu. RM12. 

Esoknya terus pakai pergi rumah opah. Bangga sangat dapat pakai baju POLI. Suka. Sekejap-sekejap tunjuk gambar POLI.
Oren. Hensem jugak warnanya untuk si bujang ni. Hiks.
Pilih sleeveless untuk pakai siang hari yang panas okey la.

Pastu dah basuh baju POLI tu. Baru angkat dari ampaian, dok nak lipat baju. Thaqif nampak baju POLI, terus cakap POLI!POLI!POLI!
Pastu tarik-tarik baju hat dia dok pakai suruh bukak. Bukak! Bukak!
POLI!POLI! -nak suruh pakaikan baju POLI dia.
Malam-malam, nak pakai sleeveless. Sabar jelah ibu. Puas pujuk tak payah la. Tukar la baju lain. Terus tarik-tarik baju ke bawah sambil cakap POLI (tak kasi bukak).
Sabar jelah ibu melayan perangai dia.
Pagi esoknya ajak Thaqif mandi, laju-laju sorok baju POLI dia takut lepas mandi kang nampak nak pakai lagi baju tu. Haru la...

Gini la eh perangai anak bila minat sesuatu tu...
 Baru nak merasa perasaan ibu-ibu yang kepeningan anak tak nak mandi semata-mata tak mo bukak baju kegemaran atau lepas mandi sibuk nak pakai baju sama.  

Cerita kat atok. Atok tersenggih-senggih ja support cucu. Nanti kita beli lagi baju POLI warna hijau pulak.  
^__^'

Comments

  1. hr tu ms besday Aqil ada bdk dlm kmpg ni mai mkn skali pkai bj poli.Aqil bkn kata poli tp dok sebut ''mama...baiklah...''

    mula2 x phm pstu br teringat crita poli slalu akan sebut pkataan ''baiklah''....hahahaha...org sebut poli dia sebut baiklah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...comel aqil. Thaqif sekarang fan of poli. Tak kira masa nampak tv sibuk suruh pasang citer poli je.masalahnya poli bkn tayang 24jam

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

OH MY GROLIER!

Assalamualaikum... Korang pernah dengar Grolier tak? Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak. Nice program with a price. Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung. Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak.  Masa tu berjaya melepaskan diri. Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join. Khamis, 17 September 2015. Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah. Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam. (Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang) Sekali ntah macam mana ...