Skip to main content

TRIP GANU KITE...

Assalamualaikum...

Hectic week.

Balik dari KL 15 September. 19 September pergi Terengganu plak. 
Menghadiri kenduri sebenarnya.
Bertolak seawal 8 pagi.

Alang-alang dah sampai, teruslah jalan-jalan sekali.

Sebelum ke kenduri jalan-jalan area Besut, singgah pantai Air Tawar, singgah kat jeti nak ke Pulau Perhentian. Layan dak Thaqif tengok bot, kapal. 

Ni tengah melepak kat homestay yang pak cik sewa. Ini kecik tengah acah nak main tekan-tekan button kat TV tu sebenarnya tapi berpura-pura menari je depan tu.

Dah abes selesai makan kenduri. Jalan-jalan kat Masjid Kristal je. Tak masuk pun taman tamadun islam tu. Lepak tepi sungai makan aiskrim susu kambing, fries dan wedges sajoo sesambil melayan dak Thaqif tengok ikan tengah mandi (ayat Afifa pada waktu dahulu bila tengok ikan dok dalam air).
Tak de apa sangat aktiviti kat sini tapi seronok main angin sepoi-sepoi. Sesuai sangat untuk relaks dan santai bersama keluarga.





Soon. Later. Insya-Allah nak ajak papa Thaqif mai sini lagi naik river cruise.
Lepas bas, lori, excavator, kren, keretapi, sekarang nak tengah berminat pada bot, kapal plak. Asal nampak sungai camtu mula la cari kapal.
Marilah layan anak.

Next, Muzium Terengganu.
Sini pun best je untuk santai-santai. Kat kawasan muzium ada kolam ikan talapia camtu. Banyak giler ikan-ikan. Ikan tu mengikut je kat mana ada orang dok tepi kolam. Maybe ikan lapar follow je orang kot-kot dapat makanan kot. Thaqif enjoy la. 
Masuk muzium tu takde apa pun, seperti muzium-muzium yang lain.
Unik dan tersohor kerana Muzium Terengganu ni muzium terbesar di Malaysia. 
Tiket masuk RM5 untuk dewasa, RM3 untuk kanak-kanak 7 tahun ke atas.

Masuk muzium tu, dak Thaqif la seronok sebab ada tangga. Rajinlah dia panjat segala tangga dalam tu.
Muzium. No picture inside. Outside pun ibu Thaqif malas nak snap dah sebab kepenatan dah mengejar Thaqif kat masjid kristal sana.


On the way home. Kecik tahan je mata tak tidur. Hmm... Suka ati la asal tak meragam.


Comments

  1. Seronok thaqif boleh explorer bebas ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thaqif asalkan boleh jalan, berlari ikot kaki seronok je dia

      Delete
  2. dh x sabar nk p terengganu ni.
    dh lama planning nk ke sana..
    in shaa Allah

    seronok tgk anak anak bila bebas bergerak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegi jgn xpegi...seronok.
      haah. seronok pegi tempat tak crowd sgt cmtu, boleh biarkn anak bebas

      Delete
  3. x penah smpai Tganu...errr...errr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mai la jalan tganu plak...fun.byk tempat best.kite pun jrg3 p teruja

      Delete
  4. Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-...

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1

Assalamualaikum... [ENTRI SEKIAN LAMA TERPERAM DALAM DRAFT -AUTO PUBLISH] Kite share pengalaman kite jer, not to misunderstanding yang kite nak beriak-riak ke hape. Kot-kot dari pengalaman kite kawan-kawan yang 1st time macam kite bolehlah jadikan panduan kala membeli property sendiri later. Alhamdulillah... Syukur tak terkira, kini memiliki tanah sendiri.  At first tak terfikir pun untuk membeli. Risau tak mampu.  Sebelum balik kampung dahulu, memang kami berangan-angan untuk membeli tanah, atau rumah sendiri tapi dalam masa 5 tahun ke depanlah. Tinggal dikampung halaman pun, tapi bila both bekerja, ada expenses 2 pihak juga. Expecting baby lagi buat menutup cerita tentang membeli RUMAH/TANAH/KERETA BARU. Dalam part 1. Kite bercerita tentang lokasi/deposit. How we solve it. Rezeki Allah tak terjangka. Kala trimester ketiga kandungan, husband ada berkenalan dengan suami rakan sepejabatnya, yang bekerja sebagai kontraktor dan buat sambilan jual beli tanah. ...