Assalamualaikum... Sekian lama suami tak balik. Nah 20.1.2016, terus amek off petang. Take time dating with my two sweetheart. Since Thaqif aktif sangat, dan takut tak dan kenyang makan di kedai makan. Moh le beli nasi bungkus, lepak makan tepi pantai. Great decision anyway. Bagi je Thaqif main excavator dia kat pasir, ibu dan papa boleh makan dengan aman sambil suap dia. Dah abes makan, Thaqif pau papa pegi main soopa doopa yang ada seketul tengah-tengah pantai ni. Sekali masuk RM5. Layan jelah yer dia main tapi tak dan 1/2 jam dia dah bosan asyik tunjuk arah air. Fine! Marilah kita jalan-jalan tepian gigi air gitu. Muhamad Thaqif Aiman vs air berpisah tiada. Takde makna okey jalan di gigi air je ye. Mood nak terjun ja dalam air tu k. Puas elak jangan jalan kat air. Dia lari-lari pastu terus duduk. Dan-dan elok ombak datang maka terbasahlah. Sila la papa melayan anak bujang main air. Lencun sampai peha kata papa...
Bride.Wife.Mother.Family.Lifestyle.