Skip to main content

hello 2016

Assalamualaikum...

Dah nak habis Januari baru nak update hello 2016.
Recap 2015 pun takde.
Entri Thaqif 20months pun ke laut.
Sibuk yang amat.

2016.
Revolusi baru lagi di seksyen baru.
Sekali lagi membiasakan diri dengan keadaan baru.
Maka, kelam-kabut lagi 1st and 2nd week. 3rd week ni baru nak lega sikit. Dah pandai atur jadual kerja. Kalau tak, laki whatsapp nak manja-manja pun, eh sibuklah, jawab nak tak nak, cerita pasal anak pun nak tak nak jelah. Gitew.
Sorry husband. 

Menyusuri 2015, azam cita-cita tu tak semua tercapai pun. Konon nak simpan emas, nak perlahan-lahan projek rumah. Cita-cita tinggi gunung arah lain tup-tup eh beli kereta, eh berjalan sakan KL, Johor. Duit diserap bumi begitu sahaja. Tapi satu azam la nak mengandung je mampu penuhi. Biarpun tahu je mengandung terkejut tak hingat.

2016.
 Challenging year.

Insya-Allah akan menerima orang baru dalam keluarga lagi.
Wishing for the best.
List barang-barang baby and mom ready. Pun dah start shopping sikit-sikit.

Masih berharap untuk suami dapat bertukar balik kelate.
Kalau tak de harapan.
Hujung tahun ni berpindahlah kami ke Johor pulak.
(tak nak, tapi demi keluarga kecil kami bersama-sama)
Anak dah dua ape cer dok main 2-3bulan sekali jumpa. Derr sangat.
Rela kembali mulakan hidup tidur atas toto asal kami bersama-sama.
 Kali ni nekad tak pedulik kata orang.

Untuk 2016. Untuk simpanan kena lebih ketat, takde pejam mata la. Takpelah.

1. Tabungan untuk roadtax kereta. Setiap kali dapat duit- OT, Gaji, durian runtuh. Allocate terus masuk ASB suami-isteri. Min RM50, max RM100.
2. Wang terlebih dari OT, gaji di agih ke dalam beberapa akaun bank suami isteri yang lain.
3. Tutup tabung sedekah tapi peruntukkan dana sedekah. RM30 sebulan. Kira sedekah RM1 sehari. Wajib habiskan dana ni setiap bulan. Kalau sedekah lebih takpe.
4. Buka tabung si hijau. Dapat RM5 wajib simpan. Terguna = ganti double.
5. Beli dinar emas. Disember 2016 = min 20 keping 1/4 dinar.
6. Akikah anak-anak. Pheww...tahun lepas berangan tapi tak dan bajet etc, insya-Allah tahun ni la kita usahakan. Bergabung dengan cik na yang nak akikahkan Afifa jugak. Kambing.kambing.kambing.

2016 ni jugak insya-Allah KWSP boleh di keluarkan dah.
Takde plan untuk wang KWSP tu.
Cik tye bagi usul untuk tak payah keluarkan lagi. Simpan je nanti ada masa nak beli rumah baru keluarkan sebab nanti dah keluar menjoli aja. Tapi ntah la. Kite gedik dan rasa lebih selamat simpan duit tu sendiri. Joli tu soal no 40. Dalam takde plan tercetus di minda nak hantar abah pergi umrah lagi. So insya-Allah kite allocate dari KWSP itu digunakan untuk pakej umrah abah. Bergabung dengan kak Iza dana, insya-Allah Mei nanti abah dan mak muda akan menjalani ibadah umrah.
Nak tunggu kaya baru nak sponsor parents pergi umrah tak tahu bila, panjang umur lagi ke tidak. Ada sikit bagi sikit la. Moga-moga niat ikhlas Allah permudahkan dan memberkati rezeki yang diberi.

Tahun 2017, giliran husband plak dapat KWSP. Rasanya, bagi usul yang sama untuk husband la. Moh hantar mak dan ayah pergi umrah.


  

Comments

  1. Yg no 5 kita sama. Skrg dah cuba konsisten simpan emas 1g at least utk 1 bln. Smg dpt istiqamah inshaaAllah.

    All the best utk perancangan 2016. Smg semuanya akan tercapai spt yg dihajati inshaaAllah.

    ReplyDelete
  2. Bgus2..dah ada perancangan..cik mah br buat slow2 gak..insyaallah sm2 kita menyimpan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

will be back with new spirit

Assalamualaikum . tenggelam timbul didunia blog. suka menulis tapi selalunya kekangan masa dan kehidupan sebagai isteri, ibu yang bekerja menjadikan bukan keutamaan untuk teruskan berblog. . i feel lost as wife and mother. i feel tired in everything i through. im feeling running from everything. sometimes. i think it better die than keep alive. . stress.depression.is real. . saya alaminya. . dan bukan mudah untuk menanganinya. . tanpa sokongan orang sekeliling. . yang hati sentiasa menjerit 'you are not in my shoes' . tapi terpaksa senyum, berlakon berkata 'im ok' . alhamdulillah. . i learn. to love myself. . i will not give up with myself. . im enjoying every second of time that i have now. . truly.to archieve this feeling. . its not take a day or two. . not only depends to the support that we had. . but ourself. . are we want to stuck in this feeling forever? . i ask myself about it everyday....