Assalamualaikum...
Pejam celik eh dah melepasi fasa 2nd trimester.
Di awal 2nd trimester. Mengalami pitam sekali semasa pergi beli makan pagi. Memula elok je jalan borak ngan member. Sampai kedai makan, beratur nak order tak semena-mena rasa berpusing, terus duduk jelah kat kerusi. Alhamdulillah. Tokei kedai siap belanja teh o ais lagi. Member pun tak perasan kite nak pitam.
Big no to fast food.
Nugget, burger, western food(spaggeti etc) semua tak mahu. KFC je boleh telan sebab ayam. Burger pun burger KFC inti ayam goreng tulah.
Baby selera kampung-kampung je, pastu wajib la nak nasi dalam sehari tu. Suka sayur, ulam-ulam gitu. Makan tu kalau boleh nak jugak ada sayur. (ini selera papa sangat la-ore kelate tak ley tinggal nasi)
Lepas makan nasi, wajib mood nak coklat. Kalau tak dapat memang rasa loya, nak keluar balik je isi perut. Tapi kite takde la amek coklat sepenuhnya, tapis la dengan biskut bersalut coklat camgitu jelah. Baby nan aktif, kalau makan coklat mahu lagi aktif la.
Mood shopping.
Suka shopping shawl, tuppaware, dan lipstik. Padahal sebelum ni tak minat tuppaware pun, tak pernah pakai lipstik pun. Semuanya mai masa mengandung ni. sabor jelah.
Kejang kaki pada waktu malam. Hat ni untuk 2nd pregnancy ni kerap kena la. Maybe sekarang dah jadi ibu, anak yang sokmo nak manja ngan ibu, kena dukung jugak anak kengkadang, so terasa la beban lebih sikit. Memang kena wajib sapu minyak herbanika nanoroguy tetiap malam. Kalau lupa terus kena punya.
Lucky masa husband ada disisi, rajin dia mengurut betis isteri ni.
TQ yunk!
Alergik dengan panty liner. Huhu... Tak ley nak pakai panty liner sangat tapi degil, pakai jugak sebab tak selesa la bila dah terbiasa pakai. Rawatan pun guna minyak herbanika nanoroguy jugak.
Susah tidur kalau terjaga di tengah malam. Bab ni seksa jugak. Kadang-kadang Thaqif merengek nak susu atau kite bangun ke toilet. Lepas setel semua tu, pasti amek masa sejam dua baru boleh lena balik. Jeles tengok Thaqif lena tidur, selalu dia jadi mangsa kena peluk etc kalau dah kite tak dapat nak lena-lena ni.
Lapar tengah-tengah malam pun tak boleh tidur jugak. Sat g ada la bangun tercongok depan TV makan biskut/roti cicah milo. Ini jarang-jarang la berlaku, tapi nak lena balik pun sama jelah amek masa sejam dua jugak.
Sensitif sikit. Mood kalau nak coklat tu. Dan-dan tu nak coklat. Tengah-tengah malam nak coklat. Jadi time husband ada takpelah boleh mencari. Mujur berlaku time husband ada kat umah, kalau tak mahu nangis tepi dinding.
Mood kalau nak buat kek, dan-dan tu jugak nak baking. Ada hari tu, dek nak baking sangat, bangun pagi terus kejut husband suruh belikan telur sebab nak baking. Husband bangun terpinga-pinga je pagi-pagi suruh belikan telur.
Bab kejang kaki n susah tdo tu sm..kesiannyer sampai nk pitam.. tp cik mah pun sm gak dulu...slalu rasa n cepat2 duduk..
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan semuanya kak :)
ReplyDelete