Skip to main content

Shopping terakhir sebelum bersalin...

Assalamualaikum...

Cerita minggu sebelum gaji april.

Jadi ibu. Banyaknya lahai pikir.
Tengok stok susu anak kurang gelabah. Tengok baju anak sendat sikit gelabah. Pampers takde pun gelabah.
Lagi-lagi PJJ dengan suami. Susah nak bermanja-manja suruh itu ini setiap waktu.
Dengan boyot-boyot lagi malas nak pergi shopping bawak si bujang tu.
Esok beranak lagilah nak kena handle 2 babies. Tak boleh nak bayangkanlah.

Susu Thaqif dah awal-awal setel borong masa papa dia balik. 5 bungkus terus. Bertahanlah hingga 3bulan ke depan.

Pampers Thaqif masih ada 2pack. Cukuplah kot sebab bajet nak potty training dia masa cuti bersalin.
Pampers baby. Hah. Ni terus beli saiz s 1 kotak lagi.
Baik siap awal-awal. Baby 1-3bulan standard la banyak poopoo, weewee...
Pantang kang aman diam-diam tak rungsing pasal pampers dah.

Minggu sebelum gaji, kirai bajet macam okey lagi.
Alang-alang kak Iza pun cakap nak shopping baju anak dia jugak. Marilah kita bersama-sama pergi Pantai Timur ye. Thaqif sila duduk kat rumah dengan atok opah.

Seronok yang amat pergi Pantai Timur. Musim sale baju bebudak.
Rambang mata memilih.
Advanced terus pilih sepasang dua baju untuk raya terus.

 3pasang baju harian, 2pasang t-shirt + jeans, sehelai kemeja untuk si abang Thaqif.

Beli untuk abang wajib jugak grab untuk adik baby.
3pasang untuk adik baby.

Pastu kelengkapan terakhir la jugak, travel set mandian baby, nappy liner baby, dan disposable panties untuk ibu.
 Mandian tuh beli kecik-kecik jelah. Abang Thaqif tak pakai pun mandian. Elergik kulit plak musim panas-panas ni dengan mandian. Huhuhu.

 Total semua tak sampai pun RM200. Tapi kira puas hati sangat dahlah.

Dah abes shopping itu. Barulah puas hati. Barulah boleh nak bersalin dengan tenang. Hehehe.


Comments

  1. Assalamualaikum awak. Samalah kita, pasal anak2 ni cepat betul menggelabah. Hahahhaa. Semoga dipermudahkan urusan bersalin. Sheila dah nak habis pantang baru ok handle 2 babies. Hehehe.. skrg dah seronok layan anak2..

    ReplyDelete
  2. bila due date tu aimi? moga dimudahkan segala urusan ye.legalah dah siap shopping semuakan. bestnyer nak dapat baby

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan segala urusan.. bestnya nak jmpa bby baru.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

OH MY GROLIER!

Assalamualaikum... Korang pernah dengar Grolier tak? Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak. Nice program with a price. Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung. Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak.  Masa tu berjaya melepaskan diri. Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join. Khamis, 17 September 2015. Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah. Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam. (Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang) Sekali ntah macam mana ...