Assalamualaikum...
06 Mei 2016.
Disebabkan masih belum beranak, belum pun tanda-tanda nak beranak. Haish. Dilema sangat. Debaran menanti hari punya pasal.
Seharian melepek kat rumah je 3beranak. Nak jadi cerita dek musim panas melampau, telaga rumah pun kering. Nasib baik rumah mak tiri kesayangan ada air. Dekat nak solat jumaat la baru 3beranak ni pergi rumah opah mandi.
Petang tu marilah kita keluar mencari kek dan sate celebrate birthday Muhamad Thaqif Aiman sikit dengan family terdekat, aka kakak dan anak-anak sedara.
Birthday boy teruja sangat nak pergi beli kek. Yang stress lepas beli kek, masuk je kereta nak potong kek terus sebab tergoda kek comel dengan kartun, cookies.
T__T
Jenuh la pujuk supaya balik rumah dulu baru potong kek. Nak ditinggalkan dia dengan opah masa g beli kek, ibu papa ni excited sangat nak tengok reaksi dia pilih kek dikedai kek. Nah. Terima la padahnya, megamuk-ngamuk sepanjang jalan. Kus semangat.
Balik rumah, dengan air yang takde. Haruslah kembali melepak dirumah opah. Menyambut birthday dirumah opah Thaqif ajoo...
Kek pilihan birthday boy.
Eh. Terselit ibunya yang boyot-boyot dalam gambar ni.
Birthday boy yang sangat teruja bergambar dengan kek.
Diusia 2 tahun Thaqif banyak akal sangat. Hari jadi ni dia paling gembira, menyanyi-nyanyi happy birthday, tergelak-gelak orang dok nyanyikan untuk dia. Kek, yang dikorek biskut ikan pada kek je, kek tak makan pun.
Ibunya, malam tu pun masa majlis berlangsung, tengah makan dok cramp-cramp perut. Teruslah makan sate dengan bersungguh-sungguh. Hahaha... kira siapkan tenaga kalau terberanak malam tu.
Tapi baby tak nak share birthday dengan abangnya maka tidurlah anak-beranak dengan lena dek kekenyangan malam itu.
amboi...kuningnya kek dia...nk ciked
ReplyDeleteKuningnya kek besday boy..
ReplyDelete