Skip to main content

#nuraisyahtasnim puteri hati papa

Assalamualaikum...

Fuh...
Pejam-celik, pejam celik...dah 3bulan dah.
Ahad ni dah masuk kerja balik dah.
Selepas hampir 3 bulan...

Nah. Nak kenalkan, anak kedua kite.
Nur Aisyah Tasnim binti Mohd Taufik yang dilahirkan seberat 3.15kg pada jam 5.45pagi 8 Mei 2016, di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.
Alhamdulillah proses kelahiran yang mudah dan lancar seperti abangnya jugak.
Masih selesa memilih HUSM untuk bersalin kali ni walaupun nurse, sedara-mara dok suggest beberapa hospital daerah yang best, dan tak ramai orang.

Jamu mata muka puteri kesayangan papa dihari pertamanya melihat dunia.

Muka sebijik abam Thaqif 2tahun lepas sampai ibu sokmo dok tersasul panggil Thaqif Aiman. Ahakss...

Yang membezakan Aisyah dan Thaqif ialah Aisyah ada tanda lahir kat dahi kiri. So, kalau tersasul sebut Thaqif, nampak je tanda lahir Aisyah terus turn sebut Tasnim. Hiks... untung nama dengan huruf sama ni.

Gembira papa tak terkata, syukur sangat boleh merasa jadi papa untuk anak lelaki dan perempuan. Gitu. Sayang Aisyah. 

Aisyah yang montok. Beza la dari abang, Aisyah lahir je nampak terus badan seketul berisi, montok buat semua orang geram nak gigit-gigit. Abangnya dulu lahir keding sikit, nak pegang pun alahai-alahai balut 3-4lapis baru nak confident pegang.

Ok then. Later la citer pengalaman bersalin, nak pergi recall balik feeling nak beranak tu. Gambar Aisyah lebih terkini, akan muncul dalam entri-entri seterusnya la pulok. 

Comments

  1. Assalamualaikum awak. Bestnya dah sepasang. Taniah ye. Nanti share pengalaman bersalin tau. Hihiii cute sgt aisyah tasnim ;))

    ReplyDelete
  2. Wahhh...dah sepasang dah...bambam mcm uzma gak. .geram tgok..

    ReplyDelete
  3. Cantik sungguh nama anak dara ni ye...alahaiii nak kenan boleh...nak anak dara sorang montok macam ni...mmmuahhhhhhhhhhh welcome to the world sayang

    ReplyDelete
  4. Tembamnyaaa.. Dah sepasang dh ank. Bestnya...

    ReplyDelete
  5. lama nya tak singgah. dh slamt besalin ye
    tahniah dear..
    sepasang dh..

    klinik bg ubat air ke utk ubat cacing tu.saya x tau la pula.ingat semua sama je.. bru thu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

2nd Giveaway Cik Puan Jelita

Assalamualaikum... Pagi yang indah dibulan Mac. Marilah melancarkan 2nd Giveaway Cik Puan Jelita. Harap sudi join! SYARAT-SYARAT 1.  FOLLOW  Blog  Cik Puan Jelita  aka  cikjelita.blogspot.com dan instagram Aimi_Muhamad899    (keputusan pemenang bertuah akan di umum dalam blog!)  **wajib follow blog, instagram tak wajib untuk yang takde. 2. Copy  PICTURE  di atas ni dan link kan ke  (Link kan ke entri  " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita "  ) 3. Sila letak  TITLE  entri dengan " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita " ye. 4. Sila  TAG  kan seberapa ramai kawan2 anda untuk join giveaway ni ye! (minimum 3 orang!) 5. Sila  TINGGALKAN LINK  penyertaan  di ruangan komen entri   " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita "  (Kalau takde tinggalkan link entri, penyertaan tidak di kira) Giveaway ni bermula pada hari ini!  (01 -20 Mac 2015) Hadiah-h...