Skip to main content

Minggu pertama #nuraisyahtasnim di Taska

Assalamualaikum...

2nd baby.
 Nur Aisyah Tasnim.

Bila tahu kite mengandung. Abah la terkejut jugak.
Maybe fikir cepatnya.
Well, kite sendiri pun tak rancang. Rezeki kan.

Ini pun awal-awal la abah dah cakap tak sanggup nak jaga baby.
Thaqif okey, baby tak boleh la nak jaga. Abah tak larat.
Kite okey jer.
Walaupun macam kalau abah boleh jaga lagi okey. Hikhikhik....

Well dari tahun lepas dok bincang dengan husband pun. Cadang nak hantar Thaqif pun ke taska jugak.
Kalau tak taska sama dengan adik. Hantar taska permata dekat area rumah tu pun okey je.
Yelah. Tak adil kalau adik pergi taska, abang dok dengan atok.
Tapi atok menghalang keras niat hati ibu.
Thaqif tengah tak dengar cakap, nak main semua benda, campak barang etc. Atok risau dia buat perangai kat taska nanti cikgu marah.
Typical atok.
Padahal atok sunyi takde bff nanti.

Okey, terpaksa redha kat situ.

Aisyah pun terpaksa redha hantar ke taska la.
Pemilihan taska pada mulanya menjadi pening jugak. Nak dekat dengan ofis atau dekat dengan rumah?
Ada je taska untuk staff kat hospital ni. Yuran anak berdasar slip gaji. Slip gaji kecik, kecik la bayar. Gitu...
Best dah. Dekat, waktu lunch ke apa boleh je pergi jenguk anak.
Tapi, ntah kenapa naluri hati ibu tak selesa untuk hantar anak ke situ.
Takut padat la, risau anak tak cukup penjagaan la etc.
Typical ibu.
<Moms always do right decision.>

Akhirnya pilih hantar taska berdekatan dengan rumah je.

Konon, plan lepas raya puasa tu nak mula hantar dah Aisyah ke taska. Awal sebulan dari kite masuk kerja.
Lepas tu postpone jugak sebab kereta papanya bawak ke Johor.
Ibu nak hantar amek anak dengan apa pulak.
Maka bertangguhlah hingga seminggu ibu nak masuk kerja.

Sebulan sebelum masuk kerja memang dah training Aisyah siap-siap minum susu dalam botol.
Alhamdulillah Aisyah takde masalah menolak susu dalam botol.
Memang siap-siap jugak dok cakap/pesan kat Aisyah yang dia akan mula pergi taska, ibu kena kerja etc.

31 Julai 2016.
9 am. Hari pertama hantar Aisyah ke taska.
Konon, ibu papa nak pergi berdating selepas menyelesaikan urusan buka akaun tabung haji Aisyah.
Baru je dapat parking kat Aeon Kota Bharu.
Tup-tup cikgu taska Aisyah call cakap Aisyah  nangis-nangis, tak nak minum susu, tak nak tidur etc.
Berdezuttt ibu papa balik pergi jemput Aisyah.

Sampai je taska, Aisyah diam je, dah tak nangis.
Masuk kereta memang Aisyah macam sedu-sedan. Ala-ala budak merajuk kena tinggal pastu mengadu slow-slow kat kita. Hahaha...
Comel sangat dia punya reaksi.
Bagi jugak la DF kat dia masa dalam kereta tu kejap.
Kejap je.
At home, take time with her. Hug her. Again explain, ibu is going to work etc.
Terpaksa ibu kejam mogok tak bagi DF dah.
Biarkan dia minum susu botol je jugak sepanjang petang tu.

1 Ogos 2016.
Alhamdulillah. 2nd day working well. Aisyah stay 9.30am-5pm at taska. Susu pun minum dah. Lega la ibu. Cikgu pun cakap, at least minum susu, kalau langsung tak nak susu, nangis, tak nak tidur tu yang terpaksa call parents.

Ambil dari taska tu muka protes je. Memang masam, tak nak bertegur pun dengan ibu. Tak senyum langsung.
Merajuk sangat kononnya.
Layankan je. Balik tu sama jelah rutin seperti hari sebelumya, peluk dia, cakap-cakap dengan dia tentang ibu akan kerja etc.

2 Ogos 2016-4 Ogos 2016
Aisyah lebih okey la duduk kat taska. Dah makin serasi. Cikgu pun dah pandai nak handle Aisyah. Dah tahu macam mana style Aisyah nak tidur.
Cikgu kata bila Aisyah nak tidur, dia nak cikgu baring sekali kat sebelah. Hehehe...
Amboi manjanya anak ibu ni.
Kat rumah takde pun ibu layan dia nak peluk, atau tidur sebelah awak sentiasa. Pandai dia pergi bermanja dengan cikgu kat sekolah.

Weekend itu balik rumah mok tok. Sekali lagi risau norr la Aisyah kembali meragam pada hari Ahad tu.
Cerita legkap pasal tu,  kat 91 hari cuti bersalin


So far, Aisyah doing good at taska.
Oh. happy me.
Cikgu baik, comel, senyum sokmo, memang muka cikgu-cikgu Aisyah tu penyayang dan suka budak-budak.
Waktu hantar pergi taska, tak pernah la terserempak dengan budak-budak yang nangis tak nak ke taska. Aisyah pun balik dari taska mesti muka happy kekenyangan atau baru bangun tidur atau baru lepas mandi (ini berlaku kalau pergi amek awal dari biasa).

Hantar anak kat taska ni kadang merisaukan juga, banyak cerita/kes berkaitan taska. Tapi apa pilihan ibu bekerjaya kalau bukan hantar ke taska?
Nak upah bibik, memang taklah kita mampu sebab bukan kerja gaji juta-juta ringgit. Hehehe,,,
Nak hantar rumah pengasuh, pun tak semua bertuah mudah jumpa pengasuh yang okey atau orang yang sanggup jaga anak kita. Itupun kadang-kadang belum tentu 100% selamat.
Maka, bab ni, apa yang mampu. Doakan jelah supaya anak-anak kita sentiasa dilindungi dan dijauhi dari segala perkara yang tidak baik. Semoga Allah sayangi dan lindungi anak kita.

Ibu dah la amek gambar, nak susu please, Aisyah lapar dan mengantuk ni...
**Latest pic Aisyah 12.10.16-hari pergi check up 5 bulan**

Comments

  1. Assalamualaikum awak.. aisyah dah 3 bulan ke.. alaa sian dia pandai majuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aisyah dah nak masuk 6 bulan dah aunty sheila.hiks.entri terperam ni baru nak publish.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d