Skip to main content

Rezeki #nuraisyahtasnim

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...
Biasalah kehadiran orang baru dalam keluarga, sanak saudara dan kawan-kawan pun tumpang gembira. Si kecil pun dapat habuannya.
Rezeki #nuraisyahtasnim murah jugak. 
Coretan kenang-kenangan. Hadiah-hadiah yang Aisyah terima dari sanak saudara, disamping dari sampul berisi.


2 pasang baju dari uda.
Pandai uda pilihkan untuk Aisyah.

Beg baby dari sepupu kite. Officially jadi beg taska Aisyah, dan handbag ibu bila keluar jalan dengan anak-anak.


From umi with loves. 
My sister in law ni memang setiap kali balik kampung, atau kirim barang kat mak wajib jugak selit sepasang dua baju untuk Thaqif. Kini tambah la untuk Aisyah pulak. 


Ni dari cik na, kakak kite. Comel sangat, kejap je Aisyah boleh melawa dengan baju neh. Cepat membesar sangat.


Ole-ole dari Mekah. Baju daripada atok dan opah. Tiap kali Aisyah, mahupun Thaqif sarung baju yang mereka beli mesti senggih ke telinga la atok/opah. 


Daripada abang tiri kite. Comel jugak. Both belum pakai sebab beg taska dah ada, pastu baju tu saiz xl, besar lagi untuk Aisyah sekarang.

From mok tok and tok ayah. Purple theme.

Daripada kawan papa kat Johor sana. 
Kirim terus untuk 2 beradik. 

Terima kasih untuk semua yang datang melawat Aisyah, memberi sampul berisi, mahupun hadiah-hadiah untuk Nur Aisyah Tasnim. Kami sekeluarga sangat menghargainya. Kami doakan moga Allah memperluaskan lagi rezeki kalian dan mempermudahkan dalam setiap urusan kalian. 

Bila ada anak perempuan pulak, cara menabung untuk anak perempuan ini berbeza la sikit.
Macam mana tu, nanti kite kongsikan.




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

2nd Giveaway Cik Puan Jelita

Assalamualaikum... Pagi yang indah dibulan Mac. Marilah melancarkan 2nd Giveaway Cik Puan Jelita. Harap sudi join! SYARAT-SYARAT 1.  FOLLOW  Blog  Cik Puan Jelita  aka  cikjelita.blogspot.com dan instagram Aimi_Muhamad899    (keputusan pemenang bertuah akan di umum dalam blog!)  **wajib follow blog, instagram tak wajib untuk yang takde. 2. Copy  PICTURE  di atas ni dan link kan ke  (Link kan ke entri  " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita "  ) 3. Sila letak  TITLE  entri dengan " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita " ye. 4. Sila  TAG  kan seberapa ramai kawan2 anda untuk join giveaway ni ye! (minimum 3 orang!) 5. Sila  TINGGALKAN LINK  penyertaan  di ruangan komen entri   " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita "  (Kalau takde tinggalkan link entri, penyertaan tidak di kira) Giveaway ni bermula pada hari ini!  (01 -20 Mac 2015) Hadiah-h...

FIRST GIVEAWAY BY MAMA3FARHANAH

ASSALAMUALAIKUM