Skip to main content

Stress anak nak masuk 6 bulan

Assalamualaikum...

Pheww...
Cepatnya masa berlalu... Dah 5 bulan + wey jadi ibu anak dua.
Aisyah dah nak start makan dah in few weeks.
OMG.
Nervous sangat.

Masa zaman anak 1 dulu macam, cool sangat je. Dari dok memboyot tu lagi dah memang khatam siap dah sampai solid food neh. Pastu bajet otai je siapkan bubur/puree siap-siap frozen terus segala puree untuk seminggu-2 terus. Pagi-pagi pun relaks je siapkan bekal anak pergi rumah opah/atok.

Sekarang anak dua. Pastu hantar tempat asing-asing. Thaqif kat rumah opah, Aisyah dok taska.

 OMG!OMG! macam mana nak siapkan bekal anak, nak bubuh bekas cemana etc.
Hah! Perasaan dia stress sangat.
Kalau fikir pasal aisyah nak mula solid food ni terus persoalan mengusutkan minda muncul seperti : Botol air tak beli lagi, flusk comel takde lagi, plastik ziplock untuk boh cube puree pun belum beli, macam mana nak masak bubur, macam mana masak puree ni.

Hahaha...complicated ibu.
Padahal zaman Thaqif dulu segala mak nenek tu wujud secara berperingkat je jugak. Belajar slow-slow. Langsung takde rasa stress.
Sampai masak bubur/puree pun pergi belek 40page blog untuk bagi yakin nak memasak untuk anak, bawak bekal anak hari-hari.
Serius. Nak sediakan solid food kali ni lebih mendebarkan dari anak pertama dahulu.
I dont know why.
Paling tak boleh terima kenapa kite macam stress sangat sebab takde flusk comel.
Hari-hari fikir mana nak cari flusk comel?

I dont know why I am so stress this time.

Its 1st time exprience hantar anak ke taska, macam tak tahu macam mana taska handle everything- boleh ke siapkan bubur hari-hari, atau cikgu prefer masak sendiri bubur, atau bancuh siap je yang bubur serbuk etc.Aisyah kat taska, ada anak-anak lain jugak.
Soon dah boleh makan, risau jugak di sua makanan-makanan kurang berkhasiat oleh kawan-kawan disana.

Yelah masa Thaqif dok dengan atok opah, jaga Thaqif sorang je, lagilah lapang hati daripada pengaruh rakan sebaya etc. Kite boleh kontrol sendiri apa yang boleh diberi apa yang tak boleh, macam mana bagi, kuantiti, cara penyediaan.
My kid, my rules.

Kalau ada unsur yang kurang okey masuk ke dalam pemakanan Thaqif semua terus dapat detect, terus atok buat pengakuan etc. Terus ibu kasi tarbiah kat atok pasal pemakanan anak-anak.
Hahaha...
Tarbiah bukan ceramah apatah lagi tomahan. Tarbiah ialah nasihat sambil sembang kosong diselitkan maklumat pemakanan yang betul.
Gitu...

Alhamdulillah, so far abah sangat menghormati prinsip kita bab junk food dan gula-gula. Memang atok/opah sendiri mengharamkan duit mereka dari membeli junkfood/gula-gula untuk Thaqif.
Beli roti, biskut wafer, air kotak, aiskrim tu adalah jugak. Ibu kira halal la asalkan Thaqif wajib makan berat jugak hari-hari dan minum air masak banyak-banyak.

Eh. Dah terus cerita pasal Thaqif ke Aisyah ni?
Hahahaha...
Selit sikit-sikit okey.

To my dear friends, mummies yang membaca luahan kite ni.
Cer korang bagi ayat penyedap hati kat ibu yang stress ini. Pastu apa kata pakat share sikit la bagaimana korang bincang dengan cikgu taska pasal pemakanan anak-anak korang?

Walaupun cikgu taska Aisyah tu selalu senyum, kecik, comel, baik, sayang Aisyah lebih, dan kita rasa dia mudah bawa bincang etc tapi kite tetaplah nak tak nak penyampaian kite tu mantap dan kukuh serta tak menguris hati la.



Comments

  1. saya pun takde beli tu semua..msak bubur kat periuk kecik atas dapur..pastu masuk dalam plus je.huhu
    anak no2 beli la lain pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?bukan penting pun.tapi tetap la terfikir sentiasa.

      Delete
  2. Assalamualaikum awak..kita extend umar sampai 2minggu pasal tak ready mcm awak juga hahahhaa. Ni baru 2 puri perkenalkan kat umar hihiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam sheila...rupanya ada jugak geng dilema.

      Delete
  3. masih dilemma?mmg sindrom ka apa ni?hihihi...cptnya dh nk 6 bln dh...fuhhhh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d