Assalamualaikum...
Part 2.
Last 2 weeks, cerita Thaqif mula potty training balik dan mengambil masa untuk dia cekap menahan kencing balik.
Minggu lepas training lagi.
Hari jumaat tu drama jugak. Sampai tengah hari je semua seluar kecik dah habis basah.
Terkencing,terberak.
Hampir-hampir dah ibunya nak suruh pakai diaper balik.
Pastu positif balik minda.
Thaqif dah berak pun. (Normal Thaqif poo sekali je sehari)Teruskan jelah. Dah separuh hari berlalu dah ni.
Maka, berlalulah hari jumaat itu dengan jaya.
Sabtu, lagilah berjaya. Cuma tak poo pun aritu. Tahan jelah kot hingga waktu pakai diaper.
Hoorey.
Khamis 12 januari, ibu EL sebab dua-dua anak demam panas malam sebelumnya.
Thaqif pun bangun pukul 9 dah kot. Lemah longlai lagi kononnya.
Tapi dah bangun tu kena ubat demam, dan mandi terus kebah dah demamnya.
Terus makan roti canai habis 2keping.
Ingat nak free diaper jugak dah, tapi risau jugak kot demam mungkin kembali ke apa sebab pernah sebelum ni demam on off tahap lembik tidur je, makan muntah, sampai berat badan pun drop.
Jumaat. 13 januari.
Bangun pagi dengan happy. Pujuk-pujuk Thaqif untuk free diaper. Dia setuju.
Alhamdulillah sampai tengah hari takde drama basah situ sini.
Tidur memang clean seperti selalu, tak pernah terkucil pun.
Big yeay!
Bangun tidur tu sekali jelah nak terkucil. Silap ibu pun lupa nak suruh pergi kencing terus bila bangun tu.
Pastu dok makan, Thaqif asyik dok kentut je. Ibu dok tanya, berak ke?
Dia jawab, kentut je.
Hahaha...tapi ibu dapat menghidu itu tanda-tanda awal nak berak.
Terus ibu pesan, nak berak bagitau ye. Berak kat tandas. Kat lubang. Rasa je nak berak,bagitau ibu terus.
Dan beberapa minit kemudian Thaqif laju panggil ibu cakap nak berak.
Cepat-cepat ibu tolong buka seluar, dan bawa duduk kat lubang tandas.
Thaqif ;erm..tak de pun ibu.
Ibu; Ala, abang tunggu la kejap. Nanti berak la tu.
Dalam kepala ibu, sudah, pandai ke anak aku ni berak kat sini. Kena pakai diaper jugak ke baru boleh berak?
Pada masa sama, Aisyah pun sibuk nak masuk toilet jugak. Terpaksa la ibu tinggalkan Thaqif, bawa Aisyah keluar dulu.
Bila datang balik kat tandas, Thaqif dah siap berak.
Terus rasa bangga dengan Thaqif. Dah pandai berak kat tandas tanpa sebarang kekacauan.
Dulu-dulu kalau tetiba dia nak terberak masa mandi ke apa. Penggeli amat, nanti tengok seketul sana, seketul sini, takut sangat jatuh dalam lubang tandas tu.
Hari ni clean. Memang direct dalam lubang tandas.
Maka, alang-alang kat bilik air sila mandi terus jelah anak ye.
Well done my son. Ibu proud of you. Love you so much.
Siap mandi terus request nak pakai baju kerja.
Jeans+t-shirt/kemeja = baju kerja.
Ibu layankan ajelah, asalkan anak gembira.
Comments
Post a Comment