Skip to main content

Lazada Malaysia Blogger Contest

Assalamualaikum...


Sempena 5 tahun Lazada, Lazada buat contest untuk para blogger.
Sebagai pembeli tegar di Lazada Malaysia, haruslah Aimi rebut peluang untuk sertai juga contest ini.

Tapi sebelum tu, nak ucap

Happy birthday LAZADA MALAYSIA!!!!!

a. What do you love about Lazada Malaysia?

1. Lazada memudahkan hidup saya

- Sebagai ibu kepada dua anak kecil, nak keluar shopping tu adalah 1 perkara paling malas sebab nanti tak tercapai pun shopping list yang dibawa dari rumah. Tapi dengan Lazada, klik-klik je nanti barang sampai dah kat rumah. Jimat masa dan tenaga juga.

2. Harga yang berbaloi dengan diskaun menarik

- Bab harga ni paling la Aimi berkira tau, walaupun beza harga seposen tapi itu boleh mengubah fikiran Aimi setiap kali nak membeli dimana-mana. Selalunya Aimi akan dapatkan harga yang lebih murah di Lazada berbanding diluar. Tipsnya rajin survey, dan alert dengan Lazada sale.

3. Pelbagai barangan dalam satu kedai (lazada)

- Dekat lazada semua pun ada, dari barang dapur, barangan bayi, fesyen, barang kecantikan,barang elektronik, malah nak reload telefon pun ada. Pendek kata, apa sahaja yang korang rasa nak beli cari je kat lazada mesti jumpalah. Mudah betul bila semua barang ada dalam satu kedai je.

4. Website yang mesra pengguna

- Ini paling penting, laman web lazada yang ringan dan laju untuk dilayari memudahkan Aimi membeli belah sentiasa, kadang-kadang internet kat rumah kurang laju pun apps lazada tak pernah mengecewakan, pasti dapat beli punya.



b. Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products) 

   - Since hari tu beg travel aimi husband dah rosakkan, ini la masanya aimi nak klaim beg baru. Ambil set dua buah teruslah senang, sebijik sorang.


  - Birthday anak-anak dah nak dekat dah, jenuh ibu fikir nak beli hadiah yang sesuai untuk kedua-dua anak, yelah birthday selang sehari. Maka, marilah kita plan beli mainan yang mereka berdua boleh main sama-sama je.


3. Trio Food Steamer TFS 18 White & Grey 

- Thaqif kan suka mintak ibu buat kuih, buat kek. Ibu rasa perlu la beli steamer baru pulak kasi semangat memasak tu berkobar-kobar gitu.

c. How do you think Lazada Malaysia can improve? 

1. E-mel update tentang penghantaran barang perlu respon dengan lebih cepat terutama bila reload telefon. Kadang hari kedua baru sampai e-mel penghantaran. Pening dok fikir, eh ada beli reload ke hari ni. Rupanya yang semalam punya.

2. Membenarkan baucer digunakan pada lebih banyak barang yang di beli. Selalu perasan, baucer yang diterima boleh guna pada selected item sahaja.

Yang lain, penghantaran barang, customer service Lazada memang tip top terbaik. Kadang call customer service tak masuk beberapa kali dan give-up, esoknya lazada call semula tanya kenapa. How sweet.

d. What is your birthday wish to Lazada Malaysia? 

Happy birthday Lazada! Semoga lazada dapat meningkatkan mutu perkhidmatan, lebih berjaya untuk tahun-tahun yang akan datang, dan membawakan lebih banyak produk, dan jenama dalam satu kedai untuk rakyat Malaysia membeli belah dengan mudah, cepat dan murah. I love you Lazada. Terima kasih memudahkan urusan harian Aimi untuk membeli belah.





Comments

  1. Hai, terima kasih atas penyertaan anda untuk Uyul Rosli 1st Giveaway. Tahniah kepada yang telah berjaya, dan kepada yang tidak berjaya, tidak mengapa. Jika di masa akan datang ada rezeki lebih, Uyul akan adakan lagi Giveaway/Segmen. InshaaAllah.

    ****************************************
    Sila semak senarai pemenang. >>>>>
    Senarai Pemenang | Blonolog Blogger Picisan
    ****************************************

    Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. ada tak peraduan mcm nie skrng? as a newbie blogger malaysia, agak susah nak cari benda macam ni sekarang ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

OH MY GROLIER!

Assalamualaikum... Korang pernah dengar Grolier tak? Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak. Nice program with a price. Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung. Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak.  Masa tu berjaya melepaskan diri. Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join. Khamis, 17 September 2015. Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah. Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam. (Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang) Sekali ntah macam mana ...