Skip to main content

Chilindo berhantu

Assalamualaikum.


Tenggelam timbul.

Seminggu dua ni dok tengok status kawan-kawan pasal bidding, chilindo.

Teruslah tak nak kalah jugak ambil tahu apa benda la chilindo ni.

Bukak. Pastu tutup sebab tak tak faham macam mana nak main.

Kuno sangat.

Again tengok status beli barang 5-6-7 item tapi dalam bajet RM30 ajerr.

Ko tak tergoda?

Cuba la bukak lagi.

Pastu test bid.

Kebetulan tengah mood cari electric pump untuk kolam mandi anak-anak.

Bid.bid. Menang. Harga RM1+.++ je.
Teruja benar terus check out.

Tak sampai 3 hari barang pun sampai kat rumah. Yeay.

Pastu baru tahu boleh aje, kumpul banyak-banyak barang dalam troli baru check out. Postage flat rate RM8 sahaja.

Maka, bernafsu tamak berserta gila bid. Bid aje apa yang berkenan. Letak bajet bawah RM30 gitu untuk total.

Masa nak check out gatal pergi bagitau husband-konon nak tanya pendapat jer benda perlu ke tidokk sebab ada la satu dua barang suka-suka jer bid sekali menang.

Husband terus, bak username, password.

Gabra weyy.. Dah kenapa laki aku? Nak delete acc shopping aku ke wey?

Sekali dia join bid jugakkk.


Terus over bajet jugak.

Pastu. Dah. Insaf.

2 minggu dah tak bukak chilindo sebab kang bukak gatal pegi bid lagi.
Sebab tak semua pun benda nak sebenarnya tapi seronok bid, menang. Lepas tu malas nak call center nak cancel item.

kohkohkoh.

Sekian.

Korang dah terjebak belum?

Comments

  1. akak tak terjebak sebab tak pandailah bab2 online nih hehehe, tapi kalau terjebak mau berhantu jugak nih

    ReplyDelete
  2. dah try..memang berhantu benda ni..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. "Exceptional investment in our home! Installing a whole-house water filtration system from water filtration systems whole house has truly transformed our water quality. Not only does it provide peace of mind for the health of my family,

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

2nd Giveaway Cik Puan Jelita

Assalamualaikum... Pagi yang indah dibulan Mac. Marilah melancarkan 2nd Giveaway Cik Puan Jelita. Harap sudi join! SYARAT-SYARAT 1.  FOLLOW  Blog  Cik Puan Jelita  aka  cikjelita.blogspot.com dan instagram Aimi_Muhamad899    (keputusan pemenang bertuah akan di umum dalam blog!)  **wajib follow blog, instagram tak wajib untuk yang takde. 2. Copy  PICTURE  di atas ni dan link kan ke  (Link kan ke entri  " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita "  ) 3. Sila letak  TITLE  entri dengan " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita " ye. 4. Sila  TAG  kan seberapa ramai kawan2 anda untuk join giveaway ni ye! (minimum 3 orang!) 5. Sila  TINGGALKAN LINK  penyertaan  di ruangan komen entri   " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita "  (Kalau takde tinggalkan link entri, penyertaan tidak di kira) Giveaway ni bermula pada hari ini!  (01 -20 Mac 2015) Hadiah-h...