Skip to main content

The Third

Assalamualaikum...
.
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung.
.
Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan. 
Teruja sangat.
Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby.
.
Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar. 
Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng. 
Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih.
.
25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai dipam dalam masa sebulan puasa dah cengkung kata mereka.
.
Punya la nak jaga baby, pergi giant tapau jus jambu batu, fresh milk banyak-banyak sampai papanya menegur, banyaknya.
Jujur la, memang makan pun sekali sehari je tapi baby perlukan zat jugak. Better telan jus dan fresh milk jelah.
.
Beli jugak pati delima untuk diamalkan.
Tak skip lagi makan folic acid.
Ni pun sibuk lagi cari supplement yang elok untuk hb, untuk baby.
..
5 Julai 2018. 11w4d. jumpa doktor di KK untuk scan baby untuk pertama kali (seperti biasa teruja, nak mengalir air mata pun ada jugak), minum air gula (pekeliling kkm di negeri kelantan yang terkini, bakal ibu berumur atas 25tahun wajib minum air gula), cek hiv, dental check up.
.
Sarapan paling ... . Demi baby ibu rela telan nakk.
.
Till then. 
Doakan Aimi dan baby sihat sepanjang kehamilan kali ni, semoga Aimi selamat melahirkan baby ni juga.
.


Comments

  1. alhamdulillah semoga dipermudahkan segala urusan. takee care fi hifzillah =)

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah tahniah cik jelita

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..tahniah Aimi. Dh nk msuk ank ke-3 dah. Semoga dipermudahkan urusan & sihat sehingga melahirkan.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..

    Salam ukwah dari saya untuk anda..

    Jom follow blog saya iya seo dan


    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..

    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..

    Komen yang baik2 sahaja ye..

    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-...

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1

Assalamualaikum... [ENTRI SEKIAN LAMA TERPERAM DALAM DRAFT -AUTO PUBLISH] Kite share pengalaman kite jer, not to misunderstanding yang kite nak beriak-riak ke hape. Kot-kot dari pengalaman kite kawan-kawan yang 1st time macam kite bolehlah jadikan panduan kala membeli property sendiri later. Alhamdulillah... Syukur tak terkira, kini memiliki tanah sendiri.  At first tak terfikir pun untuk membeli. Risau tak mampu.  Sebelum balik kampung dahulu, memang kami berangan-angan untuk membeli tanah, atau rumah sendiri tapi dalam masa 5 tahun ke depanlah. Tinggal dikampung halaman pun, tapi bila both bekerja, ada expenses 2 pihak juga. Expecting baby lagi buat menutup cerita tentang membeli RUMAH/TANAH/KERETA BARU. Dalam part 1. Kite bercerita tentang lokasi/deposit. How we solve it. Rezeki Allah tak terjangka. Kala trimester ketiga kandungan, husband ada berkenalan dengan suami rakan sepejabatnya, yang bekerja sebagai kontraktor dan buat sambilan jual beli tanah. ...