Skip to main content

Dinner @ Lok-lok King

Assalamualaikum...
Monday blues...
Weekend yang  ceria bersama en.Tunang. Jumaat tu tak jadi buat surprise pun kat en.Tunang, sebab kelam-kabut, keluar pejabat lambat. Tambahan en.Tunang beritahu, bos beliau bagi cuti 2hari.
Jumaat itu, seperti kebiasaan dating kami, pergi makan... en.Tunang datang, saya dah bagitahu awal-awal, tak nak makan kat tempat biasa dah. Bosan, asyik nasi lemak, or laksa. Jadi, kami pergi makan steamboat Lok-Lok King kat parking lot Ampang Point...Tau tempat ni sebab pernah di review dalam JJCM tu...

Special kat sini sebab steamboat tu boleh digoreng atau rebus macam biasa. Sos dia ada 3-4 jenis kot...Sos black paper, sos cili pedas, kuah kacang..Ada juga menu lain seperti chicken chop, lamb chop, beef steak. 
Kami ambil isi ketam, wantan, dua cucuk tauhu (ada isi ketam kat tengah) dan sotong putih (besar sangat), sotong dan tauhu tu kami goreng, lain-lain rebus sahaja. Order jugak lamb chop satu..

Awal tu, cuak jugak, mesti mahal sebab ambil sotong, dan sotong tu besar pulak. En. Tunang warning siap-siap,  ada duit RM20.00 je ni, tak cucuk lagi. Saya kata, tak apa saya back-up.

Jimat punya pasal, air pun kami share je. Dah setel makan semua, tup-tup harga RM16.00 sahaja. Terkejut tau. Murah, sedap lagi... Sos lada hitam tu terbaik. Sedap sangat! En.Tunang siap cakap, boleh datang lagi. 
Seronok tengok orang lain makan, ambil macam-macam penuh pinggan, kami sekadar 5 cucuk dengan lamb chop lagi, rasa sangat kenyang sebab apa yang kami ambil tu saiz besar jugak. Kekenyangan.
Tara... Lamb Chop...Maaflah lain-lain makanan tak sempat ambil gambar sebab ada yang dah habis -lapar ken? Lamb chop ni en.Tunang transfer pada saya, baru saya teringat nak ambil gambar.  

Next time, kami pergi lagi, sure update dengan gambar yang banyak.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-...

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1

Assalamualaikum... [ENTRI SEKIAN LAMA TERPERAM DALAM DRAFT -AUTO PUBLISH] Kite share pengalaman kite jer, not to misunderstanding yang kite nak beriak-riak ke hape. Kot-kot dari pengalaman kite kawan-kawan yang 1st time macam kite bolehlah jadikan panduan kala membeli property sendiri later. Alhamdulillah... Syukur tak terkira, kini memiliki tanah sendiri.  At first tak terfikir pun untuk membeli. Risau tak mampu.  Sebelum balik kampung dahulu, memang kami berangan-angan untuk membeli tanah, atau rumah sendiri tapi dalam masa 5 tahun ke depanlah. Tinggal dikampung halaman pun, tapi bila both bekerja, ada expenses 2 pihak juga. Expecting baby lagi buat menutup cerita tentang membeli RUMAH/TANAH/KERETA BARU. Dalam part 1. Kite bercerita tentang lokasi/deposit. How we solve it. Rezeki Allah tak terjangka. Kala trimester ketiga kandungan, husband ada berkenalan dengan suami rakan sepejabatnya, yang bekerja sebagai kontraktor dan buat sambilan jual beli tanah. ...