Skip to main content

W-Preparation : Hadiah untuk orang rewang

Assalamualaikum...
Beberapa hari meninggalkan blog. Sibuk sebentar. Masih berkisar apa yang berlaku minggu lalu. Minggu ini punya, slow-slow akan bercerita...

Hari ini nak update tentang hadiah orang rewang pulak. Sudah menjadi adat bila orang datang tolong buat rewang dikampung, selain bagi duit akan disertakan sekali dengan sedikit hadiah seperti kain batik / sarung dan gula.  
Leceh sikit kalau nak bagi kain batik / sarung sebab nak kena beli untuk berlainan jantina, jadi saya ambil jalan mudah beli tuala mandi. Jadi tak payah nak asing mana untuk lelaki, mana untuk perempuan. Mana-mana pun boleh. Hadiah ini biasa diberi selepas selesainya majlis.
Yang diberi semasa mereka menolong rewang saya belikan face towel, bolehlah lap-lap peluh bila kepenatan buat kerja semua tu...
Tuala mandi tu saya beli di Mydin Mall Subang Jaya bersama-sama dengan doorgift props seperti dalam entri disini. Harga RM7.50/pcs. Awalnya dulu saya nak beli tuala ini di Plaza GM KL sebab sebelumnya pernah survey disitu, boleh dapat harga RM6.00/pcs tapi kualitinya agak kurang memuaskan. Lagipun takkan semata-mata towel itu nak kena pusing cari parking dan bayar parking mahal dalam Plaza GM tu. Memang taklah! Ketika di Mydin itu juga, en.Tunang masih nak mencari tuala yang lagi murah, sekurang-kurangnya RM6.50 tapi nipis dan kecil. Setelah berbincang, akhirnya dia bersetuju dengan pilihan saya.
Hoorey!
Face towel itu dibeli di Mydin juga, cuma beza tempat. Saya beli di Mydin Jalan TAR ketika mencari barang disitu pada akhir Januari lalu. Hanya RM0.80/pcs
Senyum lebar... Lepas satu per satu perkara mula diselesaikan. Bahagian hadiah ini belum sepenuhnya tamat, saya masih perlu beli wrapping paper untuk wrap cantik-cantik.
Sorry no pictures. Semua telah selamat disimpan di rumah en.Tunang sementara untuk dihantar ke Kelantan...
~Ya Allah, permudahkan urusan kami... Kami berlindung pada-Mu Allah... Semoga semua yang kami rancang berjalan dengan sempurna.~

Comments

  1. wa....bgus2...dah siap dah beberapa preparation kan...

    ReplyDelete
  2. @cik mah - yup...preparation semakin pantas bergerak. 3 bulan sahaja lagi. nervous jugak...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

2nd Giveaway Cik Puan Jelita

Assalamualaikum... Pagi yang indah dibulan Mac. Marilah melancarkan 2nd Giveaway Cik Puan Jelita. Harap sudi join! SYARAT-SYARAT 1.  FOLLOW  Blog  Cik Puan Jelita  aka  cikjelita.blogspot.com dan instagram Aimi_Muhamad899    (keputusan pemenang bertuah akan di umum dalam blog!)  **wajib follow blog, instagram tak wajib untuk yang takde. 2. Copy  PICTURE  di atas ni dan link kan ke  (Link kan ke entri  " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita "  ) 3. Sila letak  TITLE  entri dengan " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita " ye. 4. Sila  TAG  kan seberapa ramai kawan2 anda untuk join giveaway ni ye! (minimum 3 orang!) 5. Sila  TINGGALKAN LINK  penyertaan  di ruangan komen entri   " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita "  (Kalau takde tinggalkan link entri, penyertaan tidak di kira) Giveaway ni bermula pada hari ini!  (01 -20 Mac 2015) Hadiah-h...

FIRST GIVEAWAY BY MAMA3FARHANAH

ASSALAMUALAIKUM