W-Preparation : Brown Paperbag & Plastic Container Untuk Doorgift Extra Jimat

Assalamualaikum...
Mood ceria jugak, sebab satu lagi w-preparation mula menunjukkan rupa.
Shopping time! #17 Feb 2013
Tara! Banyakkan kami shopping? Saya panggil sebagai props doorgift boleh? Ini props untuk kedua belah pihak.
Brown paperbag 2000pcs + Plastic Container 200ml 2000pcs + Bath Towel 48pcs + air kotak (upah untuk diri sendiri, en.Tunang dan bakal adik ipar lepas penat shopping)
Apa doorgift saya, baca disini yang saya membebel pasal doorgift.

Okey, lets begin! 
Hasil dari blogwalking, mencari brown paperbag yang murah, ada antara blogger suggestkan mydin ni selain dari kedai borong Wakim Plastic atau membeli secara online. Saya survey (thru blogwalking -online) harga di Wakim tidak menarik perhatian saya, saya masih mengatakan ia mahal. Pembelian secara online, murah tapi kalau boleh nak tengok benda tersebut sendiri semua sebab paperbag ini juga ada pelbagai saiz. Selain itu, harga murah tapi belum termasuk pos, jadi kos lebih kurang jugaklah. Al-maklum, pengantin jimat serta cerewet...
Sampai kat Mydin ni, impress sekejap sebab besar sangat Mydin ni. Pertama kali sampai ke situ jugak, blurr mana nak cari barang yang kami mahu dalam lautan orang ramai. Alang-alang dah sampai, kami redah sahaja. Tak susah pun nak cari, ada dikawasan bekalan peralatan makanan jugak. Semua yang saya nak cari berada dibaris yang sama. -He. Macam banyak sangat benda nak beli. 
Hanya brown paperbag, plastic container, dan doily paper
**tak beli pun doily paper, rasanya hias dengan reben lagi comel la pulaks!.
Dah jumpa barangnya, kami terfikir, dah nak beli borong banyak, takkan nak kutip satu-satu dari rak ni, tak ada ke yang siap dalam kotak? 
Jenuh melilau cari SA Mydin tu. Dapat cekup seorang, bila kami tanya tentang belian borong, dia jawab 'tak tahu'. Annoying sekejap. En. Tunang kata, kita ambil saja yang ada kat rak tu. Saya tak puas hati, jenuhlah nak mengangkat berplastik-plastik benda ni nanti. Terus cari SA yang lain, perempuan. Nasib baik beliau tidak memberikan jawapan yang menghampakan. Disuruhnya kami terus membeli bahagian borong di tingkat3. 
Naik ke atas, Fuh!Tak lagi bersesak dengan orang ramai. Lega.
Mencabarnya bila nak mencari barang kat situlah kena menapak sikit, sebab besar sangat, seperti gudang. 
Kalau nak pergi lagi cari benda lain, haruslah saya akan cekup seorang SA untuk menunjukkan tempat barang tu berada. Tak larat nak tawaf semua.
Harga pula, kalau dibahagian bawah sudah terasa murah, dibahagian borong ini dapat harga lagi murah.
Plastic container : RM0.11/pcs
Brown Paperbag : RM0.031/pcs
Oh! Mesti ada tertanya-tanya, apa fungsi towel banyak-banyak tu, sangat tak masuk dengan tajuk entri.
Entri seterusnya saya cerita k. Hari ini cerita props doorgift jer dulu.


Comments

  1. bestnyer shopping bnyak2...lepas ni kena rajinlah ye menyiapkan semuanya...gud luck...

    ReplyDelete
  2. @cik mah - ops...puan mah... pitams dah tu tengok banyak...nak kena angkut balik kelantan lagi...sob.penuh kete...

    ReplyDelete
  3. siap sedia la rumah dipenuhi dgn brg kahwin..kat tempat borong dlm mydin usj best, leh main lari sambil tolak troli..hehe

    ReplyDelete
  4. @dyh - memang seronok main lari-lari tapi kalau mood dah ke laut + penat...berjalan pun terasa sedang merangkak.

    ReplyDelete
  5. wahh...best!

    p/s: seronok ke shopping =)

    ReplyDelete
  6. saya pon plan nak beli air kotak dekat mydin..
    belum sempat jee nak pegi nie :)

    ReplyDelete
  7. @SYA - shopping memang syok...tapi menangis mengenangkan duit berterbangan...hua...

    @cintabella - beli jgn tak beli.murah.berbaloi.baloi. selamat shopping.

    ReplyDelete
  8. A'kum Semua..
    Still tak tau nk bg apa for door gift?
    Y not check out my blog utk door gift lain dpd yg lain..
    Murah, menarik n trendy.. N blh custom made ikut tema yg di ingini..

    femcreation.blogspot.com

    N if suke, pls "Like" my page kat Facebook k!

    Thanks..

    ReplyDelete
  9. Salam..sudi2 lah ziarah website ni ye:

    http://printingmurah2u.com.my/index.php/pricelist/paper-bag

    FB: https://www.facebook.com/goodiesbagmurah

    ReplyDelete
  10. Salam cik

    HNZ Enterprise Kad Kahwin pembekal brown paper bag / white paper bag / colorful kraft paper bag ( 6 warna).

    Boleh layari facebook kami

    https://www.facebook.com/hnzkadkahwin

    ReplyDelete
  11. salam nak tnye, shopping kt maydin mane ek ? hehe h tq

    ReplyDelete
  12. Salam. Kalau beli borong mmg boleh dpt murah kan. Sudi singgah blog sy yea

    http://www.safira.com.my

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1