Posts

Showing posts from May, 2015

cpuv mei 2015

Image
Assalamualaikum...
Alhamdulillah... CPUV Mei 2015 untuk blog cikjelita.
Terima kasih kawan-kawan blog yang rajin singgah klik-klik tabung #muhamadthaqifaiman

Diari Dapur : Chocolate Moist Cake

Image
Assalamualaikum...
Minggu rajin. Toksah komen apa. Baking, masak sajalah yer. Sila jangan muak membaca entri diari dapur ambo...
Chocolate Moist Cake.
Bahan : 
1. 1 cawan gula perang 2. 1/2 cawan susu pekat manis 3. 1 cawan serbuk koko 4. 1 cawan susu full cream 5. 1 cawan minyak (kite terlupa boh) 6. 1 1/4cawan tepung gandum 7. 1 sudu kecil baking powder 8. 1 sudu kecil soda birkabonat 9. 1 sudu kecil esen vanilla 10. 3 biji telur
Cara-caranya : 
1. Tepung gandum, serbuk penaik dan soda birkabonat-diaayak bersama.  2. Dalam mangkuk lain, bahan no 1-5 disatukan dan gaul sebati menggunakan mixer. Nak pakai senduk je pun boleh, tapi i'olls suka guna mixer senang biar tak berpeluh ketiak. ^__^ 2. Masukkan pula bahan no 9 dan 10. Mix sebati. 3. Masukkan tepung yang diayak awal tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Biar sebati semua bahan. 4. Masukkan dalam loyang/mangkuk untuk dikukus. Kukus selama 90minit. 
Chocolate Moist Topping 
Bahan-bahan :
1. 1/2 cawan susu pekat manis 2. 1 …

Renjer Taman Sakit Perut dan demam...

Image
Assalamualaikum...
Cerita semalam. Balik kerja tu dah pelik-pelik bila Thaqif asyik nak menepek je. Sampai rumah ceria balik dok main dengan abang-abang sepupu dia yang datang tu. Jam 8 dah ajak Thaqif masuk tidurlah. Maka tidurlah dia dengan ibu sekali lena.

Sedar-sedar 12am, Thaqif merengek-rengek, bagi susu tak mo. Jamah kepala, tangan, kaki semua panas. Pujuk-pujuk pun tak mo. Maka keluarlah kelambu. ibu pergi mencari seketul botol spray pevoo, sapu kat kepala, kat badan Thaqif. Dia baring kejap, pastu ekkekk lagi. Pujuk-pujuk boo layan. Then perasan dia kentut.
Dalam hati, nak berak la kot ni. 
Maka, urut-urut perut dia sikit, pujuk-pujuk, peluk bawak keluar bilik. Senyap sekejap. Ibu nak masuk toilet pun terpaksa la dukung dia jugak. Manja sangat nak menepek.
Bagi makan madu sesudu.
Dok lima minit, muka merah dok teran berak. ^__^'.
Parah la mood berak malam-malam. Patut tak lena tidur.

Renjer taman dok aim handphone ibu letew.

Elok lepas siap basuh bontot semua. Happy je m…

bersedia untuk ramadan...

Image
Assalamualaikum...
Kejap je, pejam celik pejam celik eh dah nak masuk bulan ramadan dah kita ni...
Untuk ramadan yang bakal menjelma macam-macam dalam kepala ni. Akauntan rumah tangga lagilah banyak berfikir. Alhamdulillah pakaian raya semua ready dah, untuk suami je tunggu beli baju melayu siap. 
Next, memikir stok-stok makanan. Al-maklum, tinggal berdua dengan anak, stok makanan wajib sekadar biskut, milo, pasta, maggi, susu segar camtu je. But coming ramadan, mesti stok makanan fresh jugak perlu penuh dalam box makanan. Time to listing everything.
Selain itu, fikir good supplement for energy booster since still breastfeeding my boy, Thaqif.
Tahun lepas puasa beberapa hari tuang sebab dok pitam. Baru abes pantang berpuasa, 1st time mother, tengah menyusu anak pastu tak cukup rehat. Awww...ngeri la fikirkan masa dok pitam-pitam tu. Uhuks...
This time, I prepared myself with Shaklee Products. Semoga tahun ni cergas sokmo la.




Syoknya produk shaklee 1 produk boleh guna untuk semua peri…

Diari Dapur : Ice Blended Manggo

Image
Assalamualaikum...
Musim buah mangga muda dah sampai penghujung. Mangga dah masak semua. Mood makan mangga pun dah ke laut, dah bosan. Maka, marilah transform jadikan jus, atau iced blended. Sejuk tekak oii di musim panas-panas pekena ice blended.
Bahan-bahan : 1. 4biji mangga kecil di potong kecil dan asing biji. 2. 3 sudu susu pekat manis ( untuk kurangkan bau mangga) 3. ais 4. sedikit air
Cara-cara :  Masukkan semua bahan. Blend.

Dapat 2 gelas penuh.yumyum.puas minum... Kala begini shake n take sangat berguna.

Drypers Points

Image
Assalamualaikum...

Hi mommies, dah join Drypers Baby Club tak?
Beli diapers, kumpul mata, dan tebus dengan mainan/produk drypers.

Siapa kenal kite memang tahu kita memang suka benda-benda camgini, kumpul-kumpul mata bagai ni, pastu tebus mata. Bila parcel sampai rasa macam menang hadiah je.

Alang-alang memang pengguna setia brand drypers ni, marilah masuk kelab dia.

Current drypers point. ^__^.

Hadiah untuk tebus pun macam best jugak.

Mata terkumpul 2k dah gatal fikir nak tebus apa sebab banyak jugak yang dah out of stock.
Sebelum ni menebus diapers balik jer senang, tapi kadang macam nak la tebus mainan ke sebagai kenang-kenangan hasil dari menabung mata kat kelab drypers ni.

14x untuk tebus apa pasal stok diapers tu ada 2kotak lagi, pastu beli lagi diapers. Muahaha...
Suka betul ibu Thaqif ni buat stok banyak-banyak

Diari Dapur : Bubur Jagung Mudah dan Sedap

Image
Assalamualaikum...
Menu special suami balik kali ini ialah Bubur Jagung... One of his favourite.
Bahan-bahan :

1.  2kotak santan (400ml)
2. 1 tin jagung kernel
3. 1 tin jagung creamy
4. 1/3 cawan gula ( kebetulan ada air gula-gunalah air gula je)
5. 1 ketul gula melaka (sebab gula melaka yang kite guna tu saiz besar kite guna 1/3 je- tak mo manis-manis)
6. 5sudu besar sagu
7. Air

Cara-cara :
1. Masukkan gula, jagung kernel dan creamy, sagu, dan gula melaka ke dalam periuk. Masak hingga gula melaka mencair dan sagu bertukar jernih menggunakan api kecil sahaja.
2. Agak-aga sagu dah nak bertukar warna jernih, masukkan santan. Kalau rasa pekat, boleh tambah air. Kacau perlahan, biar mendidih.
3. Dah mendidih, boleh tutup api dan biarkan sejuk. Dah sejuk, masuk peti ais.
Hidang sejuk-sejuk sedapnya makan diwaktu musim panas-panas ni.


Komen suami sedap. Abah pun kata sedap, siap request buat lagi untuk dia berbuka puasa cuma tak beli-beli lagi jagungnya. Hihihi... Nampak gaya lepas ni jagu…

Diari Dapur:Cheezy Cheesekut Mudah.Senang. Sedap.

Image
Assalamualaikum...
Favourite suami isteri. Cheese. Anything cheezy itu sedap. Dah few times sebenarnya buat cheesekut ni, tapi asal buat je suami nun di Johor. Pasal time suami balik takde nak craving benor, pastu senang je request kat suami pegi makan kek kat kedai etc je. Bulan Mac lepas suami balik. Terajin buat cheesekut ni untuk suami. Hekhekhek...
Bahan-bahan :  1. 1 pack Cracker Deluxe (hup seng) 2. 1/2 tin susu pekat manis (resepi asal guna 3/4 tin-kite tak suka manis guna 1/2 cukuplah) 3. 250g cream cheese (kite guna tatura) 4. 1 sudu besar susu segar. 5. Milo/nestum
Cara-cara : 1. Pukul cream cheese+susu pekat manis+susu segar sehingga kembang dan sebati. (kite guna blender sahaja, malas nak keluarkan mixer bagai) 2. Sediakan bekas, dan sapukan campuran creamcheese pada bahagian paling bawah, kemudian dilapisi dengan biskut dan kembali sapukan creamcheese, tabur milo. Ulang sapukan biskut, creamcheese, milo sehingga biskut habis.
Last tabur sebuk biskut jea...

Komen suami, …

#muhamadthaqifaiman 1st birthday gifts

Image
Assalamualaikum...
Walaupun takde parti hari jadi gempak-gempak.  Thaqif masih bertuah dapat hadiah dari kesayangan dia.


Berus gigi dan ubat gigi dari cik ngoh... Cik ngoh misi gigi, haruslah hadiah dia camgini. Thank you cik ngoh!
Baju dari atok. OMG Pink! Hihi.
 Atok dah lama dok zikir kat telinga ibu belikan baju singlet je tapi tak beli-beli pun sebab papa tak suka anak seksi-seksi nampak lengan.
Terima kasih atok, opah. Tahun depan Thaqif dok taska jangan nangis rindu okey...(ayat psiko sangat)

Motor tayar 4 hadiah dari cik na.
Kelu lidah ibu tengok cik na bawak keluar ni untuk awak.
TQ cik na...moga murah rezeki cik na sekeluarga...

Bangun pagi je terus naik motor. Suka sangat...

Pastu sepupu Thaqif, Arash pun ada kasi hadiah mainan Boboiboy yang tebus stiker kat 7e tu. So sweet. Tapi gambar boboiboy nanhadoo sebab boboiboy tido rumah opah.Hahaha...

Ibu, papa nanhadoo belikan hadiah beria-ia pun. Ibu order kek birthday tu jelah. Buntu nak beli apa sebab kadang dah hari-hari bel…

Wordless Wednesday : The Teat

Image
Assalamualaikum...
Clue : bukan anak lipas yang gigit.
T__T

Pernah jadi begini jugak tak?

#muhamadthaqifaiman 1st Birthday

Image
Assalamualaikum
Thaqif 1st birthday- memang teruja untuk celebrate, do everything. Nak order sebiji kek pun dah pening jugak. The deco, the flavour. Hahaha... Over sangat...
Then husband kata, ala baru 1st year, Thaqif pun tak tahu apa. Tak payah la celebrating macam-macam sangat. Siap buat label bagai nak buat goodies semua since mak tok Thaqif kebetulan turn buat bacaan yassin kat rumah dia sehari sebelum birthday Thaqif. Kira nak kasi goodies la kat orang baca yassin tu.Tapi tak jadi goodies bagai pun sebab masa suntuk nak cari barang untuk masukkan goodies tu. Suami jauh nak merengek-rengek pergi situ sini. Suami balik pun dah terus nak pergi KL, balik dari KL dah majlis bacaan yassin.
Since mei banyak sangat nak celebrate, kakak pun nak belanja makan, maka kira kita tukang sponsor kek. Tapi last minit tak jadi jugak. Cik Nuar ada kursus, anak-anak pun naik bertih pulak, maka mereka sekeluarga tak balik KB.
Kek dah order, marilah kita proceed je celebrate. Sabtu, 8.5.2015, moh le…

throwback and falling in love

Image
Assalamualaikum...

30.4.2015. before ke kl sempat buat surprise kat suami tersayang.  Theehehe...

Layan gambar okey. Semua benda ni i'olls dah siap-siap setup sehari sebelum kat dalam bilik sebelah. Nasib baik ada bilik kosong kat rumah tu. Kikiki...

Bukak je pintu bilik nampak lilin kecik


Disisi bilik gantung LED light/fairy light disulami gambar-gambar. Double tape takde nak sangkut bikin ala renda ke apa tang fairy light tu, sangkut je kat tingkap dan tempat sidai towel.
Gambar dari zaman study aka bercinta-tunang-nikah-ada anak

Tak nak bagi kosong punya pasal...boh gambar anak yang buat muka etc. Comel dak Thaqif?
Tapi nak bagi 'surprise' tu bukan senang hookey. Pelbagai dugaan dan cabaran juga. Nasib baik isteri kreatif, putar alam dan bermanja. Suami pun elok je plak follow the flow je malam tu.

Memula plan, tidurkan anak pastu suruhh suami mandi-maka sempat la pasang lilin then kasi surprise. Nanhadoo, suami dan-dan nak mandi jugak time kite nak tidurkan anak. Suam…

the preparation of a surprise for husband

Image
Assalamualaikum...
Dah setahun PJJ. Anak pun dah setahun jugak.
Alhamdulillah dah boleh manage masa dengan anak semua.
Insya-Allah suami balik sekarang bilik dah tak tunggang-langgang, toilet berkilat wangi-wangi, dah manage untuk masak-masak sambil bergurau senda seperti zaman tak de anak dahulu dah.
Muahahaha...

Believe me, surprise element in a relationship always work.
Whether in work or relationship do put effort and love, so we will get the best result.
 Pendek kata, ia salah satu elemen membuatkan ikatan kasih sayang itu lebih kukuh- insya-Allah.

For me, cabaran bila PJJ. Less communication. Sesekali suami balik pun dok perabeh masa dalam kereta je banyak.Vroom sana, sini. Masa untuk manja-manja tu terhad sangat.

Azam baru kite sekarang, setiap kali suami balik mesti nak buat sesuatu yang istimewa gituu. Last month, suami balik kite jamu menu dari air tangan kite.

Kali ni suami balik, marilah kita bikin 'throwback and falling in love' pulak.

Just do some room decorate …

KL/ Selangor Vocation

Image
Assalamualaikum.
1.5.2015, gerak ke KL. Whole way to KL Thaqif takde la meragam sangat. In control je. Mungkin lapar, tengah hari tu dia macam cranky kejap. Berhenti di R&R, order nasi putih dan sup ayam untuk Thaqif. Puas hati, suku pinggan dia makan. Adeiii... Kuat makan!
Malam bermalam di rumah anak mak muda di Seri Kembangan.Abah dok nak makan nasi arab pergi Cyberjaya tu, tapi  full house, beratur panjang benorr, dengan Thaqif yang cepat bosan, tukar plan. Lastly hadap menu kedai mamak jelah. Tak de rezeki. Thaqif selamat tidur dah. Kat kedai mamak dok tungtangtung ketuk kuali, bising macam hape dia tidur tak berkutik pun. 
2.5.2015, pagi-pagi dah keluar dari rumah anak mak muda tu. Jalan-jalan ke Putrajaya. Sampai Putrajaya, Thaqif mentidur tak sedar apa. Dah naik sampai puncak menara yang ada sejarah bagai tu pun, turun balik pun tak sedar-sedar. Fuh! 



Last, kejut jugak la dia, bukan hari-hari kita sampai Putrajaya ni anak oitt...Hikhokhik...








Next, pergi kenduri mommy Ella…