Skip to main content

Posts

Showing posts with the label solidfood

#muhamadthaqifaiman solid food : ChawanMunshi

Assalamualaikum... Ibu mood malas memasak (untuk diri sendiri) tapi kesian tengok telur sebiji terkontang-konting kat dapur tu. Kebetulan plak tengok ada mummy kat kelab bento share buat bento chawanmunshi untuk baby dia. Bahan pun macam cukup je. Apa lagi, marilah menggodak menu baru untuk Thaqif. Muahaha... **Resepi untuk anak yang pass telur. Resepi olahan sendiri, dengan bahan minima untuk baby. Bahan-bahan :  1 biji telur, 1senduk chicken stock, ayam, lobak merah, dan brokoli. **any sayur yang baby dah pass. Cara-cara : 1. Ayam, lobak merah, dan brokoli di rebus sekejap **kite guna yang sedia dimasak dengan sup dah. 2. Toskan bahan yang direbus, masukkan ke dalam bekas, cawan kosong. **kite guna bekas untuk kukus apam polkadot tu je. 3. Pukul telur+ stok ayam+ kicap(optional) 4. Tuang dalam bekas yang berisi ayam dan sayur. Kukus dalam 10 minit. **kite kukus guna lunchbox sahaja, bawah masak bubur, atas kukus chawanmunshi ni. Thaqif mak...

Dragon Fruit With Yogurt and Honey for #muhamadthaqifaiman

Assalamualaikum... Hi! Meh share resepi baru yang dicuba pada #muhamadthaqifaiman. Ibu excited je bila bab memperkenalkan menu baru kepada #muhamadthaqifaiman. Maka, sediakan menu ala fruit salad tu. So menggunakan dragon fruit+ yogurt + madu (untuk tutup rasa masam yogurt). And Thaqif reject... Berkerut dahi joo. Tak nak terima rasa masam yogurt. Hahaha... Maka ibu la tukang perabes. Thaqif reject tak bermakna every baby pun reject. Cuba la ye. Kalau takut nak kasi madu kat baby mungkin boleh ganti dengan puree kurma/epal untuk rasa manis tu. Ibu kasi Thaqif dragon fruit jer, dia makan dengan selera, siap menjerit-jerit la bila ibu lambat suap, atau nak betulkan kedudukan buah dalam tangan dia.  **Thaqif dah start nak makan everything sendiri. T__T dah besar dah anak ibu. Sobs. cepatnya masa berlalu.

Pasta Ala Carbonara untuk #muhamadthaqifaiman

Assalamualaikum... Lama tak kongsi menu anakda. Sendu sikit masak untuk anak sekarang sebab dia dah kurang makan. Dah puas ibu tukar-tukar menu pun tak jalan sangat.  Mungkin kerana dia lebih aktif sekarang kurang dah nak makan Tapi tengok kita makan laju dia  ke arah kita. Mungkin perasan dah besar sangat atau terasa lapar juga tiba-tiba. Dah. Marilah berkongsi resepi sekeping. Biasalah ibu memang champion bab masak campak-campak ye. Hari ini mari kite kongsikan menu pasta tapi versi ala carbonara sebab bau dia sebijik sebijan carbonara. Sedap... Ibu Thaqif menggelupurr je nak paw. Bahan-bahan: 1. Bawang merah 2. Bawang putih 3.Unsalted butter 4. Ayam beberapa hiris 5. Tauhu 1/2 6. 1 biji tomato 7. Brokoli 8. Chicken stock Cara-caranya:  Tumis bawang merah+bawang putih guna unsalted butter brand anchor.Masukkan ayam segengam,tumis sama hingga masak, masuk tauhu 1/2,tomato 1biji, dan brokoli. Biar hingga sayur layu gitew. U...

Restock Makanan Anak

Assalamualaikum... Pheww... Dah lama kot kite tak shopping bahan makanan untuk anak banyak-banyak.  Selalu beli satu dua jenis seminggu sekali, pastu frozen. Try menu baru pun camtu la, baki frozen jugak. Mihmihmih... Dah few menu pun tukar-tukar, tapi camtulah, ibu malas snap picture, pastu malas update. Sibuk. Kelmarin bukak peti, fikir menu anak untuk semalam terus blank. Peti kosong, ada susu sahajoo... Pasta pun ada secoet je. Lepas untuk 1 hari.  OMG! Terus panik. Kena pergi shopping ni. Mata dah terbayangkan Giant. Sharp je kol 1pm, laju-laju jalan pergi bandar KB. 1.20pm masih terhegeh-hegeh beratur kat Maybank, dah kol berapa nak sampai Giant itu. Terus tak jadi keluarkan duit. Panas perit. Malas je nak jalan, tapi terbayang anak nanti lapar, terus semangat balik. Grab everything I need. 1.46pm dah keluar dari Giant. 1.54pm selamat sampai pejabat. Hoi... Laju betoii jalan... Tengok barang-barang yang dibeli, senggih sengsorang. Puas hati san...

Chicken Soup for #muhamadthaqifaiman

Assalamualaikum... Bila ibu dah masuk dapur memasak untuk anak tersayang. Semua pun boleh okey... Ibu pun kind of bored asyik masak bubur kosong + puree buah/sayur untuk Thaqif. Pasta bolongonese pun dah pass. Now, new phase chicken soup. Pheww... Dah perkenalkan ayam untuk Thaqif bersama pasta bolongonese itu.  Maka, kini jadikan ayam itu sebagai perasa utama. Sup ayam. Masak sup ni sap-sap soi jer... Kite masak sambil layan Thaqif ekkekk nak tidur. Saja nak cakap betapa cepat dan senangnya nak masak sup. Kahkahkah... Bahan-bahan : 1. Ayam 1 ekor (kite buat 5ketul ayam jer- buat bebanyak bukan makan habis pun) 2. Bawang holland 1 biji 3. Bawang putih 5 ulas 4. Halia 2 inci 5. 4sekawan (sup bunjut pun boleh-all in 1 bunjut) 6. 2batang carrot 7. 2 batang saleri 8. Sedikit minyak zaitun untuk menumis (kite terguna minyak biasa jer pasal kalut dengan Thaqif ekkekk nak tidur tu) Cara-caranya :  Tumis bawang putih+bawang merah+4sekawan ...

Pasta Untuk #muhamadthaqifaiman

Assalamualaikum... Remember my last entry about never to late itu? Semalam kasi bekalkan anak ke rumah opahnya dengan kentang + ikan bilis + madu + Pevoo sahaja. Pastu balik kerja semalam tak terus bersusah-payah memasak bubur. 9.30pm baru terhegeh-hegeh ingat pasal makanan anak untuk hari ini belum siap. Mata dah mengantuk kalau nak tunggu masak bubur. Immidiately check the kitchen. Pasta ada, tomato ada, ayam ada. Marilah kite merealisasikan mimpi menghidangkan anak dengan menu pasta... Memula nak mula masak. Freak! Aiseehhh! tak de resepi. Macam mana nak buat? Malas nak surf tenet memalam. <rasa nak simpan segala bahan balik doh> Namun! ting! Minda menjana resepi dengan pantas. Bahan-bahan : 1 biji tomato 1 kiub puree carrot Isi ayam PEVOO Pasta baby (Heinz) Cara-caranya : 1. Rebus 5sudu teh pasta baby. Sekejap je pasta baby ni lembut sebab tekstur yang halus sajoo. 2. In other pot, rebus tomato dengan kulit hingga kulitnya pecah aka mengelu...