#muhamadthaqifaiman solid food : ChawanMunshi

Assalamualaikum...

Ibu mood malas memasak (untuk diri sendiri) tapi kesian tengok telur sebiji terkontang-konting kat dapur tu.
Kebetulan plak tengok ada mummy kat kelab bento share buat bento chawanmunshi untuk baby dia.
Bahan pun macam cukup je.
Apa lagi, marilah menggodak menu baru untuk Thaqif.
Muahaha...

**Resepi untuk anak yang pass telur. Resepi olahan sendiri, dengan bahan minima untuk baby.

Bahan-bahan : 
1 biji telur, 1senduk chicken stock, ayam, lobak merah, dan brokoli.
**any sayur yang baby dah pass.

Cara-cara :
1. Ayam, lobak merah, dan brokoli di rebus sekejap **kite guna yang sedia dimasak dengan sup dah.
2. Toskan bahan yang direbus, masukkan ke dalam bekas, cawan kosong. **kite guna bekas untuk kukus apam polkadot tu je.
3. Pukul telur+ stok ayam+ kicap(optional)
4. Tuang dalam bekas yang berisi ayam dan sayur. Kukus dalam 10 minit. **kite kukus guna lunchbox sahaja, bawah masak bubur, atas kukus chawanmunshi ni.

Thaqif makan abes seketul je. Dia memang la susah nak terima benda-benda ala tauhu-tauhu kot. Nak makan versi yang crunch aka gigit ada bunyi je. Orang baru nak naik gigi ken.





Comments

  1. tag http://belongtomee.blogspot.com/2015/04/nourain-gorgues-give-away.html

    ReplyDelete
  2. Wahhh..menarik ni...t le try jugaklah..sedap tgok..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1