Posts

Showing posts from April, 2014

M2B : Check-up 38 Week 2 Day

Assalamualaikum...
Already bercuti minggu ni... Ambil masa dan peluang bercinta-cinta dengan suami tersayang.Huhuhu...
Semalam pergi check-up dekat KD seperti biasa. Everything normal... Nurse kata plak eh dah start cuti ke? Baby macam tinggi je lagi takut lebih hari pun tak tahu nanti. Rugilah cuti. T__T Tak kisah ler.. Redha. Suami di dahulukan... Hewhew...
Esok husband dah nak gerak pergi johor. Pergi awal, rehat-rehat sana kenal tempat dulu... Emosi? Hari ni cool ag... Esok? Tak janji... Hope okay... Last preparation husband things... Last minute, semalam dapat surat cakap husband terus orentasi untuk 2minggu.  Pagi ni dapat call kena bawak cadar putih, baldi jugak untuk orentasi tu. Kabut nak cri last minit...

He most worried...me trying to be cool jer...
Nth la...soon later he be gone, now dah tk kisah sngat part bila nk bersalin... Before he leaving, alhamdulillah. Kalau selepas, hope he got the pass to be home as I delivered. Klau over due date, pun tak pe ngam lepas habis ore…

M2B : Check-up 37 Week 2 Day

Assalamualaikum...
Semalam pergi check-up. Seperti biasa semua pun okey. Berat badan naik 1/2 kg je lagi. Maintain macam minggu lepas. Pastu MC kan diri. 
Balik ke rumah mak mertua sebab surat daripada Jabatan Imegresen untuk husband lapor diri itu sudah sampai... Huaaaa... Sedih amat suami dapat nun di Johor sanaa... Sangatlah perlu bertabah...  Kelantan vs Johor...
So, since bakal berpisah jauh... Kite dengan rela hati buat keputusan untuk mula bercuti, hari ni hari terakhir di pejabat. Mahu temankan suami sepanjang masa. Honeymoon berdua, relaks, santai, berjalan-jalan banyak-banyak dengan harapan cepat bersalin sebelum suami pergi lapor diri dengan itu saya takkan berkeseorangan dalam labour room nanti. Boleh?
Hari selasa tu tahu masa tahu husband bagitahu surat dah sampai rumah mak dan dapat kat Johor. Nangis-nangis mengadu kat bff.  Motivate diri sebelum husband sampai rumah... Husband sampai cool-cool, happy-happy untuk dia jela...
Semalam dok tunggu magrib, tengok husband pej…

Dilema. Nak mengadu.

Assalamualaikum...
Hover sangat itu tajuk entri... Well, kind of laa... Rasa nak menangis (tadi laa...)
Sebab? Husband kawan kepada officemate kite pun lulus temuduga Pegawai Imegresen macam husband kite jugak. Dia dah dapat surat. Hoorey for him. Lega, insya-Allah kite agak mesti husband kite pun dapat surat dalam 1-2 hari ni ken. Pastu korek-korek le dengan officemate tu bila tarikh lapor diri etc... Berderau darah dengar, lapor diri terus kursus induksi dan kursus asas pegawai imegresen tu 27 April-27 Jun 2014... 2 bulan... While I'm going to labour anytime... Rasa nak menangis la kan... Boleh dapat cuti/ excuse daripada kursus ke kalau kite nak terbersalin nanti tu?  Macam-macam fikir. Hope husband ada disisi masa bersalin nanti. Tak nak ada situ sorang-sorang sambut baby. Sobss...
Then... Kite fikir positif, 2 bulan tu husband jauh... 2 bulan tu kite masih bercuti.  Bersyukurlah, tak perlu kite nak susahkan abah hantar ambil kite kat tempat kerja. Duduk rumah jer, layan anak…

Parcels Here. Gift for Baby.

Image
Assalamualaikum...

Hari isnin, sampai-sampai je rumah tengok ada tiga parcel...
Hati terus berbunga-bunga tak sabar nak bukak.
Parcel pertama, stok Qaseh Gold kite la...
<TQ kakak sayang tolong order Qaseh Gold seperti selalu.>
Letak tepi dulu. Hahaha...

Parcel kedua dan ketiga itu.


Hat balut dengan pembalut hadiah comel tu tight yang kite minta tolong blogger Sheila belikan tight baby with socks.

4pcs RM28 je. Harus cepat-cepat tumpang order. Beli 2 set, 1 set untuk 0-6m, lagi satu 6-12m. Motif kot-kot baby jenis cepat besar... Ibu yang kedekut memang begini.


Bukak yang 0-6m dulu... Omey ken?

Gambar owlie itu cantik tapi pink. Blurr... Risau plak kalau baby boy nanti acaner? Jambu la jadiknya anakku... Hahaha...
Tak mengapalah, simpan bagi dekat adik-adik baby nanti, tak pun bagi hadiah kat anak-anak kawan yang akan bersalin ke kens. Positif aje...
TQ Puan Sheila tolong belikan untuk baby kite. Comel-comel semuanya... Tak sabar nak pakaikan kat baby nanti.

Parcel seterusnya, m…

M2B : Tanda-tanda Nak Bersalin...

Image
Assalamualaikum...
Kala menghitung hari menunggu kelahiran si kecil kami, haruslah mengambil tahu pasal tanda-tanda nak bersalin jugak.
Engages (Rasa macam ye kot, sebab ramai tegur perut dah turun dan bila duduk rasa tersepit)Kerap Membuang Air Kecil  (Ini selalunya normal la sebagai perempuan mengandung)Sakit Belakang di bahagian bawah (Ni belum datang lagi over sakit ke apa)Kontraksi Braxton-Hicks (kalau baby mengeras tu dikira, yes ia agak sering berlaku)Cirit-birit (normal je jugak, tapi sekarang bab poopoo ni agak mudah sikit - orang kata dah dekat la tu)Keputihan ( biasanya normal tak banyak pun, tapi sehari dua ni memang lebih dari biasa)Lendir dan pendarahan (bloody show) - not the time yetAir ketuban pecah - so not the time yet Explaination yang lanjut camne tanda-tanda kat atas tu, rujuk SINI.

Masa pergi check-up 36 minggu tu, nurse pun cakap benda sama jer tanda-tandanya terutama dua tanda last tu yang sangat nurse tekankan sebab it's  the time to go to the hospital.

C…

Makan ala zaman bujang-berdua

Image
Assalamualaikum...
Since hari Rabu abah pergi mengikut pak cik pergi berjalan-jalan ke Gua Musang, tinggallah kami husband-wife berdua sahaja dirumah.  Balik kerja rasa penat yang amat, rasa nak tidur jer, serasa kalau tak main game masa menunggu suami tu pun boleh tertidur kot. Bila husband sampai cakap tak larat nak masak, cakap nak keluar makan lepas magrib / isyak ke nanti sebab nak balik rehat dan tidur dulu.  Balik rumah, tak tertidur-tidur pun, sibuk dok borak-borak relaks dengan suami. Bila suami bangun pergi mandi, kite masuk dapur. Godek makanan yang ada. Lapar tetiba.
Then jumpa sardin, suhun pun ada, terus basuh beras masak nasi... Mood nak makan kat luar tu terbang pergi sudah... Kecur liur terbayangkan menu kala kami berdua di KL dahulu. Menu sardin simple bersama telur dadar.
Suami siap mandi, kite pulak mandi then sambung masuk dapur. Suami dah tergeleng-geleng kepala tengok gelagat isteri dia. Tadi beria penat tak larat itu ini. Ni dah masuk dapur masak-masak pulak.

M2B : Chek-up 36 Week 4 Day

Assalamualaikum...
Hari khamis 10/4/2014.
Check-up macam biasa, alhamdulillah baby sihat dan aktif. Berat bertambah 1/2 kg jer kali ni... Pelik jugak, rasa macam makan tak berhenti pun. Minggu mood makan nasi kukus, hari-hari nasi kukus.
Tak kisahlah sebab baby sihat, tambah lagi 2cm tang perut. HB dah naik! On the border je pun, 11.0 tapi okey la nurse tak komen-komen dah.
Hiks. Demi baby, penat pun kite jalan jugak ke hospimart tu hari-hari untuk  nak cari jambu batu.

Malu bila tetiba husband tegur perut dah ada strechmarks dah sikit walaupun hari-hari dok sapu vcoa semua. Demi baby, kite sanggup jela ada strechmarks sambil terus berusah untuk menghilangkannya juga nanti.

 Claim off daripada OT, konon nak setel few things disamping pergi check-up. But everything going mess... - Not to talk about it, maybe not the time yet to settle everything. Be positive.
Apa yang patut diselesaikan tak selesai, tapi tak sia-sia juga cuti.
Cousin husband yang di-warded dah boleh keluar dan minta t…

M2B : Teknik Pernafasan Ketika Bersalin

Assalamualaikum...
36Weeks ++,  Ber-whats app dengan kawan yang baru melahirkan, dia bagi moral support kat kite about bersalin dan suruh praktis teknik bernafas yang betul. Terus kite risau. Blurr... Tak terfikir pun pasal teknik bernafas ni ke hape. Yang tahu teran kuat dan beranak jela. Apa nak jadi dalam labour room tu redha... Usaha-usaha nak mudahkan bersalin pulak, buat urutan perineum, banyakkan berjalan, nak bagi bukaan cepat tu buat jalan itik gitu jela. Terus tanya kawan tu cemana teknik yang betul. Terus dia ceritalah sikit-sikit pengalaman dia. Sesambil kite google jugak pengalaman orang-orang lain. **Bernafas melalui hidung, hembus melalui mulut.  (I did this always kot bila baby moves to much dan sebabkan bahagian bawah tu ngilu sikit, atau bila baby asyik mengeras je - baru tahu its good for birth later) **Jangan curi nafas masa hembus nanti baby masuk semula. **Tarik nafas dan lepas melalui mulut pendek-pendek tak apa tapi relaks.  ** Jangan teran sebelum doktor/bidan/nu…

Sembang Wall's Selection Strawberry Cheesecake

Image
Assalamualaikum...


Puas hati semalam dapat menikmati Wall's Selection Strawberry Cheesecake ni...  Hehehe... TQ suami sayang yang rajin melayan kerenah isteri dia sorang ni. Penat-penat balik kerja pun sanggup keluar lagi semata-mata nak beli aiskrim ni.

Should hari ni pergi check-up tapi dua-dua driver sibuk. Terpaksalah  tunda esok pagi pergi check-up.  Nasib baik nurse baik hati, walaupun esok bukan hari klinik, tapi sanggup compromise untuk kite check-up esok. Hiks...
Makin nak dekat deliver ni, macam-macam pulak rasa nak makan tu. Feeling macam nanti kena pantang everything itu suatu penyeksaan... Mujur suami layankan sahaja.
Pastu, makin dekat deliver ni jugak asyik dok belek page jual toys, cloths untuk baby-baby. Alahai tomey. Geramnya nak beli... Nasib baik RM semua dah keluarkan dari ATM kalau tak mahu kite bershopping sakan thru online.
Memang perasaan mak-mak beginikah cepat cair dengan barang anak-anak? Huh!
Walhal sebelum ni sangat set minda tak mahu manjakan /mewa…

Blogger Giveaway by Tasbih cintaku

Image
Assalamualaikum...
Again, marilah men-join contest setelah berkali-kali di jemput oleh cik mah.  Marilah kite join jugak sebagai support kawan-kawan blogger kite yang tersayang hokey...
Tak pandai review, tapi kite mencuba.


Kite kenal cik mah zaman b2b, rajin cik mah DIY untuk wedding dia. Sekarang makin maju dengan perniagaan yang berasaskan DIY jugak di page TASBIH CINTAKU.

Berbalik pada tasbih cintaku ni, masa kite nak kahwin dulu pun sempat order dengan cik mah 100pcs tasbih cintaku ni dengan cik mah untuk dijadikan doorgift kepada pihak lelaki...
Kite puas ati sangat dengan hasil tangan cik mah, comel dan kemas jugak.
Boleh refer entri SINI.

Hasil yang kite order dari cik mah dulu.

So kalau korang nak tak ada idea lagi untuk doorgift masa majlis perkahwinan/cukur jambul/aqiqah dan sewaktu dengannya boleh order tasbih cintaku dengan cik mah di page TASBIH CINTAKU.

Boleh request jugak untuk terus letak dalam uncang organza atau dalam kotak plastik seperti dibawah ni. Lagi senang, …

Alhamdulillah...Syukur... Speechless

Image
Assalamualaikum...
Alhamdulillah...Syukur... Rezeki dari Allah. Rezeki baby. 

Sekian kali mencuba. Kali ini rezeki menyebelahi suami kite. Tak apelah jawatan kecik pun yang penting kerja tetap.
#Berdoa dapat penempatan dekat dan lapor diri selepas kite bersalin. I wish.

M2B : 36 WEEKS AND COUNTING DAYS

Image
Assalamualaikum...
So dah masuk 36 weeks, dah feeling-feeling counting days to deliver a baby.  Our junior.
Kite kadang terlalu nervous waiting for the time, nak everything smooths, good etc.  Kata orang no worries, jangan terpengaruh sangat dengan cerita melayu tang sakit nak bersalin jer macam tak boleh tahan sangat dah walhal daripada cerita realiti hat kite dengar, sempat lagi nak solat ka, pergi makan etc. Nak-nak kalau anak sulung sebab kadang jalan tu lambat nak buka. Maka, relaks-relaks enjoy sudah.

Tapi kadang-kadang terpengaruh jugak dengan cerita melayu tu, sungguh ntah apa-apa. Mungkin kerana 1st time exprience kan? tak tahu lagi macam mana sakit bersalin kite. Eh ada jer orang kata, tak sakit pun, tapi tup-tup pergi check jalan dah buka sampai 3-4cm, terus kena sorong masuk labour room.
So since counting days dah, kite selalu pastikan : 
1. Handphone kite dan husband full dengan bateri. Kalau nanti dah sampai masanya, nak bagitahu kat family ke etc taklah 'bateri low…

M2B : Bakul peralatan baby...

Image
Assalamualaikum...
Saja nak show off bakul peralatan baby yang kite dah susun-susun. Mihmihmih...
Whats inside : Cotton ball (guna untuk lap montot baby kalau poopoo nanti. -aipp celup air dulu baru lap)Wipes (guna lap montot baby jugak bila baby weewee / tukar pampers)Roll tissue (lapik bawah pampers masa nak tukar pampers bila baby poopoo dan weewee)Baby Bath (saja je join sekali - nanti baby born didalam bilik air la tempatnya)Baby Shampoo (saja je join sekali - nanti baby born didalam bilik air la tempatnya)Baby talcumBaby losenOlive oil / Baby OilMinyak telonMinyak herbanika (mommy punya)Cotton buds yang kecik untuk baby.

Agagaaa... Few things yang patut jugak include dalam bakul ni yang belum kite masukkan :

Spray bottle (perlu tika tukar pampers baby)TermometerNail Clipper

M2B : SET BERPANTANG DAH BELI-COMPLETE-FINAL.

Image
Assalamualaikum...
Baru perasan tak update lagi bab set berpantang yang kite beli. Sebelum ni pening-pening pilih set berpantang. Lepas a moment decide membeli set berpantang tanemara dan tak nak pilih lain lagi dah... Akan tetapi berdasarkan rasional dan juga berjimat cermat, kite kembali memikirkan diantara kehendak dan keperluan... Blink-blink hangat nak habiskan RM400 untuk set berpantang sahaja dimana tak termasuk dengan minyak herba / herbanika NR yang kite suka guna tu lagi.  Maka, kite survey lagi di FB kedai online yang ada jual set berpantang termasuk yang loose item bagai di SINI . Check the price of loose item, banding harga semua. Pastu baru insaf rasa tak semua dalam set tanamera tu yang akan kite guna. Tapi ada jugak benda kite nak tapi tak ada jual loose item macam teh halia ke apa yang dalam set tanamera tu (which most user cakap bagus sangat untuk lawas / buang angin). Namun dengan semangat berjimat, haruslah positif, tak ada pun tak apa kite usaha cara lain pulak.

M2B : Kaki Gemuk

Image
Assalamualaikum...
Still in 35 Week +, Kaki dah menunjukkan kegemukan @ sembab sudah...


Tidur semalam pun adalah tak lena disebabkan kekejangan walhal kaki dah lapik Tete (bear penyu)kesayangan tu. Huks. Sabar jela. Bangun pagi-pagi mengadu dekat husband tapi kena marah balik sebab tak kejut dia suruh teman kite. Walhal kesian ganggu waktu tidur dia. Heks.

Huhuhu.  Makin menerima kenyataan I will deliver a baby soon...
Nervous dan tak sabar jugak tunggu menatap wajah the little one....

Husband pun dah siap-siap masuk beg baby dalam kereta. Takut kite terbersalin awal ke hape la kot.
Abah pulak kata, 'lambat lagi sebulan kan'

Due-nya sebulan lagi, tapi sekarang pun dah layak untuk bersalin.

M2B : Check List Barang Mommy dan Baby ke Hospital

Image
Assalamualaikum... Fuh.Fuh. After segala barang mommy dan baby dah siap lengkap dibeli. Marilah berkemas pula barang-barang untuk ke hospital.

GL pun kawan kite yang tolong print, dah dapat pun hari ahad lepas.
Alhamdulillah kite punya beg dah siap-siap since dah ada yang menegur perut pun macam dah turun, bahagian bawah ari-ari tu mula rasa senak kala baby kicking, dan berjalan lebih (which before kite tak rasa begitu pun).



My listing for short vocation at hospital as below, let's check it out!

**Kalau ada missing dalam list kite ni, do info k kekawan.


DADDY SHOULD CARE :

i) Pendaftaran mummy di labour room Kad PengenalanBuku Merah Ibu MengandungGuarantee LetterSurat / Kad Nikah (my friends kata sesetengah hospital mintak)ii) Persediaan kelahiran baby (labour room) Pakaian baby - 1 pasangMitten & Booties PampersBedung baby MOMMY BAGS : TualaToileterries (sabun, berus gigi, ubat gigi, pencuci muka, deodorant, sikat, getah rambut)Stokin - 2 pasangSweater - 1 helaiKain batik - 2 hela…

Diari Dapur : Banana Filled French Toast

Image
Assalamualaikum...
Lama dah rasanya tak kongsi diari dapur kite sebab makin malas nak masak.  Kalau masak pun simply-simply sahaja dengan kekadang telah dimanjai oleh abah dan suami tersayang dengan kata-kata kalau penat tak payah masak kita beli bungkus je.
Semalam dok google aih terpandangkan resepi Banana Filled French Toast ni. Macam terliur nak buat jer lagi-lagi pisang tengah ranum ada kat rumah. Semakin berkobar-kobarlah nak masak breakfast pagi ni...  Alang-alang balik kerja semalam singgah di Econjaya, belilah roti bata tu... Rasanya memang yummy! Resepi kite ada olah sikit dari yang asal. Check it out!
Bahan :  1. Roti Bata 2. Nutella / Peanut Butter Lady's Choice (kite guna Lady's Choice yang peanut+coklat) 3. 3 biji telur 4. 1/2 cawan susu kotak (kita guna evaported milk sebab lupa beli susu kotak) 5. 1 sudu kecil esen vanilla 6. 2 biji pisang (di hiris bulat) 7. Butter (kite guna majerin adela)
Cara Penyediaan : 1. Masukkan telur, susu dan esen vanilla dalam mangkuk…