Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Wedding

print gambar lagi

Assalamualaikum. Hello world. Mood happy. Suami dibumi kelate doh arini...  Mood lagi happy sebab 2nd time claim free print 50 keping gambar...1st time claim free print SINI . This time print gambar bersama suami tersayang dari zaman bujang-tunang-pre-wedding-nikah-sanding-post wedding-parents now. Order Khamis last week, Selasa hari tu dah sampai dah. Servis terbaiklah! Saje malas story sebab ni sebahagian dari surprise. Kikiki... Tak nak kantoi punya pasal siap guna emel kakak lagi tau. ***************************************** Selingan... OFF to Selangor/KL tomorrow to attend my bff wedding. Sambil menyelam minum air.  Sesape rasa nak produk SEQYBEAUTY   All ready stock  -BBCream code 1,2,3 -Cleanser -Sakura Mask boleh je order untuk COD area berdekatan seri kembangan, kota damansara, subang bestari, damansara utama, IKEA, cheras, taman melati silalah whatsapp  0109064732 Booked from my friends.

W-Preparation : Ntah apa-apa

Assalamualaikum... Asyik merewang cerita pasal benda lain je. Cemana wedding preparation oii? Down jap. En.Tunang asyik kerja-kerja-kerja. Tak dapat cuti. Cuti kena beku. Kami pun tak terambil lagi kursus kahwin atas sebab-sebab diatas.  CNY pun, sekejap dia cakap nak balik, kejap, tak jadilah sebab anak buah nak berenti kerja, semalam cakap lagi, balik. Confuse saya. Huh! En.Tunang, saya tak kisah awak balik ke tidak, yang penting dokumen yang saya minta untuk isi borang nikah setel! Progress bunga telur pulaks, elok saya cantum 55 kuntum bunga rose crepe tu, PUP! glue gun meletup... Dengan extension plug pun tak boleh guna. Apa-pun tak boleh. Maka tersadailah ia, disitu sahaja. 27/1/2013, sempat jugak keluar lagi, menjelajah Jalan TAR, masuk mydin cari hand towel untuk orang menolong didapur pada hari kejadian. Pulun 3dozen. 1 dozen = RM9.60 berbanding tuala good morning yang 6pcs RM24.00. Pheewww..Jimat okey! Update dengan kakak pasal Yassin + paper bag yang lebih...

Debaran nak menikah

Assalamualaikum... Huhu...Weekend hari itu, sempat meneman en.Tunang jumpa kawan beliau dari zaman kami belajar dulu, ex-housemate, beza course. Kami info pasal pertunangan kami dan tarikh perkahwinan kami. Serius dia terkejut. Ntah berapa kali dia dok tanya en.Tunang, 'Yeke dah nak nikah?' Saya gelak-gelak jelah setiap kali soalan itu terlontar dari bibir dia.  Hu. Dia nampak lelaki biasa, gila-gila berlawak tak tentu hala tapi dia baik. Macam-macam pesanan la, cerita yang dia share dengan kami pasal perkahwinan yang kekadang kami terlepas pandang... Tetiba kami rasa macam kami tengah kena ceramah kat abang-abang pulaks. Tapi kiteorang positif je, open mind je sebab kami semua dah kenal lama, sama-sama mengingatkan kalau ada yang terlupa. Dell tanya macam-macam, pasal barang hantaran, wang hantaran semua. Bla...bla...bla... Wang hantaran, kalau di Kelantan, mas kahwin = wang hantaran, yang mana akan menjadi hak milik pengantin perempuan.Dari dulu, saya memang ja...

Wed Preps : Corsage Idea

Assalamualaikum... Weekend bersama en.Tunang, berbicara tentang majlis kami... Melihatkan hasil DIY saya yang sudah siap, terus en.Tunang request untuk saya buat button badge atau seumpamanya untuk kaum family kami selitkan pada baju mereka... Siap cerita pasal wedding kawan beliau, mereka buat guna duit etc...  Tudia, hari tu, saya shopping barang DIY ada yang protes. Sekarang request kemain kan? Jadi godek-godek kat google, saya jumpa idea seperti dibawah : comelkan? mudah nak dibuat jugak... tengah memilih-milih yang mana satu sesuai nak buat... Excited bila tunang pun excited fikir pasal kahwin-kahwin ni. Hehehe... Bila dah siap DIY baru review kat sini ye... ^__^

Wed Preps : The Bunga Telor Extra Jimat (Roses Crepe Paper)

Assalamualaikum... Dari entri Penjimatan Extra ... Now... here... apa yang saya rombak balik atau buat penjimatan dalam persiapan perkahwinan ini, tajuk entri akan ada keyword 'Extra Jimat'. Hehehe... Hari ini nak share penjimatan Bunga Telor. Rentetan daripada percakapan saya dan en.Tunang semasa menunjukkan kepada beliau hasil tangan saya membuat Bunga Telor Crepe Paper Carnation seperti dibawah. En.Tunang suka. Pastu biasa saya suka cerita-cerita, how much the cost,  per paper crepe can create how much flower etc... Mula la soalan dia, tak boleh kecikkan lagi bunga, bagi 1 paper tu boleh buat banyak sikit bunga? Hamboi ko...request, den ni ha yang dok menggunting, mengelepet crepe paper untuk jadik bunga. Banyak komplin... Nyosal cherita panjang-panjang. Namun, hasil komen dan pandangan beliau la juga terbentuknya misi EXTRA JIMAT. Weekend itu jugalah saya menghabiskan masa online melalui HP, mencari tutorial-tutorial bunga-bunga yang lain boleh dihasilk...

Wed Preps : Penjimatan Extra

Assalamualaikum... Sorry dearie... Baru tulis tajuk entri dah terpost... Kesilapan saya. Ampun... Berkenaan tajuk diatas...  Talking on the phone with my dear fiancee on friday, knock myself about saving into our wedding... Maka, weekend yang tidak beraktiviti, kesepian, selain dari tidur, saya mula menyenaraikan kebanyakan harga yang saya dapat tentang itu ini wedding kami dan membuat anggaran kasar perbelanjaan itu. Dalam hati berkata, "Oh! My ..." Sebelum ni, mudah je on itu, ini... Tak perasan duit keluar / bakal keluar riban-riban.  Lepas tu bila gayut dengan en.Tunang lagi, feeling bersalah, dan terharu dan berkata padanya... " Thanks b...for work hard for our wedding, for the money that you spend for the wedding, i'm so touched. I love you b.xoxo" Seterusnya, saya juga membubarkan / mengubah beberapa perkara dalam perancangan perkahwinan kami. Minda tidak lagi, so beautiful, i want this, i want that for my wedding, here, there. No! ...

Wed Preps : OP Nikah + Outdoor Murah

Assalamualaikum... Hari ini nak cerita pasal OP... Kalau pernah baca actually OP termasuk dalam pakej bridal yang saya ambil tu. Dalam pakej tu saya dapat 2 roll shoot. Ikutkan saya pada mulanya nak split, 1 roll untuk nikah, dan 1 roll pada hari resepsi itu sebab malas nak terlalu banyak tukar baju ke hapa masa hari resepsi. Nak layan tetamu je, (gambar, tukar-tukar baju semua tu kira buat hari nikahlah).  Jimat kononnya... Lepas tu jadi sawan, tunang pun tak ada OP, gambar pun kurang, kahwin sekali seumur hidup u (insya-Allah), haruslah nak simpan kenangan banyak, rite? Ikutkan, boleh je tambah dengan bridal tu lagi untuk gambar hari nikah, tambah duit RM300 je. Tapi kalau boleh saya nak banyak-banyak gambar cantik, menarik, dan hasil kerja yang berbeza (banyak OP). Tapi bajet saya ciput je. Macam mana nak dapat tu? Balik-balik tanya OP paling murah RM950, which cover on nikah + resepsi + some outdoor  ada album bagai la.Gigit bibir jugaklah. Nak kena argue dengan e...

Wed Preps : Bunga Tangan Fabrik Almost done!

Assalamualaikum... He. Hujung minggu yang bermanfaat. En.Tunang kerja minggu ini, saya dirumah sahaja untuk dua hari ini. Sehari suntuk semalam memotong dan menjahit kelopak-kelopak bunga fabrik untuk buat bunga tangan yang comel.... first poddle 1 kuntum dua kuntum sejambak sudah Err...walau macam senget benget, terlebih besar or kadang terkecil tapi saya tetap berpuas hati dengan hasil tangan saya... Next step, touch up dengan kain net, riben, dan pasang pemegang dia. Done! Eii...tak sabar.tak sabar nak guna ni. #DIY tak la susah sangat, cuma kena rajin... Step paling malas saya dalam menghasilkan ini ialah potong kain. Walau apa pun... Sekarang dah siap. Hoorey...

Senarai semak kahwin

copy paste senarai semak dari blog orang lain. just nak confirmkan same tak dengan check list sendiri. Tarikh  Nikah : 1 Jun 2013 (sabtu) Resepsi : 2 Jun 2013 (ahad) Bertandang : (Belum ditetapkan lagi) Tempat   Nikah & Resepsi : Masjid & Rumah sendiri Masa  Nikah: lepas solat Zohor. Warna tema   Nikah,resepsi & bertandang : Putih+ Cream, Gold+ Dark Brown, Blue turqoise+ Silver Jurunikah/Pembaca Doa/Saksi   Jurunikah : Abah urus Saksi : tak pasti . Pembaca doa semasa Resepsi : tak pasti   Kursus kahwin & dokumen penting Duit hantaran: belum siap  Mas kahwin: belum siap  Kursus kahwin (Perempuan) : belum  Kursus kahwin (Lelaki)     : belum  HIV test : belum  Borang nikah : belum  Borang Tok Kadi: belum  Surat Akaun Bujang (Perempuan): belum Surat Akaun Bujang (Lelaki) : belum Borang Kebenaran Nikah: belum Tandangan wali : belum. Jumlah ...

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Assalamualaikum... As I promise. Review pasal butik pengantin yang sempat saya survey dan beberapa butik pengantin sekitar kelantan yang saya jumpa melalui Facebook. 1. Detik Indah Bridal / Elira Sri Pengantin - Lot 281-A, Sebelah Pejabat Pas Ketereh, Jalan kuala Krai, 16450 Ketereh, Kel . Tel : 017-9659120 / 019-9779559 (Kak Nora)  Ini butik pertama saya kunjungi dan booking, kenapa booking disini, boleh baca tentang pakej yang saya book disini . 2. Suzanne Bridal - Pt 739 Batu 7, jalan Kuala Krai, 16010 Mulong Kota Bharu, Kel. Tel : 019-9391786 / 012-9491789.  Butik kedua yang saya kunjungi, pelamin, baju sangat cantik. Terbaik, dan sangat tergoda cuma harga melebihi bajet saya. Pakej mereka tawarkan tanpa photog juga. Pengantin bajet macam saya tak mampu nak hire mereka, tapi mereka sangat ramah. Masa saya kunjungi itu pun mereka ada ramai pelanggan yang sedang memilih pelamin dan baju. Jadi, saya rasa mereka agak glam juga la dekat Kelantan. 3. Andam Sri...

Sudah booking Bridal / Pelamin.

Assalamualaikum... Selamat tahun baru 2013! Alhamdulillah, baru sampai dari kampung pagi ini. Terima kasih en.Tunang ambil saya dipagi hari. Berat hati nak tinggalkan mama, walaupun mama dah kelihatan sihat. Mama dan en.Tunang pula terpaksa pujuk. hehe. Tekad. Lepas 6 bulan kerja saya akan minta tukar balik Kelantan. Sambil menyelam minum air, saya sempat survey beberapa butik pengantin sekitar kawasan Ketereh, Mulong dan Wakaf Bharu sementelah kak Iena ada dirumah - mudah bergerak dan pemberi pandangan gred A tentang persiapan perkahwinan saya. Terima kasih kakak. Selepas survey dan fikir, saya decide ambil bridal yang dekat rumah je iaitu Detik Indah Bridal sebab senang, tak pening kepala, dan berbaloi la bagi saya.  Apa yang ada dalam pakej saya ialah : 1. Pelamin 1 panel 2. Hias meja makan 3. Hias bilik pengantin 4. Pintu gerbang 5. 3 pasang baju 6. 2x make-up 7. Aksesori  i. Lapik akad nikah ii. par dan alas iii.kipas dan lapik tangan i...