Skip to main content

Wed Preps : The Bunga Telor Extra Jimat (Roses Crepe Paper)

Assalamualaikum...
Dari entri Penjimatan Extra... Now... here... apa yang saya rombak balik atau buat penjimatan dalam persiapan perkahwinan ini, tajuk entri akan ada keyword 'Extra Jimat'.
Hehehe...
Hari ini nak share penjimatan Bunga Telor.
Rentetan daripada percakapan saya dan en.Tunang semasa menunjukkan kepada beliau hasil tangan saya membuat Bunga Telor Crepe Paper Carnation seperti dibawah.


En.Tunang suka. Pastu biasa saya suka cerita-cerita, how much the cost,  per paper crepe can create how much flower etc...
Mula la soalan dia, tak boleh kecikkan lagi bunga, bagi 1 paper tu boleh buat banyak sikit bunga?
Hamboi ko...request, den ni ha yang dok menggunting, mengelepet crepe paper untuk jadik bunga. Banyak komplin... Nyosal cherita panjang-panjang.
Namun, hasil komen dan pandangan beliau la juga terbentuknya misi EXTRA JIMAT. Weekend itu jugalah saya menghabiskan masa online melalui HP, mencari tutorial-tutorial bunga-bunga yang lain boleh dihasilkan menggunakan crepe paper, dan jimat lagi. Maka terhasillah bunga telor baru, Bunga Telor Roses Crepe Paper. -Nah! Nama panjang berjeda...
Tunjuk gambar jua...
I know ada senget, tak best... I still learning dear...lama-lama berlatih comey la tu..hahaha...


Nak tahu apakah penjimatan dia?
Pertamanya, saya tetap memilih material CREPE PAPER sebab murah. Beli 1 Bundle (50 keping) RM20.00, bermaksud RM0.40 sekeping. (JIMAT harga)
Keduanya, satu keping CREPE PAPER ini, boleh menghasilkan sehingga 8-10 kuntum bunga ros. Sedangkan kalau nak menghasilkan carnation, saya cuma boleh hasilkan 3-4 kuntum sahaja dengan 1 keping CREPE PAPER ye.( JIMAT Crepe Paper)
Ketiganya, ia lebih mudah untuk dihasilkan. tak perlu nak gunting, susun,lipat,gunting,dan mengembangkan dia macam bunga carnation tu-tet.tak tau cemana nak terangkannya. Gunting,lipat dan tarik.siap!  (JIMAT Masa)
Jimat wang lagi bila, dawai halus tu tak diperlukan lagi, dan tak perlu pasang reben dah, cukup letakkan crepe paper warna lain sebagai takung (seperti dalam gambar yang crepe paper warna dark choc tu - tak tahu nak cakap cemana en.paham-paham jela k. ampun.) , which anggap as daun. Saya guna kertas crepe tebal sikit untuk itu, sebab nak buat roses yang lain, tapi putar-putar tak jadi, jumpa tutorial yang ini, lagi mudah dan boleh guna yang nipis je. Kertas crepe tebal tu mahal sikit, RM 5.50 dekat Sin Yin, RM5.00 sahaja di kedai Yen Riben, tak silap ada promosi, beli 1 free 1 lagi. Jimat en? Siap ada yang polka dot lagi kertasnya. Tapi masa pergi beli hari tu, dah shopping kat Sin Yin baru nak masuk kat Yen Riben tu kan... Rugi je... Conclusion, kalau nak shopping tu, aim harga dulu baru shopping... Sebab 2 kedai ni je floor sama je, 20 langkah je pun.




Comments

  1. wahhh rajin diy..kreatip lagi tew.. kalau diy memang lagi jimat kan~ yang penting cut cost dear... hehehehe

    ReplyDelete
  2. @eddany - kreatif benar tu xder la..benda simple2, tengok tutorial aimi boleh follow, buat jela.hehe.. pengantin tak da duit kena DIY, nak DIY kena merajinkan diri la.huhu...

    ReplyDelete
  3. adoi. smpai skang Sya stil xpandai nk wat bunge tu. da try few times. tp hasil nye xcam bunga. da cm sampah rupe nye! iskk2

    ReplyDelete
  4. bunga yg mana? carnation tu ke? hehehe...mula2 buat mmg xjadi sya...kita kena kembang2 kan dia tu, tarik2 bg comel.silap tarik terkoyak je. sekarang aimi da xkena hadapi lg dah...sekarang roses2 je, senang.hehehe...

    ReplyDelete
  5. Asslm bole tau mana u beli crepe paper tu n ada byk jenis kaler Tak?

    ReplyDelete
  6. @ct izan - saya beli kat kedai sin yin dalam semua house dear

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

Pengendalian Solid Food Aisyah ke taska

Assalamualaikum... Cara pengendalian solid food anak ke taska adalah sama je dengan cara mengendalikan susu ibu ke taska. Dahulu zaman Thaqif memasak bubur nasi tu hazabb sikit- lama nak menunggu nasi hancur, pernah la terhangus. Masa tu memang bubur pun masak banyak-banyak frozen. Pastu kadang-kadang tang bubur jadi ala span, tak lalu nak bagi anak buang gitu jelah. Itu zaman anak satu yang serba ntah pape. Itu takut, ini salah. Serba tak kena katanya, biasalah baru cari pengalaman jadi ibu. Alhamdulillah untuk Aisyah ni lebih confident. Lepas tu tahu pulak cemana cara mudah dan cepat nak masak bubur. Terus hari-hari makan bubur pun takpe nakk. Bubur Aisyah dimasak setiap hari atau selang sehari kalau abangnya tak mengaruk nak makan/ bekal bubur jugak. Balik kerja memang selalu setel simpan susu, keluarkan susu untuk esoknya, masak bubur, keluarkan baju kotor dan kemas beg taska sebelum duduk melayan anak-anak nak menyusu etc. Selepas anak-anak tidur baru

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-