Skip to main content

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum...


Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu. 

Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama.

Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la.
Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya dia cakap nak drive je. Abah cakap pak cik kite pergi dengan flight. Kite terus cakap, ala abah pun pergilah dengan flight, kat sana nanti cik tye ada boleh amek abah dan tak penat.

Abah pun setuju. Terus nak suruh beli tiketnya. Biasalah guna Airpaz compare tiket semua. Pastu abah hasut Kak Iza suruh bawak anak-anak sekali naik flight. Kak Iza pun on. Maka sama-sama la kami update pasal harga tiket semasa. Update jelah, nak book duit tengah slow lagi. Muahahaha...

Bila wang sudah mari. Bincang, compare tengok. Bersetujulah dengan tarikh dan waktu flight. Tapi biasa jenis tak puas hati, belek jugak kat website firefly dan airasia sendiri untuk compare,dan konon nak book direct dengan syarikat penerbangan tu. Bila compare, harga kat web sana mahal jugak beberapa ringgit daripada yang airpaz tawarkan.
Berjimat u'alls.
Teruslah book menggunakan web Airpaz.

Pendapat kite guna airpaz ni lagi mudah dan pantas.
Best!

Kalau guna direct company airway.
Pilih tarikh, masa->masukkan detail penumpang -> klik insurans -> klik food -> ...etc ->payment.
 So long journey sebab saja nak kutip duit lagi dari kita. At the end.eh kenapa price tak sama macam awal tadi.

Kalau guna airpaz.
 Pilih tarikh, masa ->  masukkan detail penumpang -> payment. setel.
Takde dah insurans, food etc sebab memang diorang direct kasi harga diawal kita tengok tadi.

Lepas ni dah tak susah-susah pening nak book tiket flight lagi. Airpaz kan ado!

Airpaz ni company Indonesia, takde sub-sub ke apa, any problem direct call center kat Indonesia sana la yerk.
Mungkin sebab tu ada certain orang kurang berminat nak book dengan airpaz kot. Risau kalau ada asa masalah nak kena roaming call.
Mungkin je u'alls.
Kite google ade je orang Malaysia travel booking kat airpaz jugak selamat fly jer.

Sekian pengalaman saya book flight ticket guna Airpaz.

updated 19.1.17
https://cikjelita899.blogspot.my/2016/02/booking-flight-dengan-airpaz.html
refer entri sini untuk cara booking di website airpaz





Comments

  1. aimi ada dapat hadiah kat blog ciksu..untuk GA ranis turn's tu tau...

    ReplyDelete
  2. menarik juga kan
    yg pntg pntas dan murah

    ReplyDelete
  3. hye...ini fisrt time sy book malindo air melalui airpaz. Nak tanya, nanti masa nak check in, boleh online check in dalam website malindo air kan?

    ReplyDelete
  4. Salam sis..sy da bce blog sis..kalau kita nk book tiket dkt airpaz mcm mne crenye? Insuran seat sume boleh pilih ke? N sy mcm risau jugak..ble nk check in nty tilet xvalid..pengalaman sis mcm mne? Everything ok ke? Mcm kite book dkt air asia oficial? Tq sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kita nak boleh je nak add insurans semua tu cuma airpaz lebih simple. check in pun boleh terus melalui online di airasia.no problem sbb airpaz ni link terus dgn semua syarikat penerbangan pun.ia umpama org tgh antara pengguna dan syarikat sahaja

      Delete
  5. Salam sis..sy da bce blog sis..kalau kita nk book tiket dkt airpaz mcm mne crenye? Insuran seat sume boleh pilih ke? N sy mcm risau jugak..ble nk check in nty tilet xvalid..pengalaman sis mcm mne? Everything ok ke? Mcm kite book dkt air asia oficial? Tq sis..

    ReplyDelete
  6. salam...saya baru je book air asia guna airpaz ni...firsttime.sllunya direct dgn air asia.slunya kalau air asia kita print yg merah putih kan..kalau airpaz ni yg mana satu...yg dy bg kat emel kita tu ke..yg kna dwnload tu eh?? then? bwa ke kaunter ke.tq sis

    ReplyDelete
  7. saya print yang di emel sahaja. lepas tu biasanya check-in online je terus di website airasia/firefly gunakan code tempahan pada emel.rasanya bawa yg diemel tu ke kauter pun valid je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis kalau nak web cek in kena 2 hari sblum fly ke atau mcm mna?? then nak print tiket tu kena guna booked code atau airline ticket no??

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Salam..sis nk tnya sy bru beli tiket dgn airpaz...n nk chek in mlm td xboleh @ sis chek in kaunter jerr..nk fly jumaat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy dah try guna airpaz..tp xleh nk cek in lg sbb lmbat lg nak fly..hope boleh la check in..

      Delete
  10. salam sis. macam mana nak cancel tiket airpaz ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf.sy xpenah pulak ada pengalaman cancel tiket airpaz

      Delete
  11. assalam sis.. sye dh book tp time nk wat payment.. xleh .. knpa ea.. sye try wat cimb clicks,... duit ade tp tulis unsuccessful

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya better check dgn cimb sendiri.few days ni rasanya cimbclicks tgh upgrading n proceed closed account utk tahun baru.so urusan cimb clicks cmtu ada masalah

      Delete
  12. Assalam..sis sy nk tnye klo kte bli tiket air asia mlalui airpaz boleh kew nk pilih seat?

    ReplyDelete
  13. Assalam..sis sy nk tnye klo kte bli tiket air asia mlalui airpaz boleh kew nk pilih seat?

    ReplyDelete
  14. Nak web check in tak leh lah. Tunjuk ajarku sifu

    ReplyDelete
  15. Nak web check in tak leh lah. Tunjuk ajarku sifu

    ReplyDelete
  16. assalam sis...nk tny ok ker airpaz nih...sy ade bookingkan tiket utk kwn.risau lak tetiba time nk fly yg kita booking tu xde ke,double seat ke..huhu

    ReplyDelete
  17. Saya almost x caya..kerama harga dia lagi murah
    Tapi kerana review ni..saya akan cuba book guna airpaz

    ReplyDelete
  18. salam sis, cmna nak cek in guna airpaz ni? guna code yg mana ehh?

    ReplyDelete
  19. sissss..boleh boleh tak bg no phone...sy nk whatsapp nak tnya pasal airpazzzz

    ReplyDelete
  20. hai kak. saya ade dengar banyak review teruk tentang airpaz. tp bila baca blog akak rasa mcm percaya pula.akak rasa airpaz ni btol2 trusted ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far sy berurusan takde masalah.smooth je.maybe terasa scam sebab airpaz ni syarikat indon n susah reach dgn customer service nya

      Delete
  21. Hai, Airasia memang xde free luggage ke? kalau xde, what should I do?

    ReplyDelete
    Replies
    1. air asia mmg xde free luggage.kena add on luggage

      Delete
  22. sis kalau nak web cek in kena 2 hari sblum fly ke atau mcm mna?? then nak print tiket tu kena guna booked code atau airline ticket no??

    ReplyDelete
  23. I booked 2 tickets from KL(KUL) to Tawau(TWU) via airpaz on 1st march 2018. The itinery has not been sent to my email & I can't view my booking either . NEED HELP .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Have you receive the email? I just booked and now waiting for the email.

      Delete
  24. I booked 2 tickets from KL(KUL) to Tawau(TWU) via airpaz on 1st march 2018. The itinery has not been sent to my email & I can't view my booking either . NEED HELP .

    ReplyDelete
  25. Ada sesiapa boleh tlng x..sy booking tiket melalui airpaz tpi tempahan sy tidak berjaya duit telah dipotong dari akaun.
    Macamana nak claim semula pembayaran tu ye? Ada sesiapa pernah kena x

    ReplyDelete
  26. ASSALAMUALAIKUM?SAYA NAK TANYA AIRPAZ NI TRUSTED COMPANY TAK?SAYA ADA BACA KOMEN BLOG LAIN KATANYA SCAM.SAYA NAK TRAVEL DECEMBER NI...HUHUHU PLS HELP

    ReplyDelete
  27. Saya dah booking melalui airpaz, setiap kali nak bayar harganya meningkat dan minta kita buat payment. Klik nak pay refresh lagi harga lain. Pendek cerita once dapat booking and PAID, beberapa hari lepas tu kata booking kita CANCELLED astaghfirullah.. Hotel semua dah booked dan non refundable pulak tu. Airpaz senang je kata akan return tapi sure lambat kan (itupun kalau full return!) memang rasa mereka scammer! Bayangkan tiket utk LIMA orang pula tu huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun ada pengalaman yang sama. refund tapi sampai sekarng belum dapat duit.. tiket untuk 6 orang pula tu.. sis dah dapat duit refund belum?

      Delete
    2. Alamak..baru je beli via airpaz..harap jgnlah kata cancel pulak..risau nya..tak boleh laporkan kat mana2 pihak ke?

      Delete
    3. Dah call centre, kata diorang nak send email untuk kita isi kan borang untuk tuntut
      wang, sampai harini xdpt email tu..huh!

      Delete
    4. Saya baru kena dgn Airpaz tdi....RM2700...tikit utk 4 org kl bandung....dia cakap in ticketing...dia cakap nk refund balik duit...tapi tak refund pun

      Delete
  28. Saya beli tiket melalui airpaz..tapi bila nak check in kat air asia tak boleh..kenapa ye? Tinggal beberapa hari lagi nak fly

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tak fly ? sy pon takot ni sbb sy bru je book melalui airpaz ni . nk check in tk dapat . berapa hari lagi fly 😪

      Delete
  29. saya baru lpas bayor.. haish , risau ni

    ReplyDelete
  30. ye...macam mana nak chek in

    ReplyDelete
  31. mcmana nk web cek in airpaz.. sy nk cek in AA xdpt..

    ReplyDelete
  32. Replies
    1. My first time using Airpaz.Everything went well from ticket selection to payment.Super smooth transaction. But for some purpose,I cancelled the booking. Unfortunately the tickets are not refundable.So this will be my first and last time using Airpaz. I only want to share my experience and have no other intention.Credit to Airpaz for responded promptly to my email inquiries:)

      Delete
    2. Airpaz is very helpful in terms of ticket selection & payment process.It was my mistake sbb fikir beli flight ticket mcm beli brg di shopee boleh cancel & dpt refund balik.😂 .Moral of the story is don't simply make cancellation once payment has been made.Ask them beforehand if you are unsure about anything otherwise ,it will be an unpleasant transaction for you.

      Delete
  33. PLEASE PLEASE. JANGAN GUNA AIRPAZ DAH. AIRPAZ SCAM. SAYA BOOK TIKET FROM KL TO LANGKAWI. SAMPAI KESUDAH TAKDE EMEL ITINERARY.
    CALL CUSTOMER SERVICE MALAYSIA. ORANG INDON YANG JAWAB. KATANYA DAH EMEL UNTUK REFUND PARTIAL. SEBAB TIKET PERGI TAK APPROVED, TIKET BALIK JE CONFIRMED. PUNGKOK DIA. LEBUR DUIT AKU.
    NI SAING-SAING MACAU SCAM NI.

    ReplyDelete
  34. coretan yang baik dan boleh membantu...cuma diawali dengan merendahkan suku kaum di Malaysia ni...ape sal yek...sikit-sikit nak kutuk suku Jakun?

    ReplyDelete
  35. Isnin 10 oktober baru cek fligt direct web BKI_KLIA guna MAS, cdg gterbang 12 oktober ni, harga mau 800, cek guna Aipaz 500 lbh plk..kita beli lah. Hari ni fly jam 12.....syukur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. tak pernah guna airpaz. tapi harga mmg ikut promo airlines tu. Tapi seat promo dorg pun tak banyak gak. Nasib nasib. sebelum beli terjumpa blog ni. Tq yang tinggalkan komen.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-...

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1

Assalamualaikum... [ENTRI SEKIAN LAMA TERPERAM DALAM DRAFT -AUTO PUBLISH] Kite share pengalaman kite jer, not to misunderstanding yang kite nak beriak-riak ke hape. Kot-kot dari pengalaman kite kawan-kawan yang 1st time macam kite bolehlah jadikan panduan kala membeli property sendiri later. Alhamdulillah... Syukur tak terkira, kini memiliki tanah sendiri.  At first tak terfikir pun untuk membeli. Risau tak mampu.  Sebelum balik kampung dahulu, memang kami berangan-angan untuk membeli tanah, atau rumah sendiri tapi dalam masa 5 tahun ke depanlah. Tinggal dikampung halaman pun, tapi bila both bekerja, ada expenses 2 pihak juga. Expecting baby lagi buat menutup cerita tentang membeli RUMAH/TANAH/KERETA BARU. Dalam part 1. Kite bercerita tentang lokasi/deposit. How we solve it. Rezeki Allah tak terjangka. Kala trimester ketiga kandungan, husband ada berkenalan dengan suami rakan sepejabatnya, yang bekerja sebagai kontraktor dan buat sambilan jual beli tanah. ...