Followers

Wednesday, 22 February 2017

Terpilih untuk di review melalui Segmen Bloglisted Misya

Assalamualaikum


Alhamdulillah. 
Sekali lagi rezeki lagi.
Terpilih untuk di review melalui segmen Bloglisted Misya...

Yeay! 
TQ misya. cannot wait to read your write.


Menang Wang Tunai RM50 dalam Thomas Town Giveaway By Zai Zamree

Assalamualaikum...

Tudia... seminggu dok rumah masuk pejabat terus liat nak buat kerja. 
Minggu lepas memang perut ala meragam gastrik/angin, dok bertahan je, Rabu tu terus pergi klinik la amek MC. Buat muka kesian dengan doktor dapat 2 hari MC.
Kohkohkoh... 

Konon belek blog dulu. Cari mood gitu.
Blogwalking kat blog yang kite pernah join GA. Terbelek la blog kak Zai Zamree tu sebab agak berharap nak menang. Mana tau rezeki nak terjah ke Johor. 
Husband kan dah ada kat sana tapi harapan norr la nak pergi sana tanpa alasan. Konon, kalau la menang tiket Thomas Town boleh la buat jadikan alasan sampai kat Johor lagi sekali bersama anak-anak.

Tapi pada masa taklah menaruh harapan sangat. Takut jatuh bedebukkk dengan angan-angan itu.

Tengok memang taklah menang tiket tersebut. Scroll ke bawah. Eh.eh.eh.eh. Rasa macam sesuatu je dengan no penyertaan tu, terus belek senarai peserta.

Alhamdulillah. 
Menang jugak.
RM50 cash.




Terus teruja, laju-laju e-mel kak Zai bagi details.
Laju jugak kak Zai respon cakap dah transfer duit itu.
Awww...
Alhamdulillah.
TQ kak Zai.

Boleh la belanja anak-anak dan papa mereka Ayam Goreng. 
Dari minggu lepas Thaqif tu dok zikir kat telinga ibu papa nak ayam goreng, tapi wat tak tahu sebab bajet dah terlebih kat short vocay weekend hari tu.

GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017

Assalamualaikum..



Sempena awal tahun 2017 saya bersama beberapa rakan ingin berkongsi sedikit keseronokan dan kegembiraan bersama-sama dengan pembaca blog ini. Selain itu giveaway ini juga untuk memperkenalkan produk Chia Seed  SlimmTreats selaku penaja utama giveaway ini. Dengan ini dijemput untuk pembaca semua turut sama memeriahkan GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017 yang  menawarkan beberapa hadiah menarik untuk pembaca semua.






Senarai Hadiah 

Wang Tunai RM50 x 5 pemenang

Wang Tunai RM20 x 1 pemenang

Wang Tunai Rm10 x 2 pemenang


1 Pek Slimmtreats Chia Seeds Bernilai RM20  X 10 pemenang.


Syarat-syarat penyertaan:

1-Mestilah warna negara Malaysia yang mempunyai blog .

2-Buat satu entry dengan  Tajuk Giveaway " GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017" ..

3- Like dan Follow penaja di bawah :- (ikut je la apa yang korang ada..fb, Ig, blog dsb)

Slimmtreats:
http://www.slimmtreats.com
http://www.facebook.com/slimmtreats (like page -optional)

Nora Misnan:
http://Kongsibersamanora.blogspot.com
Http://www.facebook.com/kongsibersamanora
(follow blog +like page)

Jamil Hashim:
http://belogsjm.blogspot.my  (Follow blog & G+)

Nadiah Hanum:
http://nadiah245.blogspot.com
Instagram.com/nadiah_ciknad/ (Follow blog & IG)

Aida Hanafiah: 
http://www.adianiez.com (follow blog )


**Doakan semoga semua penaja dilimpahkan rezeki dan terus berjaya.

4- Copy & paste code  ke html post blog

Jangan lupa share entry give away korang di facebook (jika ada).Tarikh tutup penyertaan adalah pada 6-2-2017 jam  12 malam..Pemenang akan di pilih melalui random dan hanya bagi yang memenuhi syarat-syarat penyertaan,.

Semoga Berjaya semua..


sekian..

Throwback : Perkembangan Nur Aisyah Tasnim 0-6 bulan

Assalamualaikum...

Ibu anak dua.
Zaman anak satu dahulu kemain update perkembangan anak setiap bulan. Pheww...
Sekarang anak dah dua terus krikkrikkrik... 

Bukan pilih kasih tapi sungguh sibuk.
Sekarang kerja di seksyen baharu (walaupun dah setahun disini) masih terasa baru jugak. Waktu kerja pun padat sangat. Stress kerja menjadikan hari-hari wajib la keluar lunch. Nak tengok dunia luar jugak. Asyik mengadap komputer dan menjawab telefon yang berhenti berdering tu je kan. Marilah ada masa untuk diri sendiri jugak.

Sorry darlings Nur Aisyah Tasnim. Kasih ibu tak kurang setitik untuk kamu jua. Ibu sayang anak-anak sama rata. Kalau rasa berbeza layanan itu hanyalah mengikut rentak anak-anak.
Anak bujang ibu dah pandai menjauh hati maka ibu sentiasa perlu memeluk dan memujuk dia.
Anak perempuan ibu pun manja tapi lasak dan berdikari. Ibu sentiasa geram nak gomol hookey.

Nur Aisyah Tasnim, anak kedua kot, lahirnya terus pandai berdikari.
Senang menjaganya.
Bulan pertama kelahiran Aisyah tu memang tak banyak bunyi pun. Tidur je sepanjang masa, malas nak bangun tu yang kena jugak kuning kejap.
Alhamdulillah tak melarat kuningnya itu berkat usaha ibu mengepam susu, masukkan dalam botol dan bagi dia minum sejam sekali.
Aisyah memang senang dijaga, pandai berdikari semua, tapi perangai satu je tidur suka nak rasa orang. Nak jugak bersentuh dengan ibu.
Ibu letak dia elok atas bantal kasi jauh sikit dari ibu sebab khuatir ibu tertindih dia atau abang golek tindih dia tup-tup tengok bertepek ditepi ibu. Kadang-kadang saja letak lapik tidur dia tinggi sikit dari tempat ibu tidur, sedar-sedar dia bergolek turun atas ibu. Hahaha...
Mata tutup tapi kepala bergerak. Aisyah ni nak bergerak, golek-golek je kepala dia sampai dapat yang dia nak.
Pernah je sesekali letak Aisyah atas bantal lapik dia. Masa tu kite dok borak dengan Thaqif, Thaqif dok tengok adik dia gerak tapi sepatah pun tak kata apa. Dah elok adik seketul dok bawah dia gelak terkekek-kekek. Dah kenapa, ibu tengah membebel abang gelak. Terus ditunjuknya Aisyah. Tetiba pusing tengok seketul dia dok atas lantai bawah. Exactly same way we put her on her bed.

Umur 2 bulan, Aisyah dah mula pandai buka mata, dah pandai merengek-rengek manja, pandai senyum. Masih tak boleh dok jauh dari ibu sangat. Asyik nak berkepit dibawah ketiak ibu je. Ibu nak buat kerja pun tak senang. Memang sentiasa kena dok depan mata dia sahaja.

Masa tu tak pandai kenal orang lagi, kadang-kadang tinggal je dia dengan opah atau cik ngah dia pergi kedai ke mana-mana dalam sejam dua pun tak de masalah. Aisyah dok mood banyak tidur lagi.
Paling-paling pun dia merengek sebab tak mahu dok kat bawah atau tak nak orang yang mendukung dia duduk. Nak kena berdiri, jalan-jalan barulah tak ekkekkekk...

Umur Aisyah dua bulan lagi memang siap-siap dah latih minum susu dalam botol semua. Alhamdulillah lancar je proses dia. Aisyah mudah sangat menerima.
Tapi masuk je bulan ketiga, test hantar ke taska terus la reject botol, tak mahu duduk taska, nangis je.
Tapi hari pertama jelah yang nangis beria, masuk hari kedua tak mahu tegur ibu lagi sangat, hari ketiga dan seterusnya alhamdulillah dah makin biasa. Lega hati ibu dan papa.

4bulan dah makin aktif anak dara ni. Pandai meniarap, mengensot semua. Masa ni rasa kejapnya masa. Anak dah besar. Hari-hari ada benda baru Aisyah pandai. Slowly angkat bontot, dok belajar nak merangkak tapi belum bergerak jelah. Pergi kerja memang tahap tak sabar nak balik jumpa anak-anak. Nak tengok perkembangan anak-anak.

5 bulan. Aisyah dah pandai duduk sendiri. Dah pandai merangkak. Kat dapur pun selamba je dia turun bendul tu. Pandai dah nak join abang dan sepupu-sepupunya main. Laju je dia sampai kat orang dok main, rampas mainan semua. Thaqif selalu stress la bila Aisyah datang kacau mainan dia.
Bagi dok atas walker tapi Aisyah kurang berminat, paling stress kalau letak kat walker.

6 bulan. Lagi advanced dah perkembangan Aisyah, masa ni dah agak okey bila dok kat walker, dah pandai bergerak sendiri semua. Dah pandai lompat-lompat, tepuk amai-amai, nyanyi je dia terus tepuk. Dah pandai berdiri sendiri.
Suka makan!
Bekal bubur + puree kebanyakan hari selalu habis punya.
Ibu happy dan bersemangat masak la.











Monday, 13 February 2017

Giveaway: Happy Birthday Aireen! by Elsaalicious & Sponsors



KLIK BANNER UNTUK JOIN

SENARAI HADIAH YANG MENARIK DARIPADA ELSA & PARA SPONSOR UNTUK ANDA MENANGI!

Nature Republic Essence x 1 pemenang
Topup RM 5 x 1 pemenang

Bloglist selama 3 bulan x 5 pemenang

Topup RM 5 x 2 pemenang

Review Blog & Bloglist selama 2 bulan x 2 pemenang

5. Junzie
Topup RM 30 x 2 pemenang

Topup RM 5 x 2 pemenang

7. Sarah
Bloglist selama 2 bulan x 5 pemenang

8. Syaz
Topup RM 5 x 2 pemenang

9. Liyana
Review Blog & Igshop (jika ada, sponsor akan review igshop anda di instagram beliau) x 3 pemenang

Topup RM 10 x 2 pemenang

11. Farrah
Topup RM 5 x 2 pemenang

Bantal Burung Hantu x 1 pemenang
Topup RM 5 x 1 pemenang

Topup RM 5 x 2 pemenang
Bloglist selama 2 bulan x 5 pemenang

Tunai RM 10 x 2 pemenang

Tunai RM 10 x 2 pemenang

Dreamcatchers x 2 pemenang

17. HADIAH MISTERI DARI ELSA x 1 PEMENANG

Jika penyertaan kurang daripada bilangan seperti yang dicari, kemungkinan seorang pemenang boleh menang banyak hadiah. Siapa tahu kan hehe. AYUH PAKAT RAMAI RAMAI UNTUK JOIN! KLIK BANNER

Giveaway by Fatin Diana

Assalamualaikum


Sunday, 12 February 2017

already february

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik.
Dah masuk februari dah pun.

Cepatnya masa berlalu.

Entri untuk tahun ni semata-mata segmen/giveaway camgitu jelah.

Wuuu... kemain la niat/azam tahun ni nak rajin berblog juga, namun sibuknya dengan phone ala-ala nak hidup je terus mood blogging terbang.

Blogwalking aje banyak.

Banyak sebenarnya nak cerita, nak kongsi, pasal anak-anak, keluarga, semua...

Doakan la laju-laju telefon baru mendarat kat tangan ni haaa... 
Baru laju-laju kot nak update. Ngehngehngeh...


Monday, 6 February 2017

Sambal Goreng Cik Nor sedap oii...

Assalamualaikum...

Dah few years kot dok dengar pasal sambal goreng cik nor terutama bulan puasa. Famous sangat la orang dok bercerita. 
Konon pembuka selera selepas seharian berpuasa dan juga untuk bersahur.

Selama ni malasnya nak beli. Nak rasa, nak beli online seketul macam tak berbaloi nak bayar pos. 
(cik mimi memang kedekut)

Beberapa minggu lepas, nah ada staf datang jual sini. Bagi tester. Eh. Sedap jugak. Ratah pun ok. Adoi. Kalau dapat nasi panas-panas lagi syokk terangkat.
Terus la order nak sebekas.

 Dah dapat sambal goreng itu.
Balik kerja terus masak nasi, goreng telur mata sebijik, tabur dengan sambal goreng itu. Pheww... Bertambah-tambah nasi.
Makan nasi air aka bubur nasi takde lauk, tak payah risau tabur je dengan sambal goreng cik nor ni terus suap tanpa henti.


Walaupun pedas sambal goreng ni tapi sedapppp...
Jangan tak percaya jugak, Thaqif suka jugak meratah sambal goreng cik nor ni. Suka mengutip ikan bilis je, abes sekor ikan bilis pastu menjerit-jerit pedas mintak air kejap lagi ambil lagi, dan lagi.
Ibu pulak dok membebel, dah la tak payah makan pedas tu.
Thaqif tetap merengek-rengek je nak makan lagi.