Followers

Friday, 29 March 2013

PTM @ Glory Beach Resort...

Assalamualaikum...

PTM stand for Program Transformasi Minda yang dulu dikenali sebagai kursus induksi. Sesape yang bekerja sebagai penjawat awam mesti tau la kan sebab ia salah satu syarat wajib untuk pengesahan jawatan selain exam perkhidmatan awam dan pengesahan dari Ketua Jabatan.
PTM cemana? Well, bosan! Masa 5 hari 4 malam sahaja, maka aktiviti penuh dengan ceramah sahaja. Tak sempat pun nak bercanda mesra di tepi pantai. Sekadar jamu mata melalui balkoni sahaja.Aktiviti LDK tu selit-selit sahaja masanya. Walau apa-pun sweet memories jugak, dapat kenal kawan baru. Kiranya ada benda baru yang saya belajar juga dengan kawan baru saya.
 Bergambar bersama ahli kumpulan- Kumpulan 7

 Me + props persembahan kumpulan. Sweet moments jugak, buat persembahan kebudayaan cina, girls menari tarian kipas, boys tarian naga. Terus jadi juara persembahan kumpulan.

Bertuah juga saya diantara first batch pergi PTM tahun ini anjuran JKWPKL& Putrajaya di Glory Beach Resort, Port Dickson. Lokasinya, next to Lexis / Grand Lexis yang ada chalet on water. -At first tak tau pun Lexis tu kat sebelah, on second day, senaman pagi tu nampak dia tulis kat bahagian atas bangunan tu LEXIS besar-besar.

View dari balkoni apartment yang saya menginap. Chalet atas air itu, Lexis punya
Dari balkoni juga, sunset yang indah.

Erm...Kiranya tak mampu nak menginap dekat chalet LEXIS tu, insya-Allah nak bawa abah datang bercuti kat sini pun okeylah. Sesuai jugak nak bawa family. Apartment ni ada 3 bilik. 2 bilik besar, each ada 2 single bed (boleh gabung jugak) dan 1 bilik kecil ada 1 single bed jela. 2 bilik air. Others, lengkap jer macam kat hotel.
Untuk pencinta damai macam saya, bolehlah stay sini, tak pernah puas dan jemu nak tengok view yang sama pun.
Well, berangan... merancang nak bercuti-cuti lagi disini. Insya-Allah bersama-sama suami(soon) dan abah tercinta. Cuma sekarang masih survey tempat-tempat menarik untuk dilawati dan tempat makan yang best kat Port Dickson.
As usual, kawan-kawan yang baik hati, kalau ada idea, do share.
Lots of Love,
cik Jelita.



Thursday, 28 March 2013

W - Preparation : Cerita inner, tudung dan veil

Assalamualaikum...
Makin  mendekat hari, kerja-kerja DIY masih ada yang tertangguh lagi, sibuk dengan kerja, laptop plak meragam. Nampaknya saya kena susun jadual semula selepas balik dari bercuti dikampung ini. Kena tambah motivasi untuk merajinkan diri setel perkara DIY semua.

Sambil berfikir, tangan tak duduk diam mengetik keyboard komputer, mata ke skrin, mencari-cari aksesori pelengkap gaya di hari bersejarah saya...
Inner... Klik sana, klik sini, baca review cerita kawan-kawan group fb TBO2013, b2b, ex-bride, blogwalking cerita pasal inner ni. Ada yang berkenan, tapi out of stock bagai. Hmm... Mula la decide guna inner yang selalu saya guna jer. Cantik jer tengok ex-officemate pakai masa majlis beliau. Ayunar 2 Tone, my favourite inner... Belek-belek website dia, tup-tup ayunar ada juga buat pre-order inner neck. Seronoklah. Terus book 3pcs. White, cream and brown...  Contoh inner neck ayunar muncung kat bawah ni yer.

 
 
Tudung, belum comfirm lagi sebenarnya. Saya ada beli halfmoon 3 pcs dulu, tapi dah lupa color sebab lepas beli terus hantar balik kampung. Hik. So nak tengok balik, warna yang dibeli itu adalah color sama tak. Kalau ok, tak payah beli dah, tapi warna putih untuk akad nikah still kena beli la. Comfirm! Aim for halfmoon plain nanti pakai veil yang wajibnya heavy beading jadi cari yang simple saja. Nak beli kat mana belum tahu lagi. Picca ehsan dari en.google.


Veil pulaks... Last year ada book 2pcs veil thru promo dari Veil by Adria Cottage.
Great deal price, so now proceed to comfirm order everything... Anyone yang berminat pun boleh contact owner dia yer. Kat bawah ni, 2pcs heavy beading yang saya sangat suka. Hehehe...
Baju sume nak simple, veil nak meriah hookey... Motif operandis, nak semua pandang muka ke atas jer sebab its my big day, see i smile, im happy. Verangannn!



Once everything mula menampakkan hasil... Duit masih mengalir seperti air, baru rasa sedikit tekanan, oh! Kerja kawen ni banyak menda jugak eh nak kena siapkan...

 

 
 

Wednesday, 27 March 2013

Looking idea for FIANCEE birthday

Assalamualaikum...
Phew... Rindu sangat nak update blog.
 Blogwalking pun thru phone jer, tak puas pun kadang-kadang.
Sibuk-sibuk pun, ada jer idea nak berkongsi dengan kawan-kawan blog ni, tapi sekarang dah lupa plak...
Insya-Allah. Slow-slow saya akan kembali mengingat dan berkongsi hari-hari saya di Glory Beach Resort, Port Dickson. Kot-kot ada yang berminat nak pergi bercuti kat sana ker ken.
Here, short come back, by tomorrow night will back to hometown.
Missing abah so much.

Ok, kembali pada tajuk entri. Saya sedang mencari idea untuk birthday en.Tunang yang akan tiba dalam masa seminggu. Kawan-kawan tolonglah bagi idea.
Every week kami akan keluar, jadi kalau boleh every week nak bagi surprise kat dia untuk sepanjang bulan April ini. Saya nak birthday dia kali ini jadi kenangan yang terindah untuk dia sebelum menjejak ke alam rumah tangga. Eh, bujang je ker surprise? Taklah gitu, lepas berumah tangga pun nak surprise-surprise jugak tapi masa tu dah lain.

Gambar tahun 2010, 21st birthday actually, salah kira umor masa edit pic. Bagi wallet masa ni. Pakat dengan housemate, beli kek, saya buat puding caramel. Hadiah saja letak paling bawah, bahagian atas penuh dengan makanan. Nestum, jeli, epal pun ada, konon nak sorok hadiah sebenar, konon ayat masa tu tak ada duit nak beli hadiah sebab dah hujung semester bagai, sampai kad pun guna sticky note. Akhirnya, dia jumpa jugak hadiahnya.
Terharu punya pasal, birthday boy belanja makan sekali dengan housemate dan bf nya. ^__^!

Jujur, jarang jugak saya memberikan hadiah pada dia, yang ingat suka bagi dia baju, wallet camtu jer.
Pastu last year, bagi coklat. Paling surprise dah tu sebab masa tu dia kat kampung, order online dan pos jer.
Tahun ini, tahun terakhir membujang jadi nak buat special sikit.
Apa surprise korang on his birthday? Do share with me...



 

Friday, 15 March 2013

start to be BUZY! *PENING*

Assalamualaikum...
Penat ahkak! Juling mata, sakit kepala memikiorkan aliran wang keluar masuk.
Baru lepas tutup buku catitan kira-kira.
Makin dekat hari semakin duit itu mengalir macam air.
Kus semangat!
Duit mula melayang pergi...
Makin banyak wang nak keluar, makin menggigil la tangan ini nak menghulur...
Tapi adat sudah, nak bernikah kawen ini bukan kerja kecik, melabur wang banyak jua. Jadi pasrah dan tutup mata je melihat duit tak ada ditangan.
Rumah sewa pun tak cari lagi... 
Adesss... harap-harap dapat berita baik.
Nak balik dok kelate... Kos jimattt! 

Sebelum itu, mari semak jadual saya yang padat sahaja...

18 - 22 Mac 2013 will be away from blog ---Kursus Induksi la pulaks.
25-26 Mac - Exam menaip dan exam JPA. Kus semangat! - Wish me luck!
28 Mac - Riding bus to my hometown--tak sabar nak peluk2 abah. hehehe... (ala tomey2)
to do @ kg
29 Mac- tahlil mama
30 Mac- Kemas-kemas, pergi survey kedai borong kat sana
31 Mac - Buat HIV test. Meet bridal,bincang flow majlis, photog. Night-Back to kL.
1 April - Nak ponteng kerja boleh tak? Grr...

Phew...Phew...
Stress kah??
Okay, jangan stress... Mari merenung ke masa hadapan dengan senyuman...
I loike this picca bcoz I nampak ayu jer dok begitu...
Tolong angguk sebab korang memang akan setuju kalau saya tunjuk picca yang lain.

Thursday, 14 March 2013

Couple itu...

Assalamualaikum...
Hari ni ada pasar tani kat area rumah...Dah habis shopping breakfast dan pesanan dari ofismate, duduk menunggu housemate sambil makan kuih. One time, terpandang ke arah flat itu. Saya nampak 1 couple husband and wife (55-65 years), mereka baru keluar dari rumah with all the belonging, luggage. Erm... saya terbayangkan mereka itu macam mama dan abah. Datang melawat anak-anak, pastu dah nak balik. Saya pandang jer mereka tanpa henti. Hmm... I miss my parents. 
Housemate datang... Kami gerak nak ke ofis, dan the couple baru je melangkah masuk kereta. Elok plak housemate bukak radio dengan lagu Ajari aku dari Anuar Zain. Pergh! Sungguh menusuk jiwa... 
Think of love between me and my parents.
Rindukan mama, abah. Saya menangis.

I pray to Allah, make the couple happy ever after, and not to let them lose each other too early like my dad lose mum. 
Because it so hurt to lose someone we love.
Mama always risau bila abah tak sihat dulu, risau abah tak de mama tak boleh nak stay. 
Bila mama admitted for few times, dad calling all their children to come home.
He worried about mama so much until dont know how to share his feeling. He just tell, come home, talk to mama as mama still alive.
Dan...
Ternyata Allah memanggil mama dulu.
Abah masih menziarahi kubur mama setiap pagi hingga ke hari ini.
Abah rindukan mama.
I know.

Sorry...hari ini tak reti bercerita. Cerita pun berbelit. Erm...luahan hati jer.

Wednesday, 13 March 2013

Wordless Wednesday : Lets release our tens and relax

Assalamualaikum...
Hari ni malas cakap apa...
Share dengan korang 50 way to take break or release your stress...

I want a holiday so I can walk outside to sit in nature and listen to music while  I read a book before I take a nap.

Tuesday, 12 March 2013

W-Preparation : The Hantarans Shopping

Assalamualaikum...
Huhu... mari kita bercerita pasal hantaran pulaks.
As usual, sunday is our 'date' time.
Hari Ahad itu kami keluar membeli-belah barang hantaran yang masih tak lengkap.
Kesimpulan saya boleh cakap ialah shopping barang lelaki adalah lebih susah. Cerewet. Phew.Phew.
Hahaha. For me la. 
Why?
En.Tunang saya akan berkira harga, brand, n few thing lagi.
Ah. Truly, this is first time we shopping his things, together.

Hari itu, saya biar sahaja dia shopping apa yang dia nak, (berdasar dalam senarai yang kami rancang). Nafsu shopping saya, saya kunci rapat-rapat. Saya dah set kepala 'its time for him shopping.'
Know what, dia pulak rasa bersalah sebab asyik dia shopping, tak shopping barang saya. Sibuk suruh saya shopping jugak. Hehe.
Saya shopping tak banyak, 2 produk skincare Pure Beauty - untuk add-on kat hantaran, 


dan sehelai skirt- preparation nak duduk kat rumah mertua nanti bila malas berkain batik. Hehehe. Cheating sikit tak apa ken? Seronok guling-guling tau dapat beli skirt ni sebab murah amat. Dari RM60, beli dengan harga RM25 je hokey. -Erm...no pic for now.

 Untuk dia, 

 2helai seluar slack + 2 helai kemeja

 Set belt + wallet

dan 2pasang kasut, which tak ada gambarnya.

Puas hati semuanya pada half-price tapi double for everything.
Erm... new things i learn about him. Seronok juga kan, belajar benda baru tentang orang yang kita sayang. Erm...Let me just keep the feel.
^__^

Kat mana kami pergi bershopping, 2 tempat jer, 1 Utama dan Kenanga Wholesale City. Pergi Kenanga tu nak cari kasut en.Tunang sebab tak silap pernah jumpa satu floor tu bayak kedai jual kasut lelaki masa saya pergi dulu tapi this time tak ada, yang jumpa kasut lain. Sambil menyelam minum air, saja nak survey pakaian memurah disitu, kat situlah beli skirt yang murah itu walaupun tak beli borong.

# Still hunting for jam tangan untuk kami, FILA untuk dia dan progress saya untuk jimat for vincii handbag. Owh. Saya gilakannya sekarang, say me crazy coz the handbag more expensive than my hantarans handbag.
 LOL.


Monday, 11 March 2013

W- Preparation : The Family Corsage is Done 18 pcs

Assalamualaikum...
Selamat hari isnin yang bluesss...
Hari ini nak cerita pasal corsage hasil kerja tangan kite pulak... 
Dah lama tak ber-DIY. Kemalasan melanda dijiwa. Nge. Projek bunga telur dok pending tang touch-up. Acaner? Sekali rasa nak pergi kedai beli yang siap jer. Dush! Memang mintak kena gigit dengan dear en.Tunang jer ken...Dulu gedik-gedik volunteer nak buat, sekarang malas. Apakah?
Okey, sambung kepada cerita sebenar.

Weekend hari tu memang paksa diri untuk rajin, malas nak buka box bunga telor,paksa diri buat benda lain dan terhasillah corsage untuk family seperti en.Tunang idam-idamkan..
Comel jer, macam gula-gula smarties kata cik susu.


Hahaha...cik susu sangat tension tengok hasil kerja saya, sampai cakap 'kenapa kreatif sangat, jimat giler. Benci u!'
Nge. Nak kawen tapi kedekut (padahal bajet ciput), harus paksa diri rajin dan jadi kreatif my dear cik susu oittt...

En. Tunang pulak senyum-senyum la tengok hasil kerja kite... Pastu perasan bahawa dialah sumber motivasi untuk saya merajinkan diri membuat ini sebab saya siap call dia dihari sabtu itu mengadu tentang kemalasan diri ini.
( !__! )
Bersabar sajalah bila tunang syok sendiri begini.
Tak apalah, en.Tunang anda tetap putera dihatiku...Raja hatiku tetap cinta pertamaku, lovely ABAH.

xoxo,
cik jelita.

Friday, 8 March 2013

Draf kad kahwin dah siap...

Assalamualaikum...
Senyum.senyum.senyum.
Draf kad kahwin kita dah siap. Hik.Hik. Seronok. Puas ati dah dengan design kad, cuma 1-2 perkara yang perlu di tambah dan dikurangkan. Warna etc semua sudah sempurna!
Suka. Suka. Suka. 
Mudah dan cepat jer berkomunikasi dengan cik Nurul Amiera itu walaupun melalui mesej di FB sahaja. Sabar jer melayan saya yang banyak tanya dan minta opinion semua.
Rasa tak percaya tengok nama kita orang tertera pada draf itu.
Wuwu...
Belum habis download gambar itu dah telefon en.Tunang beritahu dia.

Me : B, draf kad kawen dah siap!
Him : Hah? Kita dah boleh kawen?
Me : ^-^! ??? Hish. Draf kad kawen kita dah siap la.
Him : Owh. Cemana ok tak?
Me : Belum habis download lagi tenet lembab. Excited, saja nak bagitahu b.
Him : Macam mana b nak tengok?
Me : Tak payahlah.
Him : Ala... Ambil gambar dengan phone la. 
Me : Tengoklah. Nanti will update. Ayang nak tengok dulu. Can't wait. Hehehe.
Him : Ok.
 
Korang nak tengok?
Tunggu kita punya majlis nak dekat nanti. Will update.
xoxo,
cik Jelita.
 
 


Printer baru!

Assalamualaikum...
Eleh! beli printer pun nak update ker? Hehehe...
Berkait rapat dengan wedding preparation saya ye. Tanpa printer, impian anganku musnah...
Sebelum ni sibuk nagging dekat en.Tunang supaya check printer yang saya angkut dari KB untuk proses printing guestbook, props photobooth yang berlambak dan macam-macam lagi...
Ahad yang lalu, kami pergi ke Digital Mall, gigih en.Tunang mengusung printer itu nak pergi buat isian semula dan modified printer tu. Ala, yang guna ink dalam kotak kat bahagian luar.
Tanya punya tanya, printer itu boleh guna tapi dah lama tak isi ink, mereka tak boleh nak modified. Kalau nak, kena beli ink original dulu yang berharga RM110 + RM79 (kos modified bersama ink tambahan semua). Kami blurr...
SA itu cadangkan kami beli printer baru dengan harga RM190 include modified dan 6 botol ink extra. Hambek harga ink original dah sama harga dengan harga printer baru... Of course ambil yang barulah terus!
Dah ambil yang baru, yang lama pun kena angkat bawak turun jugak. Gigihlah en.Tunang angkat kedua-dua printer bawa turun. Saya leading jalan yang muat en.Tunang dan printer lalu.
Sesiapa yang pernah pergi area digital mall tu mesti tahu betapa sesaknya disitu.


Lepas ni boleh main print-print dan tunjuk kat u'alls guestbook, photo booth props dan projek-projek lain yang berkaitan dengan printing baru yee... tak sabar nak update.
Sekarang tak beli lagi kertas dan tak habis lagi menconteng dekat power point tu signage yang comel-comel.

Wait for next entry...
# 8 March 2013 - Selamat Hari Wanita untuk semua wanita-wanita yang membaca blog saya yang kecik ini.

xoxo,
cik Jelita

Thursday, 7 March 2013

W-Preparation : Pre-Wedding + Survey Isian Doorgift Murah

Assalamualaikum...
He. Pre-wedding ker? Testing bergambar jer.
Mula-mula plan nak pergi shoot kat Taman Botani Shah Alam, nak pergi masuk rumah iklim bagai. Nak gerak awal pagi, singgah breakfast di pasar pagi di stadium shah alam tu.
en.Tunang dan FBIL terbabas tidur ken. batalkan saja niat murni itu.
Nak cerita ken, ada orang tu dah bangun lambat, mengadu-ngadu lapar. Siapa salah ni? kalau tak boleh cari makanan sedap-sedap kat pasar tani tu kotttt...Grr... 
Dah tahu mereka akan kelaparan,  sempat saya bersilat kat dapur sementara menunggu mereka sampai. 
Simple menu, pasta.
en.Tunang datang dalam pukul 10, decide pergi ambil sijil kursus kahwin dulu la sebab kot nanti kami lupa dan sebagainya.
Dari Medan Mara, kami ke Taman Tasik Titiwangsa, makan-makan dan bergambar-gambar juga.
Kita orang belasah jer bergambar selamba, buat perangai gila-gila masa kami dating tak ada pakai props segala pun.
Lepas tu agak bosan, pergi taman layang-layang kat selayang pulak.
Pukul 12 tengah hari macam tu kami lepak kat situ, maaflah nak bergambar ditengah terik mentari tu.
Mood bergambar merudum dah. Slow-slow jer bergambar.
Photog yang macam gempak saya citer sebelum ni ialah FBIL. Ngeh.ngeh. Save bajet u'all. 
Gambar tu akan pilih yang comel-comel untuk dijadikan bunting insya-Allah.
Mana pic? Hah. Tunggu FBIL transfer dalam laptop dulu, minggu depan baru dapat, will share gambar yang saya suka okey.
Alang-alang ada kat Selayang, saya ajak en.Tunang ke NSK Selayang, mencari biskut aising yang menjadi idaman untuk dijadikan isian doorgift kami. Jumpa.
1 tin = 4kg = RM36. Murah ke? Ntah la, sebab tak survey tempat lain lagi. Blurr. Kami tak beli lagi sebab fikir majlis macam jauh lagi pun. Selain dari itu, kami sibuk snap makanan-makanan lain yang boleh di isi bersama doorgift itu. Truly jem sesak jer parking kat NSK tu, murah ken barang-barang kat situ.
Owh. Kedai borong biskut dan gula-gula kami tengok tu bukan NSK punya, kedai yang disewa dalam tapak NSK je.













Sekarang tengah calculate harga setiap pcs, mana yang murah sume... Phew...phew...duit bakal melayang lagi, tapi tak apalah asal semua okey ken...


Wednesday, 6 March 2013

30 days without her

Assalamualaikum...
Hari ni genap 30 hari tanpa mama. 
Sunyi. Pelik. Rindu.
Macam-macam lagi perasaan bermain dalam diri.
Sebelum terlelap malam-semalam, tersedu-sedan jugak.
Teringatkan malam mama pergi, disebelah saya, tapi saya pun tak sedar. 
Abah pun terlelap jugak kat luar masa tu.
Mungkin memang mama nak pergi tanpa kami lihat. Mama tak nak kami sedihkan.
Saya rindu mama. Rindu sangat.
Kadang-kadang sampai tercanang status rindu syahdu kat mama, kat abah di akaun facebook.
Bila melayan facebook, jalan-jalan nampak kain pasang cantik, nampak handbag cantik, terus terfikir nak beli untuk mama jugak. Bila ingat mama dah tak ada, terus sebak. Diam. Tak jadi nak beli walau untuk diri sendiri. Saya pun tak share perasaan ini dengan en.Tunang. Entahlah, mungkin rasa orang akan jatuh kasihan pada saya bila saya luahkan semua ni. Saya tak suka begitu. Biarlah orang nampak saya kuat, senyum biarpun pahit. 
Lagi-lagi nak kahwin, terasa sebak sangat kot. Mama yang excited nak saya cepat bertunang.
Alhamdulillah. Mama sempat ada dalam majlis pertunangan tu. Pertunangan saya dengan orang yang mama suka sebab satu negeri, anak dia akan balik negeri jugak nanti.

Sejak mama tak ada ni, banyak benda kena belajar. Banyak benda yang saya perlu fikir jugak.
Abah.
Saya kena belajar keep calling abah. Awkward jugak bila ditalian. Sungguh jarang benar saya bercakap dengan abah, selama mama ada kalaupun saya telefon abah, abah cakap yang penting-penting je, tak sempat saya manja-manja abah dah hang-up. 
Jadi, mostly saya akan memilih untuk telefon mama, cakap panjang-panjang cerita itu ini, bertanya pasal abah semua nanti mama akan bercerita dengan abah pulak.
Sekarang kena cakap dengan abah sendiri pulak.
Lucu kadang-kadang bila saya tanya, abah dah makan, makan apa?
Macam tanya budak-budak saja, tapi itulah modal saya untuk bercakap. Selain itu, bertanya, bincang pasal majlis saya nanti sahajalah.
Alhamdulillah juga akhirnya saya dapat submit borang permohonan tukar tempat bertugas ke kampung halaman. Terima kasih untuk rakan sekerja dan bos yang sangat memahami dengan kesusahan kami sekarang.
Kasihan abah berseorangan. Tiada lagi yang menyiapkan makan, menjaga mahupun menemani beliau seharian.
Risaukan keadaan abah. 
Hari-hari ada sahaja mesej dari k.Iza beritahu abah buat itu ini, terlalu rindu saya.
Saban minggu bermesej dengan cik Na pun begitu, ada sahaja cerita.
Mujur ada kakak yang setiap hari akan singgah dirumah abah menyiapkan makan malam abah saban malam sebelum pulang ke rumah semula.
Siang hari abah hanya akan hangatkan lauk pauk dan nasi berbaki malam itulah untuk makan.
Bergenang air mata saya lagi mengenangkan suasana yang abah lalui begitu.
Tapi apakan daya, anak-anak semua sudah bekeluarga, saya yang masih belum berumah-tangga masih ada komitmen kerja di perantauan.
En.Tunang pun menyokong pemuh pertukaran saya ke Kelantan, katanya selain menjaga abah, selepas nikah nanti saya pun boleh menjaga ayah dan emak juga. Apa yang penting sekarang, abah. Dia pun akan berusaha untuk bertukar kerja di pantai timur juga.

# truly... doakan pertukaran saya dapat disegerakan supaya dapat menjaga ayahanda tercinta semasa beliau masih ada umur.Al-fatihah buat bonda tersayang.

Tuesday, 5 March 2013

Bercantik-cantiklah kitew...

Assalamualaikum...
Masa berlari sangat pantas, sedar tak sedar kita dah dibulan mac pun.
Apakah? Tinggal tiga bulan lagi majlisku...
Perasaan? Nervous nervous tak jer...
Hahaha...
Disaat tinggal tiga bulan sahaja lagi ini, aku tak nak stress sangat dah. Sekadar relaks, enjoy the flow as we plan...
Bulan ini bermulalah sesi penjagaan diri, kesihatan dengan lebih efektif sket...Yeay...

Inchloss - mahu kurangkan lemak-lemak yang tak digemari
Carlifonia Beauty Slim Lift - Fit ken sket part lemak terlebih itu.
Collogen Crystal Eye Mask - Hilangkan mata panda...
**Sharing tips ya, untuk keberkesanan yang extra dalam penggunaan eyemask / face mask sila simpan eyemask/facemask didalam peti sejuk. Nak pakai baru keluarkan. Cadangan pemakaian pula selang sehari.
Sabun susu beras super whitening - memutihkan dark spot seperti ketiak, siku dan lutut dan menghalang jerawat kecil dibelakang badan (sekarang pun dah amal, tapi sabun susu beras biasa je, yang ni super whitening)
 Beli satu dozen terus. Bolehlah bertahan 3-4bulan ni. Jimat-jimat.

Yang dalam list nak beli :
Vitamin rambut - menyihatkan rambut,kuat dan bersinar-sinar dan yang penting wangi.
scrub susu beras - haluskan kulit
Untuk muka, kita teruskan dengan skincare Pure Beauty itu. Mask pun guna Pure Beauty sahaja...
Makan, baru nak amal diet baru buah+yogurt. Mulai petang ni la yerk. tunggu beli buah kat pasar malam dulu. hikhik...

Korang jaga badan dan muka macam mana? Jom share sama-sama.



Prosedur Perkahwinan

Assalamualaikum...
Marilah kita bercerita pasal prosedur perkahwinan pulak, sambil-sambil saya pun nak buat ulangkaji dan checklist untuk perkahwinan sendiri jugak. Untuk lebih faham la kiranya.

Untuk memulakan proses prosedur perkahwinan ini, bakal pengantin perlulah dapatkan borang permohonan kebenaran berkahwin daripada Jabatan Agama Islam Daerah / Negeri masing-masing. 
**Borang boleh juga didapati melalui online bagi sesetengah negeri. Sila rajin belek website Jabatan Agama Negeri masing-masing la.

Dokumen-dokumen yang perlu di kemukakan bersama borang permohonan :

1. Kad pengenalan pemohon, wali dan 2 orang saksi. (saksi borang, tak semestinya saksi semasa nikah)
2. Surat pengesahan status bujang (L&P - ada certain negeri perlu untuk L sahaja, P tak perlu buat, jadi recomfirm dengan JAIN masing-masing)
3. Sijil Kursus Praperkahwinan
4. Borang HIV (dapatkan dari JAIN masing-masing - certain negeri boleh guna borang HIV dari klinik/hospital je)
5. Sijil / Surat perakuan masuk islam (saudara baru)
6. Sijil / surat perakuan cerai (jika janda/duda bercerai hidup)
7. Sijil Daftar Kematian pasangan (jika janda/duda bercerai mati)
8. Perintah mahkamah (perkahwinan poligami / janda berhias / wali hakim / bawah umur)
9. Pengesahan bermastautin (alamat tempat tinggal berlainan daripada alamat dalam kad pengenalan)
10. Pengesahan Majikan (Polis/Tentera)


  • Borang kebenaran berkahwin ini perlu dibuat oleh kedua-dua bakal pengantin (L&P). 
  • Jika pasangan adalah sama kariah(satu daerah yang sama) maka boleh buat permohonan dan hantar (kepil borang L/P) bersama-sama.
  • Jika berlainan daerah/ negeri / negara, perlu buat permohonan berasingan- selesaikan permohonan lelaki, dapat surat kebenaran perkahwinan (L) dari pejabat agama daerah (L) serah kepada pihak (P) untuk kepil bersama semasa buat permohonan kebenaran berkahwin.  
  • Surat kebenaran berkahwin valid untuk 90 hari dari tarikh surat dikeluarkan. (Sila kahwin dalam masa 90 hari atau kena kemukakan permohonan semula)
Hope boleh membantu u'all yang nak kahwin jugak macam kite...Yeay!



Sajer jer nak tunjuk sijil kursus kahwin kami...
xoxo,
cik Jelita...

 

Monday, 4 March 2013

W-Preparation : List things to buy + update + on going

Assalamualaikum...
Hari ini, disaat tiga bulan yang bakal menjelma ini, marilah sama-sama menyenarai semak benda-benda yang masih belum selesai lagi untuk majlis perkahwinan saya dan en.Tunang saya...
Hew...hew...

...To Buy...

1. Baju Nikah - L
2. Hantarans :
i. Jam tangan (His)
ii. Jam tangan (Her)
iii. T-shirt + seluar (His)
iv. Wallet + Belt (His)
v.Cincin (His)
vi. Skincare (Her)
vii. Rantai / Loket Emas (Her)
3. Kasut Nikah/Resepsi/ Bertandang (His)
4. Doorgift (the biscuit)
5. Wrapping paper
6. Bahan masakan


...To Update...
1. Kad jemputan resepsi - check design minggu ini
2. Baju Resepsi + Bertandang dengan tailor - Call / Meet before april
3. Bridal + Photog - Balik kampung end of march


...On Going / need to do...
1. Bunga Telor - truly ampun pemalas tahap gaban...phewww...
2. Photobooth props - Just buy printer.Yeay! Lets printing...
3. Printing tq tag on brown paperbag - new idea,will show n story bout it soon. Extra Jimat.
4. Printing guestbook
5. Bantal hantaran - 3 to go
6. HIV Test
7. New IC
8. Mengisi borang kahwin

Sekadar itu yang terlintas difikiran saya saat sekarang. Yeye... Selamat berlari-lari la cik mimi... kuikui...
#nampak tak to buy tu kebanyakan barang en.Tunang, huhu... Selamat menghabiskan wang...Huaaaaa....


W-Preparation : Photobook Murah Extra Jimat dari Pixajoy

Assalamualaikum...
 Hohoho...
Hari ini marilah kita berkongsi cerita tentang photobook yang murah-murah. Sangat murah yew. RM10 sahaja boleh dapat satu photobook 20muka surat bersaiz 10" x 8". Siap free delivery lagi okey! 
Dapat tahu pasal ni dari entri b2b jugak iaitu  Ayong dan Sya@ Orked melalui entri mereka.
Haruslah shopping laju-laju ken.
Sebenarnya dah terbaca pasal ni dari semalam lagi semasa tergedik-gedik ber-pre-wedding dengan en.Tunang, dah bagitau dekat dia pun tapi pagi ni baru tengok betul-betul dan shopping. Excited!

Nah pergi serang sekarang k...
xoxo...

http://www.pixajoy.com.my/crackit-sharer?c=21297&f=WL&sign=211821ba9c267077af109fbce3435222


Friday, 1 March 2013

Pre-Wedding Shoot

Assalamualaikum...
My dear diary...
I keep nagging to my dear fiancee 'remind photog about our session this sunday 3 March 2013'
But...
I didnt prepare any props or theme...huargh...
help! tell me what to do now...
Dillemma...
Colors : Purple
Place : Taman Botani Shah Alam

Menconteng muka

Assalamualaikum....
Entri yang sepatutnya publish minggu lalu...tertangguh-tangguh saja...
 Hehehe... Tetiba masuk Puspanita pulaks.Terpaksa, sebab kena jadi wakil Pusat untuk Pertandingan Mekap dan  Gaya Tudung. Ketua Pusat saya Pengerusi Puspanita, kenalah wajib, terpaksa, dipaksa masuk.
Nebes.nebes. Pertama kali conteng muka orang la, depan audien lagi. Sempat jugak berlatih 2x mekap sebelum hari sebenar.
19 Feb 2013.
Ini percubaan pertama conteng muka orang lain...Debar-debar, sampai jadi tak tahu mana nak start, cemana step mekap. What you say? Okey ke? 

20 Feb 2013
Cik Izzati, tuan punya badan suka je. Tanya kat kawan-kawan yang ajar mekap pun cakap okey cuma beberapa bahagian yang perlu ditambah baik lagi. Hu.Berusahalah.

21 Feb 2013
Hari Pertandingan - Alahai tang bibir xbape jadi, xcukup pink...


Saya & Izzati

Kami menang hadiah! Yeah...dapat sijil... Hadiah kecik tu hasil pertukaran hadiah kelab puspanita...

So far, saya berpuas hati. Bertambah keyakinan untuk menconteng muka orang dah sekarang. Praktis. Praktis. Nak upgrade skill mekap... cik Nurul sibuk suruh saya pergi Perak, belajar mekap dengan cikgu dia pulak... Insya-Allah bila berkelapangan.

#Cik Izzati pun sibuk minta pergi mekap dia di hari majlis bertandang nanti..Adeh! Minggu paling sibuk dalam dunia weh time tu... Insya-Allah kalau berpeluang. Sekadar suka-suka saja mekap-mekap.