Skip to main content

PTM @ Glory Beach Resort...

Assalamualaikum...

PTM stand for Program Transformasi Minda yang dulu dikenali sebagai kursus induksi. Sesape yang bekerja sebagai penjawat awam mesti tau la kan sebab ia salah satu syarat wajib untuk pengesahan jawatan selain exam perkhidmatan awam dan pengesahan dari Ketua Jabatan.
PTM cemana? Well, bosan! Masa 5 hari 4 malam sahaja, maka aktiviti penuh dengan ceramah sahaja. Tak sempat pun nak bercanda mesra di tepi pantai. Sekadar jamu mata melalui balkoni sahaja.Aktiviti LDK tu selit-selit sahaja masanya. Walau apa-pun sweet memories jugak, dapat kenal kawan baru. Kiranya ada benda baru yang saya belajar juga dengan kawan baru saya.
 Bergambar bersama ahli kumpulan- Kumpulan 7

 Me + props persembahan kumpulan. Sweet moments jugak, buat persembahan kebudayaan cina, girls menari tarian kipas, boys tarian naga. Terus jadi juara persembahan kumpulan.

Bertuah juga saya diantara first batch pergi PTM tahun ini anjuran JKWPKL& Putrajaya di Glory Beach Resort, Port Dickson. Lokasinya, next to Lexis / Grand Lexis yang ada chalet on water. -At first tak tau pun Lexis tu kat sebelah, on second day, senaman pagi tu nampak dia tulis kat bahagian atas bangunan tu LEXIS besar-besar.

View dari balkoni apartment yang saya menginap. Chalet atas air itu, Lexis punya
Dari balkoni juga, sunset yang indah.

Erm...Kiranya tak mampu nak menginap dekat chalet LEXIS tu, insya-Allah nak bawa abah datang bercuti kat sini pun okeylah. Sesuai jugak nak bawa family. Apartment ni ada 3 bilik. 2 bilik besar, each ada 2 single bed (boleh gabung jugak) dan 1 bilik kecil ada 1 single bed jela. 2 bilik air. Others, lengkap jer macam kat hotel.
Untuk pencinta damai macam saya, bolehlah stay sini, tak pernah puas dan jemu nak tengok view yang sama pun.
Well, berangan... merancang nak bercuti-cuti lagi disini. Insya-Allah bersama-sama suami(soon) dan abah tercinta. Cuma sekarang masih survey tempat-tempat menarik untuk dilawati dan tempat makan yang best kat Port Dickson.
As usual, kawan-kawan yang baik hati, kalau ada idea, do share.
Lots of Love,
cik Jelita.



Comments

  1. straight 5days ngn ceramah. erk. dasat! Sya kurang sket bab2 ceramah nih. cpt bosan. huhu

    ReplyDelete
  2. Lexis yang punya tu sangat lah best!!!! :)

    ReplyDelete
  3. @SYA - sangat bosan! terkejar2 dengan masa lagi.5x sehari punch card.lewat seminit dah punch card lewat.

    @WE - best.duit pun best jugak...huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

OH MY GROLIER!

Assalamualaikum... Korang pernah dengar Grolier tak? Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak. Nice program with a price. Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung. Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak.  Masa tu berjaya melepaskan diri. Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join. Khamis, 17 September 2015. Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah. Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam. (Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang) Sekali ntah macam mana ...